Bab 46

314 26 0
                                    

"Come, I bawakkan bagasi tu" ujar Hyun Seol sambil mencapai pemegang bagasi di tangan Inara. Masing-masing antara mereka berdua sibuk mengemas barang memandangkan pada pagi itu mereka akan check-out dari situ dan pulang ke Korea.

Adrian pula lain ceritanya. Dia masih lagi tidur bertemankan mimpi-mimpi indah. Panggilan dari Hyun Seol dan Inara juga diabaikannya.

"Adrian, wake up. We can't be late" ujar Inara sambil menggoyangkan badan Adrian. Adrian merungut kecil.

"Let me give him a bath, so we can leave early. And can you please prepare the clothes for him?" ujar Hyun Seol. Inara terdiam sejenak sebelum mengangguk.

Tidak lama kemudian, Hyun Seol keluar dari bilik mandi bersama Adrian di dukungannya. Hyun Seol memandang Inara seketika sebelum meletakkan Adrian di atas katil.

"I think he's got fever" ujar Hyun Seol. Baju dan seluar yang disediakan oleh Inara segera dipakaikan. Inara yang berada di sebelah berasa pelik lalu disentuh dahi anaknya itu.

Panas.

Segera coolfever dikeluarkan dari tas tangannya lalu dilekatkan di dahi anaknya.

"Mama" rengek Adrian.

"Rian, it's okayy. Mama got you" ujar Inara. Tangannya mengusap rambut anaknya.

"Let me carry him" pintas Hyun Seol. Tubuh Adrian didukung kembali sebelum mereka bersama-sama meninggalkan hotel.

Sepanjang perjalanan di dalam flight, Hyun Seol sehabis baik memastikan Adrian selesa di ribanya. Inara di sebelahnya sudah lama terlena bersandarkan bahunya.

Kekadang Adrian merengek. Barangkali, tidak selesa dengan keadaan di situ. Namun, Hyun Seol menepuknya agar tidur kembali.

Inara disebelahnya dipandang. Wanita itu kelihatan tenang dalam tidurnya.

Jujurnya, dia tidak selesa apabila Adrian tidur atasnya. Inara pula menyandar di bahu kirinya. Keadaan itu menyebabkan dia sedikit berpeluh. Namun, disebabkan konflik yang ada antara dia dan Inara, Hyun Seol sekadar mendiamkan diri.

Tak lama kemudian, Inara terjaga dari tidurnya. Menyedari bahawa dia tidur berbantalkan bahu Hyun Seol menyebabkan dia malu seketika. Inara segera menghilangkan perasaan itu sebelum mengambil Adrian lalu diletakkan di ribanya.

"Sorry for troubling you" ujarnya. Kepala Adrian diusap perlahan.

"Nah, it's okayy. He's my boy too, right?" balas Hyun Seol. Dia membetulkan posture duduknya sebelum tidur.

************************************

Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
8:17 pagi.

"Hyun Seol. Wake up. We already landed" ujar Inara.

Hyun Seol perlahan membuka mata. Inara dan Adrian diperhatinya. Adrian masih lagi lena di riba Inara. Perlahan, dia bangun dari kerusi. Sweaternya diperbetulkan. Kemudian, Adrian diambil dari riba Inara.

"Ara, awak jalan dulu. Lepas ni, terus cari Adam dekat parking. Pastikan orang tak perasan tau. Then text me, okayy?" ujar Hyun Seol.






Daddy!!!Where stories live. Discover now