Getaran di dalam hati Hyun Seol cuba ditenangkan. Walaupun dia pernah melakonkan sisi watak seperti itu berkali-kali, tapi ini adalah Inara.
Wanita paling beku di dunia.
Hyun Seol segera menuju ke depan. Inara di belakangnya dihiraukan.
Manakala situasi Inara pula, pipinya membahang menahan malu. Itu ciuman pertamanya. Walaupun dia pernah menjalinkan hubungan percintaan, namun dia tidak bemesra sebegitu. Baginya, hubungan percintaan seharusnya suci tanpa melihatkan sentuhan.
Kolot bukan?
Setelah menenangkan dirinya, Inara terus bergerak ke ruang tamu. Kelihatan Adrian sedang menikmati sushi di meja makan. Hyun Seol pula melarikan mata dari bertemu dengan sepasang mata milik Inara.
"Mama, come here. You must try this. It really good" ujar Adrian.
Segera Inara menuju ke arah Adrian. Dia mengambil satu sushi lalu memasukkan ke dalam mulutnya. Sedap. Kemudian dia mengambil lagi dan lagi.
Hyun Seol dan Adam sekadar memerhatikan mereka.
"Hyun Seol" panggil Adam.
"Ye, asal?" balas Hyun Seol ala kadar.
"Seksi do Inara ni. Terkejut aku time dia keluar macam tu tadi" ujar Adam, sedikit berbisik.
Mendengar bicara Adam, Hyun Seol terus menjeling Adam. Mana tidaknya, wanita itu selalu menaikkan nafsunya.
"Gurau bro"
************************************
"Dah siap ke Adrian?" ujar Hyun Seol dalam bahasa Korea.
Adrian mengangguk. Sut yang bewarna baby blue itu digosok perlahan. Sedondon dengan warna kot Hyun Seol.
"Mama, are you not going to go?" tanya Adrian kepada mamanya memandangkan Inara masih lagi memakai kemeja daddynya bersama short pants.
"I already promised auntie Liu to help her. Besides, Remesis might be block the system since they have defeated him. Sorry, I couldn't go baby. Kalau sempat nanti, mama datang. But right now, I stay in the car" jelas Inara.
Awalnya, dia tidak ingin mengikut mereka ke acara ini. Namun, apabila Adrian turut menyatakan bahawa dia juga tidak mahu pergi, terpaksalah Inara memikirkan dan mempertimbangkan semula.
"Mama, take care okay? Uncle Adam, please take care of mama. Anything, you can call me or daddy. I love you mama" ujar Adrian dengan petah sekali.
Adam dan Inara mengangguk sebelum membiarkan Hyun Seol dan Adrian bergerak masuk ke dewan.
"Adam, back up for the web" ujar Inara lalu menyerahkan ipadnya kepada Adam. Adam mengeluh. Dia dah agak dah. Itulah sebabnya Inara setuju untuk datang ke majlis itu. Namun, dia tetap mengambilnya.
"Ari, we're ready. Make sure you and your team have secure the connection. Front-end and Back-end" ujar Inara lagi.
Proses ini adalah sukar memandangkan semalam berlaku penyerangan siber di web ketenteraan Malaysia. Sebagai seorang ejen, Ariana telah ditugaskan untuk mengalihkan maklumat tersebut ke web yang baru. Untuk itu, Ariana telah meminta pertolongan Inara bagi mengenalpasti 'orang dalam' yang terlibat dalam serangan siber ini.
Inara perasan adanya glicth di salah satu sistem yang berkenaan. Terus dia melaporkan Inara memandangkan tugas lnara sekadar memerhatikan website itu dari laman sesawang rasmi.
Adam juga perasan ada beberapa tempat yang berlaku glitch. Dia memberitahu Inara. Menyedari hal itu, Inara terus memberitahu bahawa lebih dari seorang yang terlibat dalam ini.
Hasilnya, seramai lima orang perisik di dalam pasukan tersebut ditangkap kerana cuba menggodam dan melarikan maklumat.
Hasilnya, dalam masa sejam sahaja, semua maklumat dapat diselamatkan. Inara menghembus nafas lega. Begitu juga dengan Adam.
"So.. Are you wanna go inside?" tanya Adam.
Inara mengeluh. Dia lupa tentang hal itu. "Tengoklah dulu. Pukul berapa conference start?" tanya Inara.
"Pukul 10. Dalam satu jam lagi. Dekat tingkat 5 tau" balas Adam. Inara mengangguk.
"Adam, can you buy me some foods? I'm quite hungry" soal Inara.
Tanpa banyak bicara, Adam terus memanaskan enjin kemudian bergerak ke medan.
"Adam, chicken popcorn and mineral water" Inara mengarahnya. Adam sekadar mengangguk. Dia memahami bahawa wanita itu sedang mengandung. Jadi, nafsu makannya bertambah.
Usai makan, Adam bergerak ke dewan itu semula. Dia terus menyerahkan gaun yang ditempahnya kepada Inara. Inara sekadar menuruti. Setelah bertanya di mana bilik persalinan, segera Inara memasuki dewan.
Selepas menukar pakaian, Inara segera bergerak ke lift. Namun, dia mendengar Adrian memanggilnya. "Mama" jerit Adrian.
Hyun Seol memanggil Adrian untuk kembali ke arahnya sebelum menyerahkan kotnya kepada Adrian. Memahami tugasnya, Adrian segera menuju ke arah mamanya.
Adrian memakaikan kot tersebut apabila mamanya tunduk untuk mengangkatnya. Kemudian, mereka berlalu menuju ke arah Hyun Seol.
Para wartawan tidak henti mengambil gambar mereka. Masakan tidak, ini kali pertama Hyun Seol menunjukkan Adrian dan Inara di tempat terbuka.
Keadaan mula menjadi sesak memandangkan ramai wartawan mula menyoal siasat mereka. Mahu tidak mahu, terpaksa lah Hyun Seol meminta diri kemudian masuk ke dalam lif. Adrian dalam dakapan Inara juga sudah beralih ke dakapan Hyun Seol.
"How about your work? Already settle?" tanya Hyun Seol.
Inara sekadar mengangguk kecil. Trofi di tangan Hyun Seol diserahkan kepada Inara memandangkan dia perlu menampung berat badan Adrian.
"Ean, next time, don't ask mama to carry you okay? She's pregnant. Mana can't carry heavy thing, alright?" ujar Hyun Seol dengan nada yang lembut.
Adrian mengangguk lalu mengucapkan sorry kepada mamanya. Inara sekadar membelai rambut Adrian.
Sampai sahaja di tingkat lima, terlihat sudah ramai wartawan sedang menunggu mereka.
Relax, Inara relax.
YOU ARE READING
Daddy!!!
RomanceAdrian ditinggalkan di hadapan rumah Hyun Seol. Keadaan mamanya yang bekerja sebagai seorang scientist menyebabkan mananya terpaksa meninggalkannya di rumah daddynya. "Mama said that I should stay with daddy since she have conference and site visit...