THIRTEEN

1 0 0
                                    

Seusai siap mengemas barang aku berlalu keluar dari hotel. aduhhh, bodohnya kau ni ayra. aku datang sini naik hamza, sekarang aku nak balik macam mana. tulah ikutkan sangat kepala sendiri.

"Nak pergi mana tu" cyra memerli aku yang masih tercengang di situ. aku mengetap rahang sebab malu. tulah tadi macam nak lari rumah sekarang kan dah malu.

"Come. aku hantar kau balik" hamza yang mencelah dari tepi menarik tangan aku perlahan tapi ditepis. aku geram betul dia asyik pegang aku tanpa izin. mata aku terarah pada zain yang berada di tempat parking keretanya dan berlalu kearahnya. aku masuk kedalam keretanya tanpa signal. dia pun terkejut tengok aku dalam kereta.

"Can you send me home" mata aku masih memandang wajah berang orang yang berada di luar kereta itu.

"Are you okay?" dia berkata risau. 

"Home" sepatah aku berkata. dia terus hidupkan enjin kereta dan memecut dari situ. sunyi menemani setelah lama perjalanan kami. aku rasa macam takde adab pulak suruh orang hantar aku ke rumah macam ni. rasa bersalah tiba-tiba timbul. zain tak buat salah apa pun dekat aku. aku membetulkan suara. "rasanya kau dah boleh berhentikan aku dekat tepi ni" lepas tu aku boleh naik teksi rasanya.

"Kenapa? takpe aku hantar kau sampai rumah" keningnya berkerut. kalau dia tahu aku duduk serumah dengan hamza mesti aku kene tengking dengan dia. dahlah memang kitorang tengah bergaduh sekarang, nanti jadi lagi teruk pulak.

"Takpelah aku taknak susahkan kau" aku senyum kecil. apa punya alasanlah kau ni. tadi bukan main suruh dia hantar.

"Tak susah pun. kau tinggal mana ni?" terpaksalah mengalah jadi aku bagi alamat rumah aku yang dulu. aku rasa dari situ tak jauh dari rumah nenda. tapi satu jelah problem dia. jangan ade orang yang keluar dari rumah tu sudah. 

"Thanks sebab tolong hantar aku" aku tersenyum kearahnya. 

"No problem. ok aku gerak dulu" dia melambai ke arah aku dan aku membalas lambaiannya. keretanya meluncur laju dari situ. ok sekarang aku kene blah dari sini kalau tak teruk jadinya. sambil berjalan ke stesen bas terdekat aku membalas mesej aylin. aku tahu dia risau sebab aku pergi macam tu je tak bagitahu dia. nasib baik dia ada kai untuk hantar dia balik rumah. langkah aku berhenti seketika kerana bulu roma aku menaik. aku pandang belakang sebab rasa macam ade orang ikut dari belakang. maybe perasaan je kot. aku terus berjalan menuju ke stesen bas. aku duduk di perhentian bas. dari jauh aku nampak seorang lelaki yang memakai baju hitam memandang aku tapi bila aku pandang dia dia terus pergi dari situ. pelik. rasanya aku je yang perasan. siapalah nak tengok ayra si ketot lagikan hodoh ni. okok melebih dahh.

Kalau boleh aku taknak masuk rumah tapi aku nak tidur mana kalau bukan rumah ni. inilah tanda aku kene cari part time job. yang tu nantilah aku tanya siapa yang tahu. aku masuk kedalam rumah dan melihat takde orang dekat ruang tamu. maybe diorang dekat dapur kot. suara enjin kereta yang kuat mengaum dari belakang. shit! hamza baru sampai rupanya. aku cepat-cepat masuk kedalam dan naik ke atas untuk meletak barang. kejap.  kenapa aku mengelak dari dia. entahlah, yang penting sekarang aku penat. macamlah aku drive kereta. aku terus membaling tubuhku ke katil. heaven giler. aku baru nak pejam mata tapi pintu bilik aku diketuk. memang tak boleh tengok aku senang betul. aku hanya bersuara untuk mengizinkan dia masuk. aku melihat hamza masuk kedalam dan memandang aku. 

"Nak apa?" aku berkata malas sambil mata kembali terpejam. aku dengar dia mengeluh.

"Takde apalah. kau rehatlah" dia terus keluar. itu jeke dia nak cakap. tak payah suruh pun memang aku nak tidur.

Aku turun ke bawah dan bersembang sekejap dengan aunty ila dan nenda. takde apa sangat pun, just sembang pasal apa aktiviti aku dekat sana. aku elakkan diri dari buat eye contact dengan hamza. aku perasan dari tadi dia tengok aku tapi aku buat tak tahu. aku tak tahu kenapa aku marah sangat tapi aku tak suka  bila dia sebelahkan perempuan tu. that is why i'm ignoring him right now.

The Queen Nightmares AshWhere stories live. Discover now