Yunmin POV
"haish, bosannya aku" Jeongwoo dah pergi sekolah tapi dia tak bagi aku keluar. Aku pun taktahu kenapa...Tapi nasib dia bagi tengok tv dan buatlah pape asal tak keluar.
Ting Tong
Aik sapa tu? takkan dia dah balik kot awal betul. Aku tengok jam baru pukul 10:30. Takpelah bukak jelah. Aku menghampiri pintu dan membukanya.
Dan apa yang iris kat mata aku ni nampak seorang gadis yang agak muda. Mungkin umur dia 20 tahun...aku rasalah
Keadaan menjadi awkward kejap dan dia bersuara
"errmm, sapa kau ni?" soal dia. Suara macam biasa-biasa je tapi aku yang takut ni.
"Lia, ada pape jadi ke?" soal seseorang dari kereta tersebut. Wanita dewasa tersebut melangkah kearah kami.
"ehh, kamu ni siapa, macam ada dalam rumah ni?" soal dia.
"emm, apa kata eonnie dan ahjumma masuk dulu, nanti saya cerita"
Mereka berdua berpandang dan akhirnya mengangguk. Mereka masuk kedalam rumah dan duduk di sofa manakala aku pergi ke dapur membuat air.
"jemput lah minum" ujarku.
"kau cerita dulu baru aku minum, cepat" ujar perempuan muda tadi. Suara memang dingin betul. Takut aku dibuatnya.
"eh kamu ni Lia, cuba baik sikit depan orang" ujar wanita dewasa tadi. Oo nama dia Lia rupanya. Lia cuma berpeluk tubuh.
Aku menceritakan semua dari A-Z, takde yang tercicir pun. Mereka mula terkejut dan akhirnya memasang muka biasa sahaja.
"macam tulah ceritanya" ujarku.
"oooo, jadi Jeongwoo dah pergi sekolah kan?" Aku mengangguk.
"tapi kamu okey tak, ada luka or sakit-sakit lagi ke?"
"eh, takpe lah aunty, dah okey"
"ooo, nama aunty Park Chaeyoung tapi boleh panggil aunty Rose"
"eonnie pulak Park Jisu, tapi panggil Lia unnie, unnie minta maaf eh berkasar tadi"
YOU ARE READING
♡ masked boy ≖ jeongwoo ♢
Fanfiction҂ the masked boy who protect his girl 𝗦𝗧𝗔𝗥𝗧 : 12/11/2020 𝗘𝗡𝗗 : 18/7/2021 【© 2020 Park_Fina 】 NOTE ‼️ : MASKED BOY (New.Ver) diambil daripada kisah ini dan ditambah baik dan terpulang kepada pembaca untuk membaca yang versi lama atau baharu.