ANAK DATIN

1.1K 67 8
                                    

*****

Keesokan harinya...

Setelah kami dapat pakaian, kami akan asingkan jenis pakaian mengikut jenis kain dan kami juga akan check segala poket yang ada sebab takut ada barang-barang customer ke kan. Dan masa aku bukan laundry bag Aunty Aini ni ada satu bag lain yang dinamakan dengan nama Faris. Aku pasti ni mesti bag baju anak dia. Selesai aku asingkan baju Aunty, aku pun buka bag baju Faris. Wanginya lahaiiii... bau jantan! Aku cium baju-baju dia memang wangi, minyak wangi apa lah yang dia pakai ye. Hmmm...

Aku pun check semua poket baju dan seluar dia. Kebanyakkannya adalah baju kemeja dan round neck t-shirt je sebenarnya. Seluar ada 3 helai je. So,lepas aku check semua, ada la aku terjumpa sebatang pen dan sebentuk cincin lelaki. Aku anggap ni semua milik Faris ni je la kan. Aku letak barang tersebut dalam envelope, aku simpan dan akan aku bagi semasa aku hantar baju tu nanti.


Tiba-tiba,

"Ting", ada mesej masuk.

"Aku nak kau simpan barang-barang aku yang kau jumpa dan nanti bagi aku dan one more thing, Jangan rosakkan pakaian aku! FAHAM?" - Unknown.

Mak aigh, siapa ni? Dah la tak bagi salam bagai, mesej terus macamni. Kau ingat aku apa? Aku pun balas.

"Salam encik/cik, saya tak kenal pun encik/cik ni siapa, tiba-tiba nak cakap macamtu kenapa? At least kenalkanlah diri tu siapa."

"Aku Faris, anak kepada DATIN Aini. Aku rasa kau faham apa yang aku maksudkan. Kalau baju aku rosak, siap kau!", ugut Faris.

Amboi, ni dah melampau. Nak je aku report dekat Aunty Aini, tapi fikir balik, kang aku jugak yang tidak dipercayai. Yelah, susah jugak aku nanti. Apa lah anak Faris ni, mak bukan main baik lagi, tapi anak. Adoi. Pening aku.

"Baik, terima kasih atas pesanan, ada apa-apa lagi Tuan Faris?", tanya aku.

Seen je. Tak balas. Aku harap benda ni selesai dah lah.

FARIS POV

"Mama, mana laundry bag Faris? Yang ada Faris letak belakang pintu ni", tanya aku kepada mama.

"Takde, mama dah bagi dekat kedai yang mama selalu cuci ni. Kedai yang Faris pergi hantar baju aritu, ingat tak", jawab Datin Aini.

"Lahh, kenapa mama bawak sekali baju Faris tu, Faris taknak la cuci situ. Tak best. Dah la kedai biasa-biasa je", getus Faris.

"Takdenya. Mama suka je cuci dekat kedai tu. Lagipun, budak yang kerja kat situ, mama suka. Nanti mama kenalkan Faris dengan dia. Nama dia Akmal. Boleh jadi kawan Faris nanti", kata Datin Aini. Datin Aini ni jenis yang open minded. Dia tau anak dia ni gay dan dia tak kisah. As long as tak terlibat dengan dadah dan jenayah, see. Pemikiran sama dengan mak dan ayah Akmal kan? Ayah Faris pun sama, jenis yang open minded. Kiranya Faris direstui lah. Haha...

"Ish mama ni, taknak lah Faris. Lagipun, I have my own taste lah. Tah dari mana-mana tah mama jumpa budak tu. Taknak lah!", rungut Faris.

Datin Aini menjeling ke Faris. Ahmad Faris Iqmal bin Dato' Ahmad Rushdan nama diberi, berusia 25 tahun tak lama lagi dan sedang menuntut di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran. Mempunyai ketinggian 189 cm dan mempunyai bentuk badan yang agak muscular dan tegap. Dia memang suka pergi ke gym dan bersauna tapi jenis yang tak suka bersosial. Sangat menjaga penampilannya, well, he is gay kan, memang patutlah menjaga penampilan dirinya. Cuma Faris ni ada sedikit off iaitu baran. Walaupun barannya dan semakin berkurangan dek selalu ambil terapi dan pergi jumpa psikatrist, tapi masih ada lagi barannya sana sini.

"Mama, bak sini nombor budak tu, Faris nak mesej dia kejap", kata Faris lembut. Dia tak boleh tunjuk dia marah takut nanti Datin Aini tak bagi nombor budak tu.

"Nah ni ha, Faris kenal-kenal la dengan dia. Tak salah pun kan?". Kata Datin Aini.

Faris menyalin nombor telefon budak tu dan terus lari ke biliknya.

"Aku kena mesej budak ni nanti rosak pulak baju aku tu nanti!", kata Faris dalam hati. Aku capai smartphone aku dan terus aku mesej dia.

"Aku nak kau simpan barang-barang aku yang kau jumpa dan nanti bagi aku dan one more thing, Jangan rosakkan pakaian aku! FAHAM?" -

"Salam encik/cik, saya tak kenal pun encik/cik ni siapa, tiba-tiba nak cakap macamtu kenapa? At least kenalkanlah diri tu siapa." jawab budak tu.

Amboi, kurang hajar eh budak ni. Nak kena ni.

"Aku Faris, anak kepada DATIN Aini. Aku rasa kau faham apa yang aku maksudkan. Kalau baju aku rosak, siap kau!", ugut Faris.

"Baik, terima kasih atas pesanan, ada apa-apa lagi Tuan Faris?", tanya budak tu.

Aku tekan gambar profil picture budak tu. "Hmm.. cute jugak. Kecil-kecil macamni, memang taste aku. Kalau dapat ni...pergh! Memang seronok!", kata Faris dalam hati sambil menatap gambar budak tu. Tiba-tiba senjatanya menegang.

END OF FARIS POV

__________________________________________

Saya tulis panjang sedikit bab ini. Nak cut pun rasa sayang, but teruskan membaca!

VOTE AND COMMENT!

Terima kasih kerana membaca.

CINTA INSAN BIASA (COMPLETED)Where stories live. Discover now