The next morning, aku pergi college. aku kene minta maaf dengan that person...bullshit. aku tak buat salah apa-apa pun. never ever gonna apoligize. kalau betul salah aku then I'll do it but no, aku hanya tolong orang daripada dipijak-pijak maruahnya. tapi sakit jugaklah kene tampar semalam. I'm used to it anyway. aku memegang pipi yang tercalar dan merahnya berkurang.
"Ayra kenapa dengan pipi kau ni?" aylin yang baru sahaja tiba terus menanyakan soalan dengan dahinya yang berkerut.
"Takde ape lah, aku jatuh main ice skating je" alasan. tapi memang aku selalu skate sebab t hobi aku.
"Aku tak tahu pulak kau main ice skating. nanti ajar aku tau, aku teringin nak pandai main jugak" tangannya menepuk teruja. aku tersenyum melihat perangainya seperti budak-budak.
"Boleh je, nanti free aku ajar kau" aku memeluk bahunya dan seret dia masuk ke kelas.
aku masuk ke kelas dan duduk ditempat yang selalu kami duduk. aku nampak hamza dan groupnya di bahagian belakang kelas tengah bersembang tapi bila aku masuk dia tersenyum. tapi senyuman tu sangat.....suspicious. aku berkerut kening melihatnya. dah kenapa dia senyum macam tu. kelas pun bermula dan kami belajar seperti biasa.
"Who knows how to solve this problem?" pensyarah didepan mengemukakan soalan berbentuk math. semua senyap sebab pensyarah belum ajar lagi tajuk ni.
"Ayra prof! she knows how to solve that" Hamza menunjuk ke arah aku. so this is it. dia nak malukan aku tapi dia silap. aku ni terlebih pandai. cehhh....perasan tapi tajuk ni aku dah belajar awal lagi sebelum prof ajar. aku senyum yakin kearahnya tapi aku pelik bila dia senyum kembali. apa masalah dia ni.
Aku pun bangun dari duduk dan menuju kehadapan. tiba-tiba kedengaran suara tawa yang ramai. aku bangun je takkan tu lawak kot, belum jawab lagi soalannya.
"Kamu tak tahan sangat ke sampai nak membuang dalam seluar ayra?" prof bertanya sambil melihat belakang aku. hah membuang? takde keje aku nak membuang dalam kelas. aku melihat dibelakang aku dan ada bende coklat melekat di seluar jeans aku. mata aku terbuntang luar dan terus mata aku menikam orang yang gelaknya paling bahagia.
"Sorry sir, may I go to the toilet" aku meminta kebenaran untuk bergerak dari situ. setelah diberi kebenaran aku terus berlalu dari situ.
Tak guna punya jantan. ni dah melampau namanya mencemarkan maruah aku ni. aku pergi ke loker untuk melihat jika ada seluar spare ke tak tapi tak ada jadi aku decide untuk bersihkan seluar ni sahaja. aku menuju ke tandas dan tanggalkan seluar untuk dibasuh. bende ape dia ni perangai macam budak-budak. tak matang langsung. membebel lah aku dekat situ sorang-sorang. tiba-tiba ada orang masuk. Aylin.
"Nah ambik ni tukar. yang tu takpe biar aku tolong basuh kau pergi tukar dulu" aylin terus mengambil seluar itu dari tangan aku. aku hanya menurut.
"Thanks lin, kalau kau tak bagi aku seluar ni mesti aku kene pakai seluar basah sepanjang hari" aku memeluknya erat dia pun peluk aku semula. dah lama aku tak rasa kehangatan seseorang. last is mama.
"Takde apelah, kalau kau dalam susah mestilah aku tolong supaya kau boleh balas budi aku sama" aku tergelak mendengar. rupanya tak ikhlas minah ni. "Dah jom makan tambah energy. takyah sedih sedih, aku kan ada. nanti aku belasah mamat tu kalau dia cari pasal dengan kau lagi. or....kita balas dendam nak?" devil face is coming out.
"Good idea babe!" aku senyum teruja.
Kami pun bergerak ke kantin untuk makan. habis je makan aku sekarela untuk menghantar sisa makanan ke tempat sepatutnya. dari tadi aku perhati je group hamza yang duduk di meja depan aku ni. sekarang aku dah tahu nama kawan-kawan dia. yang aylin suka tu nama dia zukai and ruzain yang pakai spek. yang aku tak puas hati ramai orang yang mengumpat cakap aku berak dalam seluar lah apa lah. nasib baik aylin still nak duduk sekali dengan aku. aku nampak dia makan macam biasa je maybe taknak aku rasa bersalah kot. dulang makanan yang dibawa aku pegang kuat kerana terlalu geram tiba-tiba idea datang. aku lalu di sebelah meja hamza dan menjatuhkan semua sisa makanan ke atasnya dengan sengaja.
YOU ARE READING
The Queen Nightmares Ash
Adventure~They doubt it is the ending but they don't know it's only the beginning~