GEDIK

1.1K 47 0
                                    

FARIS POV

"Okay, pada mulanya abang rasa, itu semua sex sahaja tapi bila dah lama-lama kenal Mal, abang rasa lain. Ada terbit rasa sayang dekat Mal sebenarnya. Abang rasa suka dekat Mal, tapi abang takut nak bagitau lepas apa yang terjadi. Abang takut Mal benci dengan abang. ", jelas aku.

"Jadi, abang suka dengan Mal lah ke?", tanya Maluntuk mendapatkan kepastian.

Aku hanya mengangguk.

Dia pun pergi mendapatkan aku dan berbisik,

"Mal pun suka abang".

Aku pun menitiskan air mata tatkala mendengar apa yang diucapkan.

"Abang minta maaf dengan Mal sebab buat perkara macamtu tempoh hari. Abang rasa bersalah sangat dengan Mal. Abang berdosa dengan Mal", kataku.

"Takpe, kita lupakan sahaja benda tu. Dah lepas dah untuk sekarang dan kehadapan, abang kena cerita masalah kalau abang ada masalah, boleh?, Mal sudi mendengarnya", kata Mal.

Aku pun mengangguk setuju dan aku terus merangkul tubuh kecil Mal. Mulia sungguh hati kau Mal, abang memang akan jaga kau sedaya upaya abang dan akan sentiasa menyayangi kau Mal.

Malam tu aku mesej dia selepas kami masuk ke dalam bilik masing-masing.

Jadi, kita ni macamane ye?- Aku

Entahlah bang - Mal

Couple ke? - Aku

Boleh juga kot - Mal

Kot - Aku

YE, boleh. Couple - Mal

:) - Aku

"Kenapa aku tak mengaku yang aku ni gay dekat dia? Gay yang sesungguhnya, kalau aku bagitau dekat dia kan senang je kan?", kata aku pada diri aku sendiri. Sambil itu aku pun mengambil selimut dan terus tidur. Tidur nyenyak kerana aku tahu, esok adalah hari baru.

END OF FARIS POV

*****

Hari baru, pengalaman baru dan well, ada orang baru dalam hidup aku. Aku pun siapkan sarapan untuk pagi ni. Aku buatkan Abang Iqmal, sandwich telur dengan salad. Dia kan tengah buat badan dia, and of course dia perlukan stamina untuk kekal segar dan aktif. Macam iklan Milo dah aku ni. Haha, tapi aku bungkuskan je, tak sempat kot nak makan. Now dah pukul 7pagi, mandi siap semua karang pukul 7.30, nak lapor diri praktikal pukul 8.30 pagi. Aku takut dia tak sempat.

Abang Iqmal pun keluar dari bilik dan dah siap-siap pakai baju semua. Then aku tengok, dia pakai baju fitness centre ni. Dia praktikal dekat situ ke?

"Cantik tak baju abang? Aritu abang ambil dekat dorang", tunjuk dia pada aku.

Aku tunjukkan thumbs up! "Cantik", kata aku. "Eh, tapi abang praktikal dekat situ ke?", tanya aku.

"Aah, praktikal dekat situ. Abangkan ambil business dan marketing, so sesuai je mana-mana company sebab setiap company ada department marketing kan. So yeah", jelasnya.

Aku mengohkan sahaja. "Eh sebelum terlupa, nah ni, bekal untuk abang. Tapi saya buat sandwich je la tapinya",kata aku malu-malu. Aku letak bekal tu dalam bag dan aku ada tulis something dalam tu, nanti dia baca la tu bila makan.

"Ahhhh...thank you, ni buat abang makin sayang ni", dia menyambut bag tersebut dan terus mencium pipi aku.

"Ish, abang ni. Malu lah", kata aku.

"Malu eh? Ke apa?", kata abang Iqmal. "Mal, tak kerja ke arini? Kalau nak g dengan abang, boleh lah sekali", katanya lagi.

"Eh, takpe, saya masuk lewat sikit hari ini sebab kak wani ada hal, saya dah bagitau kak wani yang saya akan masuk lambat sikit", kata aku.

"Oh, okay la kalau macamtu. Abang pergi dulu eh", kata dia.

Aku mengangguk sahaja. Aku melihat dia berlalu keluar dan menutup pintu.

"Macamni eh rasa bercinta?", aku tanya diri aku. Muka mula memerah dan aku termalu sendiri. Hahaha! Gedik!

*****

____________________________________________

Terima kasih kerana membaca get ready for a new chapter.

VOTE, SHARE and COMMENT!

CINTA INSAN BIASA (COMPLETED)Where stories live. Discover now