"Aere" panggil Ariana. Inara segera menoleh ke arah rakannya.
"Yup" balas Inara.
"Kitaorang balik Kedah balik malam sebab lusa dah nak raya. Kalau kau nak stay sini, terserah laa. Kesian pulak dengan Hyun Seol" kata Ariana.
Inara diam memikirkan situasinya. Adrian yang tertidur di ribanya diperhati. Kemudian, dia memerhatikan Nek Yah.
"Kalau macam tu, tak pelah. Aku stay sini dulu. Maybe, malam raya aku bertolak balik Kedah. Depends. Aku tak janji. See you soon babe" balas Inara.
Ariana mengangguk. Anna yang tertidur dalam pelukannya diangkat. Dia menyalami tangan Nek Yah sambil mengucapkan selamat hari raya dan berterima kasih.
Selepas keluarga Ariana beredar, Inara segera memindahkan Adrian ke dalam bilik. Tempat tidur mereka diperkemas.
"Awak teman Adrian boleh? Saya nak bercakap dengan Nek Yah kejap" ujar Inara dalam bahasa Korea. Hyun Seol sekadar mengangguk.
Keluar dari biliknya, Inara melihat Nek Yah sedang termenung sendirian.
"Nek Yah" panggil Inara sambil mendekati wanita itu.
"Saya nak minta maaf atas kekecohan yang berlaku. Anak kami diculik dan diletakkan di banglo hujung kampung berdekatan dengan hutan. Saya minta maaf laa jika kedatangan kami sedikit sebanyak menyusahkan Nek Yah" ujar Inara.
Nek Yah di sebelahnya tersenyum. "Takpe, dah lama Nek Yah tak rasa suasana macam ni. Nek Yah hidup seorang diri. Bila tengok keluarga kamu sudi tinggal dengan Nek Yah, terharu hati Nek Yah. Kamu raya dengan Nek Yah ye" balas Nek Yah.
"Saya umm bukan muslim Nek Yah. Tapi kami boleh teman. Jangan risau okay? Jomla masuk tidur. Nanti karang Nek Yah kena sahur. Nanti saya bangun temankan Nek Yah ya" ujar Inara lagi.
Selesai berbual dengan Nek Yah, Inara segera masuk ke bilik yang diberikan oleh Nek Yah kepada mereka bertiga.
"Kenapa belum tidur?" tanya Inara apabila melihat Hyun Seol masih lagi bersila di tepi Adrian.
"Nyamuk" ujar Hyun Seol sambil menampar nyamuk yang menggigit anaknya.
Menyedari maksud Hyun Seol, Inara segera mencari kelambu di dalam almari. Dia segera memasang kelambu tersebut dan mengemaskannya.
Hyun Seol menghhembuskan nafas lega apabila Inara menggantung kelambu. Finally, balasnya dalam hati.
"Hyun Seol" panggil Inara. Hyun Seol yang sudah bersedia untuk tidur kembali membuka mata. Dia sekadar memberikan jawapan 'hmmm'.
"Thanks selamatkan Adrian" ujar Inara sebelum memeluk Adrian dan tidur.
YOU ARE READING
Daddy!!!
RomanceAdrian ditinggalkan di hadapan rumah Hyun Seol. Keadaan mamanya yang bekerja sebagai seorang scientist menyebabkan mananya terpaksa meninggalkannya di rumah daddynya. "Mama said that I should stay with daddy since she have conference and site visit...