Incheon International Airport
2:04 amInara masih mamai dalam tidurnya. Mabuknya sepanjang berada di dalam kapal terbang membuatkan dia letih. Tak henti dia meminta Hyun Seol memicit kepalanya.
Sebaik Sampai sahaja di lapangan terbang, barulah muntahnya hilang. Keluar sahaja dari balai penerbangan, Inara terus mencari bangku. Dia menyandarkan kepalanya di bahu Hyun Seol. Peningnya masih belum hilang.
Memandangkan Hyun Seol merupakan seorang pelakon, gaya dan pakaian turut diubah untuk memastikan tiada seorang pun mengecamnya.
Tidak lama selepas itu, barulah Adam datang menjemput mereka. Tubuh Inara dikendong masuk ke dalam kereta. Mereka terus bergerak ke rumah milik Hyun Seol.
"So, macam mana dekat sana? Okay tak?" tanya Adam.
"Okay je. Except the part yang Inara pregnant" keluh Hyun Seol. Inara yang tertidur disebelahnya dipandang.
Adam tersentak. Kereta dibrek mendadak. Hampir sahaja Inara terhentak ke hadapan akibat inersia yang berlaku, namun Hyun Seol cepat memeluk kepalanya. Inara yang tertidur kembali terjaga.
Menyedari kesilapannya, Adam segera memandu seperti biasa.
"Kau dah kenapa?" tanya Hyun Seol, suaranya ditinggikan sedikit.
"Seriously? Like Inara pregnant? Your second child?" tanya Adam bertubi-tubi.
"Yelah. Dahtu, kau ingat anak siapa? Dia tak nak pon pregnant. This is my own mistake" ujar Hyun Seol perlahan. Rambut Inara diusapnya. Inara yang tadi terjaga kembali merebahkan kepalanya
"Kau dah beritahu Adrian belum?" soal Adam lagi.
"Belum. Aku rasa better Inara yang beritahu"
Adam mengangguk. Perbualan mereka terhenti di situ. Hyun Seol menutup matanya, ingin tidur seketika.
"DADDY" panggil Adrian perlahan. Hyun Seol mengerut dahinya sebelum membuka mata. Adrian senyum. Hyun Seol membalas senyuman anaknya menggosok perlahan kepala Adrian.
"Mama" ujar Adrian lagi. Hyun Seol memandang ke bawah, memerhati Inara sebelum kembali melihat Adrian.
"You go inside first. I need to carry mama. She's feeling unwell" kata Hyun Seol. Adrian memandang daddynya kemudian mamanya. Dia mengangguk sebelum masuk ke dalam rumah.
Tubuh Inara ditepuk perlahan. "Inara, we already arrived" bisik Hyun Seol. Wanita itu merengek perlahan sebelum kembali tidur.
Hyun Seol menggelengkan kepala. Dia terus mengendong Inara masuk ke dalam rumah. Tubuh Inara diletakkan di dalam biliknya. Setelah itu, dia kembali di ruang tamu.
"Adrian, go sleep with mama. It already late" ujar Hyun Seol, memberi arahan buat anaknya. Adrian mencebik namun diturutkan jua.
"Kau nak balik ke tidur sini weh?" tanya Hyun Seol.
"Sinilah. Penat ah nak drive balik" adu Adam.
"Lawan bola jom"
YOU ARE READING
Daddy!!!
RomanceAdrian ditinggalkan di hadapan rumah Hyun Seol. Keadaan mamanya yang bekerja sebagai seorang scientist menyebabkan mananya terpaksa meninggalkannya di rumah daddynya. "Mama said that I should stay with daddy since she have conference and site visit...