Bab 61

270 24 2
                                    

"Don't look here" jerit Inara. Tangannya cuba menutupi bahagian-bahagian kewanitaannya. Tubuhnya dipusing ke arah lain. Bathrobe segera dicapai dan dipakainya.

Hyun Seol masih lagi terpegun. Walaupun ini kali kedua dia melihat tubuh Inara, namun ini merupakan kali pertama dia melihat secara sedar.

Melihat Hyun Seol tiada tanda-tanda untuk berhenti memandangnya, Inara mencapai tuala lalu membaling tepat ke muka Hyun Seol.

Hyun Seol tersentak, kemudian mengalihkan pandangannya. Dalam hati, dia mengutuk perbuatannya.

"Sorry" Hyun Seol memulakan bicara, sedar bahawa tindakannya melangkaui batas.

Inara diam. Dia masih lagi malu dengan kenyataan itu. Bathrobe yang membalut tubuhnya tidak menghalang gigil dan kegelisahan dalam dirinya.

'Bodoh laa, Inara. Kau ni dah kenapa? Asyik buat silap. Tak boleh ke jadi betul sikit? Tak boleh ke kalau buat something tu tak perlu asyik nak salah? Memang patut pun kau kena dera. Kau memang layak' hatinya mula berbicara.

Dengan kegelisahan dalam dirinya dan 'self-talk' yang negatif bermain dalam kepalanya, Inara yang diam tiba-tiba mengeluarkan tangisan yang kuat. Sedu sedan dia cuba menahannya. Dia duduk di lantai. Kakinya menendang rak di hadapannya.

Hyun Seol yang memandang dinding sebentar tadi kembali memandang Inara. Melihat wanita tiada tanda-tanda untuk berhenti, dia segera mendekati wanita itu.

"Hey, don't cry. If you afraid with what happened in last few minute ago, don't worry, i will take my responsibility. And if you worried about me seeing your body, I will never mentioned it" ujar Hyun Seol.

Inara menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu semua dan dia masih tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan situasi itu.

Melihat keadaan Inara, Hyun Seol memeluk tubuh gadis itu. Cuba untuk menenangkannya. Hampir 10 minit mereka dalam keadaan begitu, Tangisan Inara juga mula reda. Rambut Inara diusap perlahan

"Inara, mind if I asked you something?" Hyun Seol bertanya. Inara sekadar menggeleng kepala di dada lelaki itu.

"Seeing you in this condition, makes me somehow feel wonder. What is really happened after we did that  thing?" Hyun Seol mengutarakan soalannya.

Inara terdiam. Daripada diamnya Inara, Hyun Seol tahu bahawa wanita itu masih belum bersedia. Dia menarik Inara perlahan berjalan menuju ke soket plug, tempat dia mengeringkan rambut.

Hyun Seol memberi signal supaya wanita itu duduk di sofa sementara dia mengeringkan rambut menggunakan hair dryer.  Dia membiarkan Inara mengambil masa sebanyak mana dia mahu untuk menceritakan hal sebenar.

"Hyun Seol" panggil Inara, perlahan.

"Yes" balas Hyun Seol sambil mengeringkan rambut wanita itu.

"I'm pregnant" serentak dengan itu, air matanya tumpah ke pipi.

Daddy!!!Where stories live. Discover now