Misi 5 : Pinggiran - Bahagian 1
Di Menara Cyberjewels
Alicia : "Cepat, kita kena cari Ali!"
Moon mengangguk. Alicia dan Moon berjalan keluar dari kerumunan orang ramai. Namun di dekat pintu keluar sudah ada polis yang berjaga.
Moon : "Macam mana ni Alicia?"
Alicia : "Polis memang sengaja halang pintu keluar, untuk pastikan pencuri tu tak lari. Tapi aku yakin, mesti pencuri dah berjaya larikan diri dari tempat ni"
Moon : "Entah-entah Ali datang lambat tu sebenarnya kerana ialah pencuri tu ke?"
Alicia : "Aku rasa tak. Sebab kalau itu buka Ali, mesti Comot tak selesa"
Moon : "Jadi macam mana nak lalui polis?"
Alicia : "Mungkin sekarang Ali tengah..."
Di tempat Ali berada
Ali : "Cepat Comot! Jangan bagi dia terlepas"
Ali dan Comot berlari mengejar Cybersteal yang mencuba berlari ke kawasan yang lebih selamat dari orang ramai. Cybersteal berlari ke sebuah pintu yang merupakan laluan bila ada kecemasan. Ali dan Comot mengejar Cybersteal yang menuruni anak tangga, sekali sekali ia akan melompat supaya lagi cepat sampai bawah. Ali yang sedar kalau kawasan ni sempit, ia lalu membalingkan gasingnya sehingga melantun-melantun mengejar Cybersteal. Comot pun bertukar menjadi halimunan. Cybersteal yang nampak hal ini segera melepaskan tembakan yang mengeluarkan kad dengan kelajuan tinggi untuk memotong sebuah tali. Rupanya tali tersebut menyangga bebatuan. Sebenarnya itu adalah salah satu perangkap yang sudah ia siapkan semalam.
Batu-batu itu mulai berjatuhan sehingga menutupi jalan untuk Ali mengejar Cybersteal. "Macam mana nih? Comot mana pulak", bisik Ali. Dikarenakan Ali yang berhenti mengejar, Cybersteal lalu menembakkan guli-guli ke arah gasing Ali untuk mengubah arah pergerakan gasing Ali sehingga mengenai sebuah tingkap dan memecahkannya. Tiba-tiba Comot melompat ke muka Cybersteal dan mencakarnya. "Kucing apa pulak ni, sekejap ada sekejap takde", cakap Cybersteal yang berusaha lepas dari Comot. Ia mengusap mukanya yang kena cakar. Ali yang sudah berhasil menebusi bebatuan yang menghalang pun sudah tiba di situ.
Cybersteal lalu berlari menuju tingkap dan melompat keluar. Comot yang memang sedang melompat mengejar Cybersteal ikut lompat dari tingkap. "Eh, Comot!!!", ucap Ali lalu segera berlari ke tingkap dan menangkap Comot yang hampir terjatuh dari menara itu. Ali lalu memeluk Comot dan melihat Cybersteal yang sudah melarikan diri dengan hang glidernya dan memberikan Ali hormat dengan kedua jarinya. "Jaga kau... Eh, apa ni?", cakap Ali dan ia merasakan ada sesuatu di kakinya. Rupanya itu adalah sebuah kertas dengan tulisan. "Bye... Lain kali kita jumpa lagi. Kau tau kan, mana nak jumpa aku".
----------------------------------------
Di rumah Ali
Keesokan pagi, Ali menyiapkan sarapan untuk dia dan ayahnya. Lalu mereka duduk bersama dan Ali pun sarapan bersama ayahnya. Mereka juga berbual santai.
Dr. Ghazali : "Lambat pulak kamu bangun hari ni? Sekolah cuti ke?"
Ali : "Iya Ayah"
Dr. Ghazali : "Patut lah... Hmm... Sory lah ya Ali, Ayah pulang lambat semalam"
Ali : "Takpe, Ayah kan kerja. Tapi, kenapa Ayah pun lambat sarapan hari ni?"
Dr. Ghazali : "Hari ini Ayah dibenarkan masuk kerja lambat sikit, sebab semalam dah balik lambat"
Ali : "Ooh... Cun lah macam ni. Ali cuti, Ayah pun boleh masuk lambat"
Dr. Ghazali : "Ha'ah dapat Ayah sarapan sama dengan anak Ayah seorang ni"
(mengusap rambut Ali)
YOU ARE READING
Ejen Ali Musim Seterusnya
FanfictionAli, Alicia, dan Bakar merupakan ejen yang berperan besar dalam penyelamatan Dato' Otsman. Kejadian tersebut menjadikan kerja sama diantara mereka semakin kukuh. Ali dan Bakar yang sudah tau ternyata ibu bapak Alicia sudah tidak ada, dan dia hanya a...