Part 17

101 9 0
                                    

Dalam sebuah kereta Mercedes Benz GLS 580 berwarna kelabu yang sedang dipandu laju membelah jalan menuju ke suatu tempat, seorang perempuan berambut ash brown sedang membebel tidak berhenti-henti kepada si pemandu.

Sesungguh dirinya berasa bengang dan marah dengan si pemandu!

Yang si pemandu pula hanya menayangkan wajah redha dengan bebelan si perempuan yang duduk di tepinya. Sesekali tangannya dicubit oleh si perempuan yang duduk di tepinya itu. Si penumpang yang duduk di belakang hanya diam memerhatikan seorang buang air liur dan seorang lagi jimat air liur.

"Chi pensi di essere per trattarla così?" (Who do you think you are to treat her like that?)

Layla betul-betul bengang dengan sepupunya; Ash yang hanya diam selepas tertangkap di perpustakaan kolej mereka. Ash pula hanya tetap mendiamkan diri dan cuba untuk menumpukan perhatiannya terhadap pemanduannya itu.

Kang kereta terbabas kang, dia yang mampus dikerjakan oleh mamanya dengan mama Layla. Satu hal pula nak hadap keluarga Sophia nanti.

"Dannazione! Quanto tempo ho per dirtelo? Sta piangendo non a causa mia." (Damn! How many time do I have to tell you? She's crying not because of me.) Berkali-kali Ash memberitahu Layla yang bukan dia penyebab Sophia menangis. Sesekali matanya melirik cermin pandang belakang untuk melihat Sophia yang hanya senyap sejak mereka bertolak dari kolej tadi.

"Aduh! Mana nak cekau duit ni? Takkan nak gunakan duit mama dengan papa? Kos perubatan pun mama papa yang tanggung. Ini datang lagi satu hal! Eish!" Marah Sophia dengan suara halus.

Sophia berasa amat gundah gulana pada saat ini apabila mengenangkan laptopnya yang sudah rosak dan berkemungkinan perlu membeli laptop yang baru. Sudahlah itu, mana dia ada duit nak beli laptop baru.

"Perché cazzo continui a guardarla? Non dirmi che provi dei sentimenti per lei." (Why the fuck are you keep looking at her? Don't tell me that you have feelings towards her.)

Layla bersuara keras dan agak kasar. Sengaja dia menggunakkan bahasa Itali apabila bercakap dengan Ash agar Sophia tidak faham tentang topik perbualan mereka.

Padahal Sophia sememangnya terlebih faham dengan apa yang dibualkan oleh mereka berdua. Namun, Sophia pilih untuk berdiam diri.

Ash hanya terus mendiamkan diri. Nanti kalau jawab makin teruk royan sepupunya ini. Tangannya yang diletakkan pada paha kini beralih pada bahunya yang terasa sakit dan sengal. Bahunya diurut perlahan.

Ini semua angkara Layla yang menggila di perpustakaan tadi. Ada ke patut dia menghempuk bahunya dengan beg tangannya yang keras bak batu itu? Akibat suara Layla yang menggila, akhirnya mereka bertiga dihalau oleh pengawas library kolej itu.

Keluar saja mereka bertiga daripada library, terus Ash menawarkan dirinya untuk membawa Sophia ke kedai laptop. Dan dia terpaksa mengheret Layla bersama.

Layla masih tidak reda dari kebengangannya terhadap perangai sepupunya itu. Layla berpaling ke belakang ingin mengetahui apa yang Sophia lakukan. Matanya menangkap Sophia yang kelihatan seperti gelisah.

Macam mana Layla boleh tahu Sophia sedang gelisah? Sophia tidak berhenti menggigit bibirnya, bermain dengan jarinya sendiri dan mengusap tapak tangannya yang pastinya sedang berpeluh.

"Sophia, are you okay? Why are you so nervous?" Kepala Sophia yang menunduk itu segera diangkat dan dirinya berasa terharu kerana Layla memandangnya dengan riak yang risau.

"No. I'm good. No worries." Sophia tersenyum memandang Layla.

"Hey. Just tell me what make you so nervous." Ash hanya diam dan mendengar tanpa menyampuk perbualan dua orang gadis itu.

Him; Revenge(I) [EBOOK]Where stories live. Discover now