Masked Boy : Part 17

186 29 38
                                    

Lia POV

Aku masih memandang Doktor Park yang masih memeriksa Jeongwoo. Setelah itu, Doktor Park terus berjalan kearah aku dan berkata

"dia sudah sedar tapi dia perlukan rehat yang banyak sebab kecederaannya amik masa yang agak lama jugak nak sembuh" terang Doktor Park.

"tetapi ada kesan lain ke, Doktor" soalku gelisah.

"kalau ikutkan hentakan di kepalanya memang kuat tapi tidak kene pada bahagian yang melibatkan memori di belakang otak, jadi dia beruntung"

"kalau tiada apa-apa, saya mintak diri dulu" sambung Doktor Park.

Aku terus masuk kedalam. Jeongwoo sedang termenung melihat ke tingkap.

"kau okay tak? Nak makan apa-apa ke?" soalku dan Jeongwoo berpaling menghadap aku. Dia menggeleng sekilas pastu tersenyum lemah. Dia perlukan rehat lagi ni.

"omma ngan appa mana?" soal Jeongwoo perlahan. Suara pun macam lemah semacam je. Baru sedar kan?

"nanti diorang datang" jawabku.

"kau kene rehat, dah tidurlah" sambung lalu menarik selimutnya.

"lama ke aku koma, noona?"

"dalam 10 hari, macam tulah tapi kau beruntung"

"apa yang untungnya?"

"doktor kata ada kemungkinan je yang berlaku, sama ada kau koma atau bila sedar kau amnesia tapi kau cuma koma dalam seminggu lebih je, jadi beruntung lah walaupun kecederaan kau agak teruk" terang aku. Sebagai seorang kakak, mestilah aku risaukan dia. Satu-satunya adik aku je. Walaupun hanat tapi aku tetap sayang dia.

Jeongwoo cuma diam sambil bermain dengan jarinya. Dia menundukkan kepalanya sedikit.

"Dia ada datang ke?" soalnya setelah diam beberapa minit.

"mestilah, rasanya hari-hari ada tunggu kau sedar, kalau aku, omma & appa busy, dia lah yang jaga kau, dia risaukan kau tahu tak?"

Jeongwoo diam lagi untuk beberapa detik

"tapi boleh rahsiakan daripada dia boleh tak, noona?"

"kenapa nak rahsia pulak?"

"aku nak buat suprise lah"

"hmmm, pape jelah...kalau bende lain jadi, aku taktahu"
.
.
.
.
.
End Lia POV
.
.
.
.
.
.
Rose POV

Aku sangat gembira apabila Lia memberitahu bahawa Jeongwoo sudah sedar. Risau aku apabila dia tidak sedarkan diri dekat seminggu tapi aku bersyukur bahawa tiada kesan lain yang ada.

Nasib aku dah tutup butik awal dan minta semua staff balik awal. Aku sangat teruja ni.

Aku pergi ke hospital dengan kereta aku. Jimin kata nanti dia terus ke hospital apabila mesyuaratnya habis.

Berlari-lari kecil aku apabila sampai di hospital. Nasib Jeongwoo ditempatkan di wad VIP so senang sikit kesana.

Aku terus menerjah masuk pintu wad dan berlari kearah Jeongwoo yang tengah berborak dengan Lia.

"WOO YA" Aku memeluknya erat sangat. Syukur dia dah sedar. Takdelah aku risau dan murung je.

"omma" ucapnya perlahan.

"omma, dia baru sedar kot....nanti kan koma lagi kan" kata Lia.

"omma gembiralah" ucapku. Hati seorang ibu mestilah risau dan sedih kalau apa-apa berlaku pada anaknya.
.
.
.
End Rose POV
.
.
.
.
.
Author POV

♡ masked boy ≖ jeongwoo ♢Where stories live. Discover now