Hari ini aku pergi ke gym selepas aku balik kerja dobi. Aku pergi seorang sebab abang Faris pergi kursus. Ada kursus di Cherating semalam 5 hari. Kursus ni katanya untuk management ke apa, entah lah aku pun tak pasti. Dia cakap dia nak pergi kursus, aku okay, takde tanya lebih-lebih.
Dekat centre ni tak ramai sangat orang. Maybe orang prefer datang pagi kot sebelum kerja, so aku datang selepas kerja. Sekarang aku dan 1 minggu main gym, aku tak pakai coach pun, selalunya ada abang Faris yang tunjukkan macamane nak main gym ni. So, aku okay je lah.
Sedang aku main dumbell, aku disapa oleh seorang lelaki.
"Hai Mal, apa khabar? Sihat?",katanya.
Aku pun mengangkat kepala aku. Hafiz rupanya. Aku kena menjadi professional dan perlu berpura-pura tak tau dengan apa yang telah terjadi antara dia dengan abang Faris.
"Oh Hafiz, hi, sihat je, Hafiz sihat?",tanya aku.
Aku tak tau nak cakap apa dengan dia ni. Nak kata aku nak berbaik dengan dia, takdenyelah aku. But I need to be professional. WAJIB!
"Lama dah ke sampai Hafiz?", tanya aku.
"Lama jugak dah, tapi saya datang tadi work out kejap then terus masuk sauna. Lama tak masuk sauna, panas-panas badan. Sedap", katanya.
"Ugh, slut", kata aku dalam hati.
"Lepas ni Mal nak pergi mana-mana ke? Kita dinner nak?", ajak Hafiz.
Aku memikir juga, kalau pergi apa kata abang Faris, kalau aku tak pergi nanti, Hafiz kata pulak aku ni sombong. Hmmm...
"Takde buat apa, boleh je", kata aku.
Ohhhh...apa benda yang aku buat ni. Aku pun berfikir, mungkin dia betul-betul dah berubah ke kan. Kan benda tu dah lama terjadi, so, aku rasa dia ni okay kot. Lagipun, dia bukan tau pun aku siapa. Everything is going to be alright.
Aku pun selesai gym, aku pergi ke dalam shower dan mandi segarkan badan sebelum balik. Selesai mandi, aku pun pergi mendapatkan Hafiz. Dia tunggu aku dekat depan pintu masuk. Aku naik kereta dia. Aku tadi datang naik public transport je, so, aku naik kereta dia.
Sedang kami dalam kereta menuju ke restoran yang Hafiz sendiri cadangkan, dia bertanya kepada aku.
"You ada partner dah ke?".
"Ada dah, tapi kami masih baru lagi sebenarnya", kata aku.
"Oh, dah ada partner, baru ingat nak ajak couple", kata Hafiz.
"Sorry. Haha", kata aku sambl ketawa janggal.
"Sunyikan hidup takde partner ni, dulu I ada partner, tapi I messed up. Big time sampaikan pakwe I dulu tinggalkan I, hmmm, nak buat macamane kan, dah nasib badan, terima je la", kata Hafiz.
"Takpe Hafiz, nanti u akan jumpa orang yang baik dan sesuai dengan you, you ni handsome, tinggi, mesti ramai nak dekat you nanti, trust yourself", kata aku.
"Ye lah, tapi tu lah, I masih teringat dekat ex lama I, dia caring dengan I dulu, I dah jumpa dia sebenarnya, tapi dia masih tak bagi peluang dekat I", kata Hafiz.
"Oh, you kena move on Hafiz, mungkin dia dah move on ke sebab tu dia jadi macamtu", kata aku cuba bersabar.
Hafiz hanya mengangguk. Harap dia terima la nasihat aku. Kami sampai di restaurant yang agak mahal di sini. Agak fancy lah dan aku tak berapa pandai sangat.
"Kita makan dekat sini okay?", kata Hafiz.
"Tapi Hafiz, ni mahal ni, saya tak mampu lah", kata aku.
"Ala, saya belanja, sempena persahabatan kita, boleh?", katanya.
Aku hanya mengangguk. Kami pun masuk ke dalam restauran tersebut. Makan then minum then kami berborak. Aku rasa Hafiz ni takde la jahat sangat, cuma mungkin dia tersilap langkah sahaja. Tu je. Then dia nak hantar aku balik sebab malam dah terlampau lewat. Abang Faris pulak balik esok, so, aku better balik rumah aku.
"Kalau Hafiz tak keberatan, boleh hantar saya balik ye?", pinta aku.
"Alah, boleh je, takde masalah", kata Hafiz.
Kami pun masuk dalam kereta dan terus meluncur laju ke arah rumah aku. Tiba-tiba, aku terasa kepala aku berpusing laju, sempat aku bertanyakan kepada Hafiz,
"Apa...?"
"Kenapa sayang? Pening eh? Berpusing-pusing macam roda?", tanya Hafiz. "BTW, sedap tak steak tadi?", sambungnya sambil ketawa.
"Apa kau letak dalam makanan aku ha?", aku masih kepeningan, kepala aku berpusing-pusing, aku tak mampu nak buka mata.
"Hahaha! Padan muka kau. Kau ingat kau boleh rampas Faris dari aku?", kata Hafis sambil menampar muka aku.
"Abang Farisss...tolong saya", bisik aku perlahan.
Tiba-tiba semuanya gelap. Aku pengsan.
_____________________________________
Wah, conflict sudah ada. Maksudnya, cerita ini sudah berada di hujungnya.
Teruskan membaca dan nantikan penyudahan cerita ni, adakah ia sedih atau adakah dia gembira?
Tungguuuu...
VOTE, SHARE and COMMENT!
Terima kasih kerana membaca.
![](https://img.wattpad.com/cover/275701097-288-k104863.jpg)
YOU ARE READING
CINTA INSAN BIASA (COMPLETED)
Teen FictionPerhubungan cinta menarik antara Akmal Mustafa dan Faris Iqmal yang bermula dengan sedikit konflik yang amat menyakitkan hati Akmal. Namun, lama-kelamaan cinta mereka berputik, tetapi cinta mana yang tidak ada dugaan kan?