TEN

3 0 0
                                    

"Here. baju ni sesuai dengan kulitkan yang putih tu" dia menghulurkan aku short dress satin berwarna rose gold. aku memakainya dan memang muat-muat sebab saiz badan aku lebih kurang aylin je.

"Tak macam expose sangat ke?" aku melihat dress yang direka berbentuk 'v' di leher mendedahkan bahagian bahu aku dan membentuk neckline.

"Semua orang pakai macam ni lah, kalau tak nanti kita tak boleh masuk" aku hanya mengganggu. tapi bukan selalu boleh pakai baju seksi macam ni. aku mengikat rambut ke atas. kemudian getah aku dirampas oleh aylin. "Biar je rambut kau terlepas, baru nampak diva" aku tergelak dengan cara dia bercakap, kedua tangannya diletakkan di atas bahu.

"Btw kau pakai baju apa?" aku bertanya sambil tacap mekap dimuka.

"This one. cantik kan" dia menunjukkan ruched bodycon berwarna merah kepada aku. aku teruja. aku mengangguk berkali-kali tanda setuju. selepas bersiap kami terus bergerak ke lokasi.

"Omg....aku dah lama tak datang sini" dah berapa kali dah dia ulang bende yang sama. aku hanya menggeleng melihat perangai kebudak-budakkannya. kami masuk ke dalam dan begitu asing suasana di sini bagi aku. terlalu bising dan hyper. alhena sudah booking satu tempat hanya untuk kami sahaja. aku melihat aylin bercakap dalam telefon. mukannya begitu resah dan gelisah.

"Aylin kau okay tak ni?" aku menegurnya.

"Yazid, dia lari rumah sebab ibu taknak belikan dia set lego yang baru" mula-mula dengar macam lawak sebab lego tapi kalau dia hilang macam mana. "aku balik dululah, ibu suruh balik untuk cari dia" dia bangun dan aku juga bangun sekali. "Kau nak pergi mana" dia bertanya aku.

"Ikut kau sekalilah, tolong cari dia" aku menerangkan.

"Tak payah, dah jumpa pon. ibu suruh balik sebab dia mengamuk dakat rumah and dia rapat dengan aku sebab tu ibu suruh balik pujuk dia" dia mengambil semua barangnya.

"Kesian kau, baru je sampai dah kene balik"

"Kau lagi kesian, nanti nak balik macam mana? datang sini dah lah dengan kereta aku"

"Tak yah risaulah, nanti pandai-pandailah aku balik guna teksi ke ape"

"Ok aku gerak dulu, take care ok guys" dia pergi selepas memaklumkan kepada orang lain.

"Shame lahh aylin takde dekat sini nak lepak sekali" alhena buat muka sedih. "Tapi takpe kita still boleh enjoy. harini I belanja semua orang minum" dia bersorak. dengan sekelip mata wajahnya berubah. dia memanggil pelayan untuk menghidangkan air. "Minumlah ayra" dia mempelawa aku.

"Tapi..." aku tak tahu limit alkohol aku.

"Come on, takkan you nak kecewa kan kami kan girls" semua perempuan di meja ini menunggu aku untuk meneguk gelas itu. "One shot, come on" mereka mengulang berkali-kali sehingga aku menghabiskan segelas air yang pahit itu. aku pernah rasa jugak alkohol tapi kalini alkohol dia macam strong sangat. mereka bersorak beramai-ramai. lama kelamaan aku mula rasa pening sedikit.  kenapa aku rasa macam nak menari ye. 

"Guys aku nak pergi dance hall" aku berkata dan terus bangun menuju ke dance hall. badan aku bergerak mengikut rentak lagu. sehingga aku rasa nak termuntah. aku berlari ke tandas untuk membuang segala isi perut. selepas habis muntah aku terduduk di atas lantai sebab badan tak seimbang. aku mengambil telefon di dalam beg tangan kerana dari tadi berbunyi tapi di luar takdengar sebab terlalu bising, dalam tandas baru dengar.

"Hello there..." aku menjawabnya dengan ceria.

"Ayra where are you, kenapa tak balik lagi kau tahu tak sekarang pukul berapa" suara ditalian seperti risau. aku menjauhkan telefon dan cuba membaca jam di telefon. pukul 1 pagi.

The Queen Nightmares AshWhere stories live. Discover now