NASIHAT MAMA

855 30 1
                                    

Abang Faris dah habis praktikal dah dan kami ada masa 2 bulan untuk bersuka-ria. Kes Hafiz tersebut sudah kami lupakan. Kami sentiasa mendoakan Hafiz belajar daripada kesilapannya.

"Mal, jom kita gi bercuti lagi nak?", kata abang Faris.

"Nak cuti ke mana pulak ni bang?", kata aku.

"Okay, abang dapat satu pakej percutian 2 hari 3 malam di Cameron Highlands, dekat Pahang?", kata abang Faris.

"Wahhhh! Bestnya! Boleh, tapi bila kita nak perg tu?",tanya aku.

"Hmmm, next week boleh? Abang kena confirmkan dengan pihak hotel untuk pakej ni, nanti abang gtau bebi eh", kata abang Faris.

"Okay, so ni kita nak pergi mana ni?", tanya aku.

"Kita nak pergi rumah mama, mama kata dia nak jumpa menantu dia", kata abang Faris sambil tersenyum.

Aku termalu sendiri dan mencubit biceps abang Faris.

SESAMPAI DI RUMAH MAMA,

"Hi Faris, hi Mal, sihat ke?", tanya Aunty Aini.

"Alhamdulillah Ma, sihat je", jawab Faris

"Alhamdulillah Aunty, Mal pun sihat jugak", jawab aku.

"Aippp..apa ni aunty-aunty, panggil Mama!", kata Aunty Aini.

"Okay mama", jawab aku sambil tersenyum malu.

Sewaktu abang Faris berada di bilik, aku pergi ke dapur dan aku nampak mama duduk di atas buaian berdekatan dengan pool.

"Mal, sini jap dekat mama", panggil mama.

Aku pun berjalan ke arah mama.

"Mal, mama nak tanya, Mal suka benar ke dengan Faris?", tanya mama.

Aku mengangguk. Tanda setuju.

"Betul?", tanya mama lagi.

"Betul ma", jawab aku perlahan.

"Okay. Mama kenal anak mama dan mama pun mula mengenal Mal dengan lebih rapat. Mama tak kisah cause love is love. Cuma, mama nak ingatkan, dalam dunia ni, tak semua orang sama. Pendapat orang berbeza-beza. Ada yang suka, ada yang tak suka dan ramai yang tak suka dari yang suka. Umum tahu, apa yang Mal dan Faris ada ini adalah satu hubungan yang memang berbeza dari norma. Jadi, mama nak Mal sayang Faris seperti mana Faris sayang Mal. Jaga diri masing-masing dan sentiasa cuba untuk menjadi yang terbaik bagi diri masing-masing.

Mal dan Faris pun bukannya budak kecil lagi. Dah tahu beza mana baik, mana buruk, kan? Bila mana hubungan Faris dan Mal diuji dengan pelbagai ujian, tarik nafas, dan fikir. Fikir jalan mana yang baik, jalan mana yang buruk. Fikir sehabis baik, boleh?", jelas mama panjang lebar.

Aku mengangguk faham dan berkata,

"Mal faham Ma. Apa yang kami ada ini adalah satu ujian dan setiap langkah adalah ujian untuk kami".

"Kalau Mal faham, baguslah. Cuma, sayangi Faris dan cuba yang terbaik okay?", kata Mama.

Aku mengangguk faham.

"Mal taknak sambung belajar?",tanya mama.

Aku agak terkejut tapi cuba menjawab,

"Nak mama, tapi mahal, Mal tak mampu", kata aku.

"Mama tanya nak ke tak je. Mama tak tanya kan mampu ke tak?", kata mama. "Macamni, kalau Mal nak sambung belajar, Mal boleh sambung, mama akan tanggung semuanya, boleh?",sambung mama.

"Boleh Ma, tapi abang Faris?", tanya aku.

"Takpe, dia mesti faham nanti", kata mama sambil menghulurkan air kepada aku.

CINTA INSAN BIASA (COMPLETED)Where stories live. Discover now