Misi 3 : Kawan - Bahagian 2
Sudah masuk hari ke enam Ali dan Alicia tidak pergi ke akademi. Dan sudah tiga hari mereka melakukan siasat untuk mengetahui apa yang terjadi pada Ali masa hari tu. Tetapi, tiada hasilnya. Karena yang selalu mereka lakukan adalah...
Di Taman Cyberaya
Alicia : "Aliii!!! Bagi balik cekak aku!!!"
(mengejar Ali)Ali : "Buekkk. Kalau nak, kejar lah sampai dapat"
Alicia : "Hish!!! Jaga kau!"
Ali berlari mengelilingi taman, Alicia pun mengejarnya sambil terjerit-terjerit. Tetapi Alicia lebih pantas dari Ali. Alicia yang melihat Ali sudah penat berlari, terus ambil peluang untuk menarik Ali. Comot yang sudah lari di depannya, melihat Ali yang ditarik Alicia. Membuat Comot patah balik menghampiri Ali. "Dapat pun kau", ucap Alicia yang menarik Ali. Saat Alicia mau mengambil cekaknya, dengan segera Ali membalingkan cekak itu. "Comot! Tangkap!", arahan Ali. Comot pun menangkap cekak itu dan terus lari. "Hish!!! Jaga korang!!!", jerit Alicia dan menumbuk Ali dengan kuat, lalu ia mengejar Comot. Ali pun rebah di atas rumput sebab penat berlari.
Setelah beberapa menit, Alicia kembali ke tempat Ali dan sudah memakai cekak di rambutnya
Ali : "Alah... Cepat sangatlah Comot. Buat lah sampai Alicia penat macam aku nih"
Alicia : "Banyak cantik. Comot tak lari pun, dia bagi aku cekak ni. Comot ni lagi baik dari kau"
(mengelus Comot)Ali : "Ceh, tak boleh harap punya kucing"
Alicia : "Kalau bukan sebab jenderal yang arahkan aku. Dah lama aku balik rumah"
Ali : "Takpe, janji aku boleh main. Bosan lah duduk kat rumah seorang-seorang"
Alicia : "Kita dekat sini bukan nak main!!! Tapi nak cari apa penyebab kau hilang kawalan!!!"
Ali : "Dah berapa kali aku cakap, aku tak hilang kawalan lah"
Alicia : "Haish ye lah, dah tiga hari tak dapat apa pun. Sebab kau asik main je lah ni!!! Apa aku nak cakap dengan jenderal nanti?"
Flashback On
Rama : "Kamu sudah tau apa penyebab Ali hilang kawalan dan tiba-tiba jadi hebat?"
Alicia : "Ali cakap, dia tak de lah hilang kawalan, dia sedar apa yang dia buat. Dia cakap, dia buat tu sebab marah je. Dan masa berlawan, dia kata kalau refleks dia meningkat. Dan dia tak rasakan apa-apa yang pelik dalam diri dia"
Rama : "Baiklah, tapi kamu tau apa penyebab refleks dia meningkat?"
Alicia : "Tidak papa, Alicia lupa tanya tu. Untuk hari ini, itu saja yang Alicia dapat"
Rama : "Haduh Alicia... Tapi kamu sudah balik lambat, tak kan itu saja yang kamu dapat"
Alicia "....."
Rama : "Dey, kenapa diam saja"
Alicia : "Alicia tengok wayang dengan Ali"
Rama : "Alicia, Alicia. Kan papa arahkan kamu mencari maklumat! Bukan untuk main-main dengan Ali!"
Alicia : "Itu sebab Ali tu asik kacau saya masa kat taman. Saya marah lah, tanpa sedar saya tolak Ali dalam kolam. Saya nak tebus kesilapan saya masa tu"
Rama : "Ali marah masa tu?"
Alicia : "Dia marah lepas tu tinggalkan saya dekat taman seorang-seorang. Tapi, dia datang balik dan bagi aiskrim kat saya. Dia tak marah saya pun"
YOU ARE READING
Ejen Ali Musim Seterusnya
Fiksi PenggemarAli, Alicia, dan Bakar merupakan ejen yang berperan besar dalam penyelamatan Dato' Otsman. Kejadian tersebut menjadikan kerja sama diantara mereka semakin kukuh. Ali dan Bakar yang sudah tau ternyata ibu bapak Alicia sudah tidak ada, dan dia hanya a...