Hari ni adalah hari Ahad dan kami check out dari hotel dalam pukul 12 tengahari macamtu sebab aku ada tempat yang aku nak ajak abang Faris pergi. *Yes, aku da tukar dah panggilan kesayangan aku dari Abang Iqmal kepada abang Faris. Hehe... Kami nak pergi satu tempat ni sebab nak beli barang sikit untuk kak Wani, Aunty Aini, Jamal *tetap ingat ya dan untuk my parents. Mak dan ayah aku sebenarnya duduk dekat Perak. Kalau kami sempat karang, kami singgahlah, tapi kalau tak aku call je dorang nanti cakap nak hantar barang.
"Abang, nanti kita singgah mana-mana kita beli cenderahati nak kat aunty aini, kak wani, my parents ke..kan", kata aku.
"Boleh je Mal, no problem", katanya.
Selesai kami membeli barang kami pun berangkat pulang.
"Babai Penang, rindulah bang dengan Penang nanti..hmmm,bila la boleh datang sini pulak", kata aku manja sambil melambai-lambai ke arah Pulau Penang.
"Alololo, nanti kita pergi la tempat lain pulak. Takkan nak pergi Penang lagi, bilik abang dekat rumah abang pun awak tak pernah pergi lagi", kata abang Faris.
"Eh, bilik abang ada apa? Haiwan peliharaan ke?", tanya ak curious.
"Ada, ada ular", jawab abang Faris.
"SERIOUSLAH!!!???? Nak tengok lah nanti", kata aku excited.
Abang Faris ketawa je melihatkan gelagat aku.
*SAMPAI DI RUMAH ABANG FARIS*"Abang, kenapa balik sini? Dah la abang buat lovebites banyak tau, malu lahhhh", kata aku.
"Alah, apa nak malunya mak ayah abang okay je. Takyah risau lah. Dorang jenis yang open minded lah", kata abang Faris.
Aku pun mengangguk setuju.
"Jomlah, dah sampai ni", kata abang Faris.
Aku keluar dari kereta dan membontoti abang Faris.
"Assalamualaikum, mama, papa, Faris dah balik ni",jerit abang Faris.
Keluarlah mak Jah, "Waalaikumsalam, Faris, dah balik, oh Mal pun ada sekali", sambil tersenyum. Mak Jah da tahu dah yang Mal tu pasangan Faris, Datin Aini yang bagitau sebenarnya.
"Oh Faris, Datuk dengan Datin takde, mereka kirim salam dekat Faris dan Mal, mereka ada urgent trip ke Sabah. Katanya penting sebab ada benda berlaku dekat management sana katanya, Mak Jah tak tanya habis, sebab mereka tergesa-gesa tengahari tadi, lupa lah agaknya nak bagi Faris", jelas mak Jah.
"Kalau macamtu takpelah, kami naik bilik dulu la ye Mak Jah, letih drive ni", kata abang Faris.
Kami pun masuk ke bilik abang Faris. Masuk je aku ke dalam bilik dia, mata aku dijamu dengan rona warna kelabu gelap dan putih. Warna sungguh padan dan memang menarik. Keluasan biliknya yang hampir sahaja sama besar dengan keluasan rumah aku, memang amat mengkagumkan. Langsir tinggi dari atas mencecah lantai serta hawa dingin dari air conditioner yang sentiasa berpasang membuatkan semuanya begitu seronok.
"Wah!!! Besarnya bilik abang ni!,"kata aku excited.
Abang Faris hanya tersenyum melihat gelagat aku yang excited dengan biliknya itu.
Aku pun menapak ke bilik, bilik air yang sebesar dua bilik di rumah aku memang menakjubkan. Ada bath tub, rain shower yang begitu menarik, bilik cermin sungguh seksi, cermin di sinki yang begitu besar memang sungguh hebat.
"WOW! Besarnya bilik air abang niiiii", kata aku.
Aku pun buka pintu keluar ke verranda, pemandangan indah menghadap hutan dan memang sentiasa segar dek angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menerpa ke mukaaku.
YOU ARE READING
CINTA INSAN BIASA (COMPLETED)
Roman pour AdolescentsPerhubungan cinta menarik antara Akmal Mustafa dan Faris Iqmal yang bermula dengan sedikit konflik yang amat menyakitkan hati Akmal. Namun, lama-kelamaan cinta mereka berputik, tetapi cinta mana yang tidak ada dugaan kan?