Bab 64

297 31 1
                                    

Inara terjaga apabila kereta yang disewa oleh manager Hyun Seol berhenti di lampu merah. Tangannya diangkat untuk menggosok mata, namun dihalang Hyun Seol. Hyun Seol mengusap mata Inara perlahan sebelum membenarkan wanita itu membuka mata.

Sebaik sahaja dia membuka mata, Inara menyedari bahawa dia menyandar tubuhnya di dada Hyun Seol. Inara membetulkan posisi dirinya. Namun, belum sempat dia menjauhkan diri dari Hyun Seol, Inara mual.

"Rest, rest" ujar Hyun Seol, kembali menolak perlahan kepala Inara supaya bersandar kepadanya. Inara memicit kepalanya perlahan.

Melihat perlakuan Inara, tangan Hyun Seol naik ke dahi Inara dan memicitnya. Memahami mual wanita itu.

"Do you need anything?" soal Hyun Seol.

Pada mulanya, Inara ingin menggelengkan kepalanya namun tiba-tiba keinginannya ingin memakan jeruk naik. Padahal, dia bukanlah peminat makanan sebegitu.

"Emm pickles" balas Inara.

Hyun Seol mengangguk sebelum memberitahu managernya, Song Hyun Ki.

"And peanut butter" sambung Inara lagi.

A weird dead combination.

Hyun Seol mengangguk buat kali kedua. Dia mengerutkan dahinya. Namun, segalanya diturutinya memandangkan dia risau dengan emosi wanita itu.

"And can we go to McD after that?" bicara Inara lagi.

Song Hyun Ki mengangguk. Anything. Walaupun dia ingin menyumpah seranah kepada Hyun Seol.

"I kinda craving for pickles and peanut butter. And french fries plus ice-cream just make sense. Right?" tanya Inara.

Mendengar pernyataan dari Inara membuatkan Hyun Seol dan Song Hyun Ki mual, namun tetap mereka mengangguk.

"We should try then" ujar Inara lagi.

"We?" tanya Hyun Seol kehairanan.

"Yes. You, me and your manager" tambah Inara.

Song Hyun Ki di hadapan tempat pemandu menggelengkan kepala. Dia menjegilkan matanya melalui cermin pandang belakang.

What the heck?

Daddy!!!Where stories live. Discover now