Misi 2 : Taman - Bahagian 1
.
.
.
.
.
Di suatu kelas SMT 1 Cyberaya
Ali dan kawan-kawannya tengah belajar bersama dengan Cikgu Minah.
C. Minah : "Oke bagus, siapa seterusnya!"
Viktor : "Saya Cikgu"
(berjalan menuju papan tulis dan menuliskan jawaban)C. Minah : "Hmmm... Tepat sekali, seterus..."
KRINGGG...
Suara lonceng berbunyi.Cikgu Minah : "Baik, kerana masuk waktu rehat. Untuk soalan seterusnya, kamu semua buat kat rumah. Sekarang kamu semua boleh rehat"
Cikgu Minah dan semua murid-murid pergi keluar kelas. Seperti biasa, Ali dan Viktor berjalan bersama ke kantin.
Viktor : "Ali, tengok ni! Aku berjaya dapatkan lagi, score paling tinggi dalam Cyberaya"
Ali : "Wah... Cun gile! Nanti aku kejar"
Viktor : "Cubalah, aku tunggu"
Mereka berdua lalu tergelak bersama. Setelah tiba di kantin, Ali dan Viktor membeli nugget dan makan di salah satu meja.
Ali : "Uncle?"
(mengunyah nugget dan melihat Uncle Bakar yang tengah menyapu)Viktor : "Kenapa? Eh, Uncle kau pun ada sekali. Bukan dia ada dekat SRT ke?"
Ali : "Ha'ah pindah"
(melihat-lihat sekitaran)Viktor : "Kenapa nih Ali? Kau tengah cari sesuatu ke?"
Ali : "Hmmm... Alicia selalu ikut aku ke? Sebab, kalau aku buat salah tiba-tiba je dia datang bagi denda. Tapi yang peliknya, aku tak nampak pun dia"
Viktor : "Lah, ingatkan apa tadi. Tak tau, aku pun tak nampak"
(mengunyah nugget yang terakhir)
"Kalau nak tau, cuba lah kau buat salah"
(tergelak kecil)Ali : "Hish kau nih. Eh? Nugget kau dah habis?"
Viktor : "Kau je yang lambat. Aku nak pergi sana dulu, beli air"
(meninggalkan Ali)Alicia : "Seronok nampak"
(datang tiba-tiba di belakang Ali dengan melipat tangannya)Ali : "Wah!!! Hish, terkejut aku"
(mengusap dadanya)Alicia hanya memutar bola matanya malas.
Ali : "Kau nak apa ni? Cepatnya kau makan, ke kau tak makan lagi?"
Alicia : "Tak..."
Ali : "Kau tak dengan Mia?"
Alicia : "Tuh..."
(menunjuk Mia yang tengah berborak dengan Viktor)Ali : "Lah sempat pulak dia orang nih"
(tergelak kecil dan melanjutkan makan nugget)
"Kau tak makan lagi kan. Nah, makan lah"
(menggeser pinggan berisi nugget ke Alicia)Alicia : "Tak payah lah"
(menggeser pinggan itu kembali ke Ali)Ali : "Haish kau ni... Nanti kalau ada misi macam mana, tak ada tenaga. Makan lah. Nah, ambil dua sekali"
(mengambil nugget dari pinggan dan memberikan ke Alicia)Alicia : "Yelah"
(menerima nugget lalu duduk dan memakannya)Ali : "Kau rasa kawan-kawan dekat akademi dah lupakan kesalahan aku dulu kan"
YOU ARE READING
Ejen Ali Musim Seterusnya
FanficAli, Alicia, dan Bakar merupakan ejen yang berperan besar dalam penyelamatan Dato' Otsman. Kejadian tersebut menjadikan kerja sama diantara mereka semakin kukuh. Ali dan Bakar yang sudah tau ternyata ibu bapak Alicia sudah tidak ada, dan dia hanya a...