"Dov'e sei stato?" (Where have you been?)
Seorang lelaki yang agak berusia namun masih kelihatan kacak dan muda menanyakan soalan kepada anak lelakinya yang baru memasuki rumah. Sedaya upaya dirinya menahan mulutnya daripada menghamburkan segala kata-kata kesat kepada anak lelakinya.
Semakin lama semakin teruk perangai anaknya itu. Hanya anak dia yang seorang ini saja yang suka sangat bertindak ikut kepala otak. Sampaikan dirinya sering mendengar cemuhan, hinaan dan kutukan dari orang ramai tentang perangai anaknya seorang ini.
Anaknya yang lain elok saja perangai. Mendengar kata dan tidak memberontak terhadap dirinya. Isterinya sendiri sudah mahu berputus asa menasihati anak lelaki bongsunya ini.
"Fatti gli affari tuoi, vecchio." (Mind your own business, old man.) Lelaki muda yang telah mabuk duduk bersandar pada sofa mewah yang tidak agak jauh dari ruangan makan itu menjawab biadap.
Lelaki yang berusia itu tadi meletakkan cawan bercorak elegant dan berharga mahal yang berisi coffee yang hanya orang kaya yang mampu beli dihempaskan kasar di atas meja. Tertumpah sedikit air kopi itu mengenai meja tersebut.
Tangan kanan lelaki yang sudah mabuk itu mula mengurut lembut pelipis dahinya apabila sudah mulai berasa rimas dengan ayahnya. Dirinya yang tadi hanya pening-pening lalat mula menjadi tambah teruk setelah mendengar suara ayahnya bergema di tempat yang sedang dia berehat.
Dia ingatkan balik rumah sendiri boleh berehat dengan aman tanpa sebarang gangguan. Alih-alih semuanya meleset apabila ayahnya sendiri yang menganggu ketenteraman hidupnya kini.
Lelaki yang mabuk itu mula berdiri dan berjalan menuju ke dapur dalam keadaan terhuyung-hayang. Ayahnya yang ada di depan hanya dilaluinya begitu saja. Dibutakan saja kewujudan ayahnya. Lelaki yang memakai pakaian serba hitam setia mengikutinya dari arah belakang.
Sentiasa bersiap sedia agar anak majikannya tidak jatuh menghempap lantai.
Masih dia ingat kejadian yang berlaku di kelab malam yang selalu anak majikannya itu kunjungi. Anak majikannya itu bertindak dengan menempah kelab malam itu untuk satu malam dan menempah beberapa orang pelacur ke dalam bilik VVIP.
Apa yang para pengunjung tempah atau beli pada malam itu, semuanya anak majikannya yang tanggung, yang bayar. Apabila disoal...
"Perché il giovane maestro fa tutto questo?" (Why young master doing all this?)
"Sono stressato. Hai bisogno di una liberatoria." (I'm stressed. Need a relese.)
Xander, merangkap pengawal peribadi lelaki muda itu hanya menggarukan kepalanya tanda tidak tahu memberi reaksi apa. Jadi dia hanya ikutkan saja arahan daripada Tuan Mudanya itu. Semua urusan bil pada malam tadi, Xander yang tolong uruskan.
Teruk jugalah keadaan dalam kelab malam pada malam itu. Kerusi pecah, kerusi patah, meja terbelah dua, meja terbalik, botol kaca pecah bersepai dan seangkatan dengannya bersepah habis di lantai. Berhabis beratus ribu hanya untuk membayar kerugian tersebut.
Hasil daripada itu, pagi ini, tak, bukan. Tengah hari ini, iaitu beberapa minit yang lepas baru mereka sampai rumah. Itu pun terpaksa mengheret anak majikannya yang tiba-tiba meronta tidak mahu balik ke rumah.
"Dove stai andando? Non ho ancora finito con te!" (Where are you going? I'm not finished with you yet!) Memetir suara Tuan Besar Alexander Wellington di ruangan makan itu apabila anaknya sendiri tidak mempedulikan kewujudannya di situ.
Kesabaran Daniel sudah mulai menipis. Dipaksakan juga dirinya agar berdiri tidak jauh daripada ayahnya yang juga sedang menahan sabar.
"Sei a conoscenza del tuo stato attuale?" (Are you aware of your current status?)
YOU ARE READING
Him; Revenge(I) [EBOOK]
Romance[VERSI BARU & EBOOK] Because of him, everything is changed. Bertahun telahpun berlalu, mereka bertemu kembali. Namun, masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. "I'm Sophia Sabella." Puas memaksa diri untuk mengingati semula wajah jejaka t...