Bab 98

280 26 2
                                    

Sampai sahaja set penggambaran, Adrian terus membuka pintu, dia terus keluar berlari menuju ke arah daddynya. Adam yang ketika melaung memanggil Adrian, diabaikan.

Adam menggaru kepala.

Habisla aku dengan Hyun Seol...

"Daddy" jeritan Adrian memenuhi set penggambaran.

Hyun Seol yang ketika sedang membaca skrip terkejut. Walaupun managernya sudah mengetahui mengenai hal itu, namun kru penggambarannya yang masih belum tahu.

Adrian berlari mendekati Hyun Seol sambil wajahnya dimasamkan. "Uncle Adam fetched me late. Did you tell uncle Adam to pick me up early as i told you?" rungut Adrian.

Kru-kru yang berada di situ mengalihkan pandangan kepada Hyun Seol.

"Adrian, go to the car" tegas Hyun Seol. Suaranya ditinggikan. Tangan mengurut perlahan pelipis di dahinya.

1 more slot, Hyun Seol

Hyun Seol cuba menenangkan dirinya. Managernya yang melihat Adrian pada waktu itu menggelengkan kepala.

Usai sahaja sesi penggambarannya, Hyun Seol segera beredar. Perlawaan daripada kru untuk makan bersama terpaksa ditolaknya.

Mukanya masih marah. Mahu tidaknya dia sedang stress mengenai penggambarannya yang tiba-tiba memerlukan dia untuk ke Australia. Padahal dia telahpun berjanji dengan Adrian untuk menemani anaknya ke theme park.

"Daddy.." suara Adrian merengek apabila Hyun Seol mula memasuki kereta.

"Stop" tegas Hyun Seol. Dia bercakap dengan Adam dengan bahasa Jorea supaya Adam mengambil tempat di sisi pemandu.

Adrian memuncungkan mulutnya. Sesekali dia memanggil daddynya, namun diabaikan. Air matanya mula menitis. Adrian menahan sebaknya.

Usai menghantar Adam ke apartment lelaki itu, Hyun Seol terus menuju ke universiti untuk mengambil Inara.

"Daddy" panggil Adrian buat kesekian kalinya. Suaranya serak akibat tangisan.

"Hmm" balas Hyun Seol senada.

"I'm sorry. Please don't be mad at me" ujar Adrian lagi.

"Okay"

Mendengar respon daddynya, Adrian kembali merenung ke luar tingkap. Air matanya menitis lagi.






















"Mama" panggil Adrian apabila Inara masuk ke dalam kereta.

Inara memandang anaknya. Adrian yang berada di sisinya terus datang meneluknya dan melentokkan kepala di bahunya.

"Daddy's mad at me" bisik Adrian di telinga dengan esakkan walaupun masih boleh didengari oleh Hyun Seol.

Tangan Inara menggosok perlahan belakang anaknya, cuba meredakan tangisan.

"Why daddy mad at you?" tanya Inara seraya mencium ubun-ubun Adrian.

"I entered daddy's workplace" balas Adrian sambil menangis.

Inara mengangguk. Dia cuba menenangkan anaknya itu.

"Mama, can you talk about this to daddy?" Adrian menyuarakan soalannya.

Inara mengiakan. Dia cuba menenangkan Adrian. Tak lama selepas itu, Adrian melentokkan kepalanya di bahu Inara menandakan anaknya sudahpun tertidur.

"Ehem" Deheman Inara sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran di hati Hyun Seol.

Haih, aku yang kena

Daddy!!!Where stories live. Discover now