Bamm!!
Pintu tandas perempuan dibuka dengan kasar sehingga terhempas mengenai dinding tandas.
Sophia terus berlari menuju ke sinki sambil menarik baju lengan panjangnya hingga paras siku, terus ditadahnya tangan ke arah air yang mengalir laju.
Splash!!
Terus dia mencuci mukanya yang merah dengan air sejuk tersebut. Semasa dia cuba menenangkan dirinya, dadanya terasa sakit. Tanpa membuang masa, Sophia menyelongkar begnya itu mencari ubat. Setelah menjumpai terus dia mengeluarkan ubat tersebut lalu dimakan.
Setelah seketika, dirinya beransur tenang. Dengan tenang dia menarik dan menghembus nafasnya. Diulangnya berkali-kali agar memastikan dirinya sudah betul-betul tenang.
"Hish! Gila la mereka itu. Mereka tak tahu ke yang dorang berada dalam kawasan kolej? Suka suki dorang buat macam tu. Hish!" Bebelnya seorang diri. Tangannya mengusap kasar lehernya yang masih meremang.
Akhirnya, setelah beberapa minit bertapa dalam tandas, Sophia memutuskan untuk mengemaskan dirinya akibat berlari dari bilik stor tersebut. Setelah dia mengemaskan dirinya, dia menilik jam tangan di pergelangan tangannya.
"Crap! I'm late for my first class of the day already! Oh my! Oh my!"
Kelam kabut Sophia mengemaskan dirinya buat kali terakhir dan memerhatikan mukanya di cermin yang disediakan di dalam tandas tersebut.
Sambil Sophia berjalan dengan laju menuju ke dewan kuliah, sambil itu juga dia menarik baju lengan panjangnya agar menutupi seluruh tangannya itu.
Tali begnya yang melurut di bahu Sophia dibetulkan dan dia melangkah dengan laju mencari dewan kuliah untuk kelas Financial Management.
Sedang Sophia berjalan mencari dewan kuliah untuk kelasnya, kasut Sophia terpijak sesuatu. Apabila dia melihat ke bawah, dia terpijak...
Lanyard.
"Eh, siapa yang tercicir lanyard ni? Ish, cuainya." Bebelnya seseorang dan Sophia mencangkung lalu mengambil lanyard tersebut. Sophia mengutip lanyard itu dan meniup-niup lanyard tersebut untuk membuang segala debu.
"Eh, abang punya lah! Ish, mesti abang tercicir lanyard dia ni." Terkejut Sophia apabila melihat lanyard milik abangnya yang berada di atas lantai itu.
William Noah Molina.
Nama dengan gambar abangnya jelas di situ. Sophia belum bodoh lagi untuk tidak kenal nama dan raut wajah abangnya walaupun dia takut dengan abangnya.
"Tapikan abang awal turun? Macam mana boleh tak sedar lanyard terjatuh ni?" Sophia pelik dengan lanyard abangnya yang dipegangnya itu.
"Alamak! Fia dah lambat nak masuk kelas. Nanti la bagi kat abang." Cepat-cepat Sophia meletakkan lanyard abangnya di dalam begnya dan dia memeriksa lanyard dirinya sendiri sama ada masih tergantung di leher ataupun tidak.
Setelah memastikan lanyardnya ada, terus dia meneruskan operasi pencarian dewan kuliahnya. Setelah 15 minit mencari, Sophia masih tidak menjumpai dewan kuliah.
"Aduhh... tadi ada jumpa. Kenapa sekarang ni tak jumpa pula... Pelupanya kau ni, Fia." Sophia kesal dengan ingatannya yang hanya pada jangka pendek saja. Diketuk-ketuknya kepalanya lembut.
"Hey, are you okay? What are you doing here? You seems that you're lost." Seorang lelaki menegur Sophia yang kelihatan seperti sesat. Kebetulan juga dia melalui situ untuk menuju ke dewan kuliahnya.
YOU ARE READING
Him; Revenge(I) [EBOOK]
Romansa[VERSI BARU & EBOOK] Because of him, everything is changed. Bertahun telahpun berlalu, mereka bertemu kembali. Namun, masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. "I'm Sophia Sabella." Puas memaksa diri untuk mengingati semula wajah jejaka t...