Misi 7 : Memori - Bag 1

524 31 21
                                    

Misi 7 : Memori - Bahagian 1



Di Restoran Mamak Maju


Alicia : "Thanks sebab belanja..."

Ali : "Takde hal lah, kau pun dah tolong aku study. Jadi kenapa kau suruh aku datang sini?"

Alicia : "Sebenarnya aku ada benda nak bagi tau kau"

Ali : "Apa dia?"

Alicia : "Kau nak tau kenapa General panggil aku semasa kau nak lawat Niki hari tu?"

Ali : "Boleh juga"


Flashback on

Di suatu bilik HQ MATA

Rama : "Alicia, papa percaya dengan kamu. Sebagai ejen Neuro, kita yang bertanggung jawab dalam menentukan strategi. Kejadian kamu kena tangkap dan tindakan kamu, Ali, dan Moon yang bertindak seorang..."

Alicia : "Kan saya sudah cakap tadi papa, kalau..."

Rama : "Jadi?"

Alicia : "Maaf..."

Rama : "Haish... Baiklah, maklumat yang kamu dapat dari Moon saja mengenai Cybersteal tidak cukup, sehingga nampak berhabur. Kamu tanya Ali untuk mendapatkan cerita selengkapnya. Selepas tu kamu buat susunan kejadian dari mula sampai akhir dan laporkan pada Papa. Boleh Alicia?"

Flashback Off


Ali : "Jadi... General nak tau apa yang dah jadi masa Cybersteal melakukan pencurian?"

Alicia : "Ya, sebab Moon cakap kau yang kerap dengan Cybersteal kat Menara Cyberjewels. Dan semasa pencurian kat menara tu, kau juga yang cuba tangkap Cybersteal"

Ali : "Pencuri tu... Takde nama lain ke? Cybersteal konon. Jadi, MATA letak data Cybersteal ni penjenayah ke?"

Alicia : "Ya, cuma tak berbahaya. Sebab dia belum pernah mencederakan orang"

Ali : "Habis tu kau?"

Alicia : "Takde lah cedera, cuma ubat tidur je"

Ali pun mulai bercerita mengenai kejadian dia bersama Cybersteal. Mulai dari semasa jalankan misi sebelum hari pencurian, sampai dia kejar Cybersteal dan menginjak sebuah kertas berisi surat dari Cybersteal.

Ali : "Aku ada gambar dia. Nah"
(mengulurkan phone yang ada gambar surat dari Cybersteal)

Alicia : "... jumpa aku"
(membaca gambar dalam phone Ali)
"Maknanya, dia memang akan jalankan lagi aksi dia"
(memberikan semula phone Ali)

Ali : "Itulah, cuma tak tau bila dan dimana"
(mengambil phonenya)

Alicia : "Dalam surat tu dia kata kau tau"

Ali : "Aku tak rasa macam tu pun"

Alicia : "Pameran permata berikutnya lah tu. Nampaknya dia tertarik sangat dengan kau"

Ali : "Yelah tu"

Alicia : "Kejap, tadi kau bercerita kalau kau hampir saja terkena perangkap semasa cuba tangkap dia kan?"

Ali : "Ya"

Alicia : "Dan dia potong tali yang menahan perangkap bebatuan tu?"

Ali : "Ya, macam aku cerita tadi. Batu-batu itu terus jatuh dan membentuk sebuah dinding, sehingga lah aku terperangkap"

Alicia : "Dia potong tali perangkap tu guna..."

Ali : "Kad..."

Alicia : "Dia baling kad guna tangan kosong je ke?"

Ejen Ali Musim SeterusnyaWhere stories live. Discover now