NINE

3 0 0
                                    

Nampak tak aku drive, selamat sampai lagi dekat rumah. aku memandang orang sebelah. lenanya dia tido macam bayi, kesian pula nak kejut. aku menyentuh bibirnya yang pucat itu. mesti sejukkan lama-lama dalam air. aku menanggalkan jaket aku dan melapik badannya. tangan aku tersentuh lehernya. panas. dia demam ke. aku meletakkan tangan di dahinya. memang betul panas. dia terjaga dari sentuhan aku tapi still mamai.

"Sorry, kau terjaga ke" aku menarik tangan aku semula.

"Kita dah sampai ke" dia bertanya dalam keadaan mamai lagi. dia memandang jaket yang diselimutkan dan menghulurkannya pada aku.

"Takpe pakai dulu, kita nak pergi satu tempat dulu. baring balik" aku start enjin kereta dan kelar dari perkarangan rumah.

"Mana?" mukanya berkerut melihat aku yang risau dengan keadaannya.

"Klinik, dah jangan banyak tanya. pergi tido balik nanti dah sampai aku kejut" fokus aku hanya pada jalan. hamza sambung lenanya, jarang dia dengar cakap aku.

Kami pulang ke rumah semula selepas buat check up. betul tekaan aku dia demam panas. aku memimpin dia masuk ke dalam biliknya. setelah aku melihat dia baring dikatil aku mengambil keputusan untuk menelefon nenda.

"Kau rehat dulu aku nak pergi call nenda jap" aku baru nak bangun tapi tangan aku digenggamnya.

"Tak payah, nanti nenda risau" dia berkata lemah.

"Kalau macam tu aku turun jap panggil maid" aku takut dia tak selesa kalau aku yang duduk sini.

"Can't you just stay here with me" dia berbisik lembut tapi masuk kedalam pendengaran aku. aku menggangguk. aku menarik tangan aku yang dipegangnya tapi dia tidak mahu melepaskannya.

"Hamza, lepas kejap. aku nak ambil ubat kau" dia menggeleng dan memeluk tangan aku sehingga aku terdorong ke arahnya. liur turun melalui tekak. dah dekat sangat ni, aku cuba melepaskan diri dari pelukan itu namun tidak berjaya jadi aku mengalah. lelaki memang macam ni ke? kalau sakit mesti mengada melebih. aku nak tunggu dia lena sekali aku terlena dulu. tahu-tahu je aku dah terbaring atas katil. tak silap aku, aku duduk dekat atas lantai je tadi. lagi satu, sekarang aku terperangkap dalam pelukan kemas oleh lelaki bersaiz dua kali ganda aku ni. It's been a long time since i can feel this kind of warm but don't like this feeling cause i'm afraid one day I'll grow attach to him. aku cuba meleraikan pelukan dan turun dari katil. aku perig ke tandas untuk membasahkan kain untuk mengelap badannya. nasib baik aku tahu macam mana nak jaga orang sakit. masa mama ada dulu pun aku yang jaga dia. aku turun ke bawah untuk buat bubur sebelum dia makan ubat.

"Ehhh...nenda dah balik" aku menegur nenda yang sedang mengambil air di dapur.

"Haah, nenda balik tadi tengok takde orang dekat bawah"

"Ayra dekat atas dengan hamza" aku menerangkan.

"Tahu, nenda pun tahu aayan demam tapi nenda tengok tadi ayra dah tolong jagakan jadi nenda tak perlu risau dahlah" nenda tersenyum pada aku. maksudnya nenda nampak ke kitorang tidur sekali muka aku yang memerah cuba disorok "selalunya kalau dia sakit, dia tak akan bagitahu sesiapa sebab kami terlalu sibuk dan taknak merisaukan kami. dia akan bersendirian dalam bilik. nenda lega sekarang ayra ada tolong tengokkan dia" senyuman di muka itu bertukar dengan kesedihan. tapikan kalau dia suka bersendirian kenapa nak aku stay tadi.

"Ayra pergi buat bubur dulu, hamza belum makan ubat lagi" aku meminta diri. nenda melihat aku dengan senyuman ikhlas.

"Thats why you're precious dear" suara nenda dari jauh.

Aku meletakkan mangkuk bubur di nighstand sebelah katil. maybe aku biar makanan tu dekat meja, nanti dia makanlah lepas bangun tapi nanti bubur ni sejuk. aku memegang dahinya. dah kurang sikit panasnya. aku melihat keningnya berkerut. dia mimpi buruk ke. aku cuba menepuk bahunya untuk menenangkannya yang keresahan dalam tidur tapi dia terjaga secara tiba-tiba. dia nampak cemas dan badannya berpeluh. dia menarik aku ke dalam pelukan dan memeluk ku dangan kemas.

The Queen Nightmares AshWhere stories live. Discover now