PICK UP LAUNDRY

1.2K 63 0
                                    

Malamnya...

"Assalamualaikum wbt, Hi Datin Nur Ruhaini binti Dato' Hj. Ariff Ahmad", Saya Akmal dari Dobi Matahari dan untuk menjawab pertanyaan Datin berkenaan dengan perkhidmatan Pick Up Laundry, kami ada menawarkan perkhidmatan tersebut dengan harga yang sama di kedai dan tanpa caj penghantaran. Jikalau Datin berminat, Datin boleh Whatsapp saya bila-bila masa untuk pick up laundry.

Sekian, terima kasih.

Akmal."

Aku tulis dan hantar email kepada Datin Ruhaini. Aku harap dia baca email tersebut dan aku akan remind dia nanti untuk baca.

Sambil aku berbaring-baring di atas tilam empuk aku, aku terfikir untuk mencari housemate. Bukan sebab aku tak mampu ke apa, cuma aku rasa better aku ada housemate, at least sorang, senang la kalau berlaku apa-apa ke kan? Nanti aku tanya mak ayah aku, kot la dorang okay, kalau okay, aku nak buat iklan. Tapi kalau tak okay, aku okay je pun. Gaji aku tu pun cukup untuk kehidupan aku.

*****

Hari-hari aku bekerja seperti biasa, nothing much happened. Aku dah remind Datin Aini untuk tengok email aku hantar tu dan mungkin dia tengah berfikir kot. Well, aku harap dia jadilah customer kami, senang sikit kami nanti, ada bi-weekly income. Aku ada bincang aritu dengan Datin, thru Whatsapp, then dia ada cakap nak bagi monthly or two weeks punya payment untuk baju-baju yang dihantar nanti. Aku okay je mana-mana, but Datin buat keputusan untuk bayar bi-weekly. So takde masalahlah. Aku pun gitau Kak Wani dan dia pun okay.

Customer arini pun macam biasa je then tiba-tiba ada mesej masuk,

"Salam, hi Akmal, can you come to my house and pick up my laundry, thanks" - Datin Aini.

"Salam, okay, sure Datin. I will be arriving soon", jawab aku.

"Kak, saya nak pergi rumah Datin Aini ni, dia suruh ambil baju", jerit aku dari depan.

"OK Mal!", jerit Kak Wani dari belakang kedai.

Aku pun bawa lah kereta kancil versi lama aku tu, walaupun lama aku memang jaga kereta kancil tu, memang tiptop lah. Siap ada air cond lagi tau. Setiap bulan aku hantar service dekat kedai kawan aku. Kebetulan kawan aku tu memang suka kereta-kereta lama, so, dia ada la buat sikit-sikit kereta aku dia cakap FOC sebab aku kawan dia. Haha, aku pun, okayyy...thanks. Kereta aku tu ayah aku belikan second hand masa semester 2 aku belajar dulu. Banyak jasa kereta aku tu. Aku berniaga masa dekat uni pun guna kereta tu. Niaga burger, sosej, dadih, nasi lemak semua, anta malam-malam dekat dorm students. Perghhh...memang masyuk lah.

Dalam 15 minit aku sampai dekat rumah Datin Aini. Memang besar giler weh rumah dia. Berhadapan dengan bukit. Macam rumah dekat kawasan Bangsar tu, yang besar gila nak mampus tu. Aku pun park kereta aku dekat tepi pintu pagar rumah Datin tu. Aku pun tekan loceng. Jaga dia yang buka kan pintu pagar tepi tu, then dia tanya aku.

"Ye, nak jumpa siapa ye?", tanya jaga tu. Orang Melayu, umur dalam awal 30-an kot, handsome gak.

"Saya nak jumpa Datin Aini, nak ambil baju untuk laundry, oh saya Akmal", jelas aku.

Jaga tu pun benarkan aku masuk.

"Oh, btw, nama saya Jamal, nice to meet you", kata Jamal sambil tersenyum.

"Thank you Jamal", kata aku sambil mengangguk.


Saya suka bermain dengan benda-benda yang remeh kalau time menulis, kalau boleh nak saje saya tulis panjang-panjang untuk satu bab ke satu bab, tapi tu lah, kadang-kadang bila dah terbanyak membayangkan situasi tu, dia jadi mental block pulak. Last-last, saya tidur je. Hahaha...

Anyway, terima kasih kerana membaca.

VOTE AND COMMENT!

Thank you.

CINTA INSAN BIASA (COMPLETED)Where stories live. Discover now