Misi 8 : Bersatu - Bag 1

484 33 25
                                    

Misi 8 : Bersatu - Bahagian 1




Di Briefing Room Akademi
Di sana terdapat Ali, Alicia, dan hologram General Rama.

Ali : "Uncle Bakar tak sampai lagi? Bukan dia tadi ada kat akademi ke?"

Rama : "Kita tak tunggu dia, tapi kita tunggu dua ejen muda lagi"

Ali, Alicia : "A-a-apa?"

Rama : "Apa terjerit ni. Macam tak biasa je"

Alicia : "Kenapa ejen muda? Takde mentor ke dalam misi kali ni?"

Ali : "Iye lah. Selalunya kalau kita orang jalankan misi, mesti ada satu mentor yang temankan"

Rama : "Nanti saja saya terangkan"

Ali : "Apa ni General, asik nanti je"

Rama : "Apa kamu cakap!?"

Ali : "Eh takde apa General"
(takut)

Alicia : "General, macam mana kalau saya bagi laporan mengenai Cybersteal terlebih dahulu?"

Rama : "Nanti saja, tak cukup masa"

Ali : "Bagi tau lah pasal gadget kau tu"
(menyikut Alicia)

Alicia : "Bagi tau memang lah bagi tau. Tapi, kau tinggal lastik aku kat tempat tadi tu buta apa!"

Ali : "Aku pulak yang kena. Kan lastik tu kau punya"

Rama : "Apa bisik-bisik tu"

Ali : "Takde apa General"

Rama : "Alicia, kamu dah bagi tau Ali pasal benda tu?"

Alicia : "Sudah General"

Rama : "Jadi macam mana Ali, adakah kamu setuju?"

Ali terdiam selama beberapa saat. Kemudian dia memandang Alicia. Alicia memberikan isyarat senyuman saja kepadanya.

Ali : "Ya General"

Rama : "Bagus kalau macam tu, nanti saya akan bagi tau ketua teras. Alicia?"

Alicia : "Saya ikut je... Boleh kita orang tau macam mana SATRIA tu?"

Rama : "Kamu belum tau rupa SATRIA?"

Ali dan Alicia menggelengkan kepala.

Rama : "Hayoyo. Kalau tak tau, kenapa main setuju-setuju saja. Nah, kalian lihat sendiri"
(menekan butang sehingga keluar hologram SATRIA)

Ali : "Lah suit rupanya, ingatkan senjata baru. Tak best lah"

Alicia : "Ini ke General? Kenapa suit?"

Rama : "Haish... Belum tengok dah cakap macam-macam. Ini bukan suit biasa. Ketua teras cakap kalau pemakaiannya akan disertai IRIS, dikarenakan di dalamnya terdapat banyak peralatan canggih"

Ali : "I-I-IRIS? Saya akan pakai IRIS balik ke?"

Tiba-tiba terdengar suara langkah dari luar bilik itu.

Rama : "Mungkin saja"
(menutup hologram)

Ali : "Alah General, kenapa pulak kena padam. Saya tak habis nak tengok"

Rama : "Jangan mengada. Maklumat ini masih bersifat rahasia"

Pintu briefing room dibuka dan masuklah dua ejen muda secara bersama-sama.

Ali : "Iman?"

Alicia : "Rudy?"

Rudy, Iman : "Salam General!"
(mengangkat hormat)

Ejen Ali Musim SeterusnyaWhere stories live. Discover now