Inara sekadar diam sepanjang sesi interview dijalankan. Kebanyakan soalan lebih terarah mengenai dirinya dan Adrian. Banyak juga soalan-soalan panas yang ditanyakan.
"Adrian ni memang anak sebenar Hyun Seol ke?" tanya salah seorang wartawan. Hyun Seol mengangguk sebelum menjelaskan mengenai status Adrian.
Ada juga yang mengatakan bahawa Inara sebagai seorang wanita yang ingin mengambil harta Hyun Seol dan menumpang populariti Hyun Seol.
Walau bagaimanapun, Hyun Seol menjelaskan situasi sebenar dimana Inara boleh menyara Adrian tanpa bantuannya. Namun, Adrian sendiri yang membuat keputusan untuk mencarinya.
Keadaan mula menjadi lebih panas apabila wartawan mula bertanya mengenai status hubungan mereka. Memandangkan Hyun Seol merupakan artis melonjak naik, tidak mudah untuknya mengelak dari soalan ini.
"Ya, kami akan berkahwin dalam masa terdekat" ujar Hyun Seol lagi.
"Hyun Seol, adakah isteri bersama anak encik tidak pandai berbahasa korea memandangkan mereka hanya diam sepanjang tempoh temu bual ini?"
Soalan tersebut menyebabkan Hyun Seol memandang Inara. Lama. Dia seolah-olah memberi isyarat bahawa soalan itu perlu dijawab oleh Inara. Namun sebaliknya Adrian yang menjawab soalan tersebut.
"Nae, we both can speak fluently in Korea. Kami boleh berbahasa inggeris, korea, sepanyol dan german dengan lancar" balas Adrian lalu mencium kedua ibu bapanya.
Kebanyakan diantara mereka terpegun dengan kelancaran Adrian berbahasa memandangkan usianya masih kecil.
Usai sahaja sesi temu bual tersebut, Hyun Seol sekeluarga segera bergerak pulang memandangkan ianya hampir pukul 12 tengah malam. Adrian lena di dalam pangkuan Hyun Seol.
Masing-masing antara mereka diam. Hanya menikmati kepekatan malam. Adam juga tidak memulakan sebarang perbualan. Inara pula menguap berkali-kali.
"Sleep la. Nanti bila dah sampai, I kejutkan" ujar Hyun Seol. Inara diam. Matanya kian layu dan akhirnya tertidur.
"Kau Adam. Malam ni tidur jelah dekat rumah aku. Nanti kang letih pulak kalau nak memandu" ujar Hyun Seol lagi.
Adam rasa senyum sebelum membalas "Tak boleh do, aku ada hal besok. Papa aku nak jumpa. Next time la kita lawan xbox"
Setibanya di rumah, Hyun Seol terus mengendong anaknya masuk ke dalam bilik. Inara dikejutkan oleh Adam. Wanita itu terpisat-pisat membuka mata lalu turun dari kereta. Laptop dan ipadnya turut diambil.
Sampai sahaja di ruang tamu, Inara membaringkan tubuhnya. Hyun Seol yang baru sahaja meletakkan Adrian di bilik menangkap tubuh Inara di sofa.
"Inara, go sleep in the room. Nanti badan you sakit" ujar Hyun Seol. Dia ke ruang dapur bagi menghilangkan hausnya.
"Hyun Seol" panggil Inara.
Segera Hyun Seol ke ruang tamu bersama segelas airnya. Inara menyuruh lelaki itu menarik zip gaunnya. Hyun Seol turutkan sahaja. Gelas di tangannya diserahkan kepada Inara. Terus sahaja Inara meminum air itu.
"Ada baju tak ni?" tanya Hyun Seol memandangkan siang tadi Inara memakai bajunya.
"Ada. I got several lingerie. But for days clothes, I don't have it as well as my formal dress" balas Inara.
Hyun Seol mengangguk kecil. Dia masuk ke dalam bilik air untuk mencuci muka dan menggosok gigi sekaligus memberikan Inara ruang untuk menukar pakaian.
Usai sahaja membersihkan diri, Hyun Seol keluar dari bilik air. Hampir sahaja tidak terkawal nafsunya apabila melihat Inara berpakaian sebegitu. Terus dia membuka wardrobe nya untuk mengambil sehelai baju kemejanya.
Inara kaget dengan tindakan Hyun Seol. "Why?" tanya Inara, pelik dengan perbuatan Hyun Seol.
"First, this is inapropriate. Second, your clothes is much way to see through. Third, it is white. I can see clearly your dew and mountains" ujar Hyun Seol sambil meraup rambutnya.
Macam mana dia mahu menahan godaan wanita di hadapannya ini...
"But you already saw my body right? What the problem with all this. Stop being innocent" balas Inara kemudian menanggalkan kemeja Hyun Seol. Dia bergerak menuju ke bilik air.
Hyun Seol menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian menghembus.
Sabar, Seol.
------------------------------------------------------
YOU ARE READING
Daddy!!!
RomanceAdrian ditinggalkan di hadapan rumah Hyun Seol. Keadaan mamanya yang bekerja sebagai seorang scientist menyebabkan mananya terpaksa meninggalkannya di rumah daddynya. "Mama said that I should stay with daddy since she have conference and site visit...