SEVEN

7 0 0
                                    

"Well, well, well.....ini budak yang kene halau rumah haritu. kau tido mana semalam. tepi jalan" cyra yang datang mengejut menghalang aku untuk pergi ke perpustakaan. aku buat muka annoying dan aku menolak dia ketepi untuk lalu. "Hei perempuan aku tengah cakap dengan kau ni" dia geram dengan tindakan aku yang memulaukan dia.

"Biarlah aku nak tidur mana pun, ada aku menyusahkan kau ke" aku memandagnya selamba.

"Kau ni kan, tak sedar diri dah lah merempat dekat tepi jalan still nak belagak dengan aku" dia menolak bahu aku sehingga aku terdorong ke belakang. boleh dislocate bahu aku kalau macam ni belum sembuh lagi pulak tu. 

"Tapi, merempat lebih elok dari menumpang" saja aku nak sedarkan dia yang sebenarnya dia tu menumpang harta baba je.

"Kau ni memang kann....." dia mengangkat tangannya untuk menampar aku tetapi ditahan oleh satu tangan yang lain. "Hena apa you buat ni, lepaslah"

"Hena! macam mana kau ada dekat sini" aku terkejut melihat sepupu yang sudah lama tak berjumpa tiba-tiba ada depan mata.

"Dahlah cyra, malulah gaduh dekat sini. ramai orang tengok ni" alhena meletakkan tangan cyra ke bawah. muka cyra sudah mula memerah. "Sebelum korang tanya aku, ayra ni sepupu aku and cyra ni bestie aku" dia merungkai teka-teki dalam kepala aku. "Jom cyra kelas dah nak start ni, ke kau nak masuk kelas lambat. kau tak takut kene marah dengan prof ke" hena menarik tangan cyra untuk beredar dari situ.

"Urusan kita belum habis lagi eh" sempat cyra memberi amaran kepada aku. aku hanya menjeling dari jauh. tak habis-habis cari pasal je kejenya.

Sekarang ni kelas aku belum start lagi sebabtu aku ambil keputusan untuk tunggu dalam library sampai kelas dah nak bermula. nak ajak aylin tapi dia ada aktiviti kelab sekarang jadi dia busy. aku pun ada aktiviti kelab tapi petang nanti. aku pilih kelab renang sebab aku teringin nak belajar berenang. aku duduk dia satu meja kosong yang berdekatan. melepaklah aku sorang-sorang disitu sampai ada seseorang duduk disebelah aku. aku memusing ke arahnya. lelaki yang kene buli haritu. bila diingatkan balik aku tak tanya pon nama dia.

"Hi" aku menegur dia yang mula membuka buku untuk dibaca. dia hanya tersenyum ke arahku. bukan haritu dia kata tak nak jumpa aku dah ke, alih-alih duduk sebelah aku. "btw, haritu aku lupa nak tanya nama kau" aku menghilangkan suasana tegang itu.

"Hairi, nama aku  hairi" sebelum aku menyebut nama aku dia menyambung. "aku tahu nama kau ayra" ok tak perlu bagitahu pun dah tahu. aku ni famous ke....eceh perasan. "Nah ambik ni aku ada beli lebih tadi" dia menghulurkan susu kotak strawberry kepada aku. tapi aku tak suka strawberry. tapi dia kata lebihkan, kalau tak ambik membazir pulak.

"Thanks" tekak aku rasa loya bila air itu lalu tekak. aku senyum untuk menyedapkan hatinya. kalau aku muntah situ nampak biadap pula. aku nampak hamza baru masuk library melihat aku dari jauh. what with that look. tahulah benci aku pun tak payah nak tengok aku macam nak telan. aku hanya buat tak tahu dan sambung buat assignment yang prof beri haritu tapi aku struggle sebab tak tahu beberapa part.

"Meh sini aku tengok, dari tadi kau dok tengok soalang tu tak buat buat" hairi yang perasan dengan tindakan aku terus mendekatkan diri dan mengambil pen dari tangan aku da mula mengajar. tiba-tiba si hamza dudk di sebelah aku. sekarang aku berada di antara dua lelaki.

"Soalan senang macam ni pun tak boleh jawab" hamza terus menarik kerusi aku rapat dengannya. betul-betul rapat. "Biar aku ajar, kau hairi pergi berambus" dia menembak pandangan yang tajam kepada hairi. hairi cuba untuk bangun tapi di halang oleh aku.

"Kau datang sini tiba-tiba nak halau orang dah kenapa. aku tak suruh kau ajar pun" aku geram dengan tindakan dia. dia tidak membalas namun memandang hairi dengan serius. 'kau still nak stay ke' itu mesej yang diberi oleh matanya. hairi terus pergi dari situ selepas memandang aku sekilas. aku kesian tengok dia.

The Queen Nightmares AshWhere stories live. Discover now