Sampai sahaja di rumah, Hyun Seol segera membawa Adrian ke dalam bilik. Dia juga membaringkan dirinya memandangkan penat akibat berjalan lama. Tidak lama kemudian, dia lena disisi Adrian.
Inara menghantar barang-barang masuk ke dalam bilik. Melihat keadaaan Adrian dan Hyun Seol , Inara sekadar menggelengkan kepalanya. Dia kembali ke dapur untuk menolong Nek Yah.
Dia mengalas ketupat dan mula memasak rendang ayam memandangkan Nek Yah sudahpun masak serunding.
"Penat sangat diaorang tu. Ara tak penat ke?" tanya Nek Yah.
Inara tersenyum lalu menggeleng. Tangannya mengacau-ngacau rendang yang dimasaknya.
"Ara ada belikan Nek Yah baju raya. Nanti Ara kasi ya. Besok, kami tak boleh lama Nek Yah. Sebab saya ada open house besok dekat Perak. Nek Yah okay tak?" tanya Inara
"Takpa. Ara sambut raya sini pon dah bermakna. Terima kasih Ara sebab tolong Nek Yah, sediakan makanan semua ni" ujar Nek Yah.
Inara tersenyum. Tangannya menyentuh bahu wanita di sebelahnya itu, tanda menghormati.
"Nek Yah ada yang nak siapkan lagi ke selain ketupat dengan rendang ni?" tanya Inara.
"Tak apa dah. Cuma nak pasang langsir dengan tukar sarung kusyen je" balas Nek Yah.
"Inara" panggil Hyun Seol. Lelaki yang berdiri di sebelahnya dipandang.
"Why?" balas Inara.
"Ada apa-apa yang saya boleh tolong?" tanya Hyun Seol.
Inara diam sebentar sebelum memulakan perbicaraannya. "Come. Follow me" lengan baju lelaki itu ditarik menuju ke bilik.
"Nah. Tolong masukkan duit ni dalam sampul" ujarnya bahasa Korea. Sampul dan duit diserahkan kepada Hyun Seol.
"Sebenarnya, esok ada sambutan apa?" tanya Hyun Seol. Tangannya sibuk mengisi wang ke dalam sampul.
"It's Eid Mubarak. Usually, I don't really celebrate it but since we've been here, so why not? Emmm, you settle this first, I need to watch the curry" balas Inara.
"Okay.. But I can only stay here for three days more. After that, I need to be on Singapore" ujar Hyun Seol.
"Noted"
************************************
"Adrian bangun. Dah lewat petang ni" kejut Inara. Bahu Adrian digoyang perlahan. Hyun Seol membuka mata apabila mendengar Inara mengejutkan Adrian.
"What's time now?" tanya Hyun Seol. Dia masih dalam keadaan mengantuk.
"It's 7 pm. Bangun, pergi mandi" arah Inara. Yelah, dah lewat petang!
Hyun Seol mengangguk namun tindakannya lain daripada apa yang diujarnya.
"Kim Hyun Seol! Bangun2. Bawa Adrian pergi mandi sekali" bebel Inara.
Setelah memastikan Hyun Seol dan Adrian berada di dalam bilik air untuk mandi, dia segera menolong Nek Yah menghidangkan makanan.
"Letih sangat diaorang tu" ujar Nek Yah. Inara cuma ketawa mengenangkan anaknya bersama Hyun Seol.
"Yelah Nek Yah. Orang sebelum ni tak pernah keluar lama-lama, buat kerja banyak. Mahu tak letihnya" balas Inara. Mereka sekali lagi ketawa riang.
Tok. Tok. Tok.
"Assalamualaikum Nek Yahh" panggil
FFaris di luar rumah. Mendengar panggilan Faris, Nek Yah segera menuju ke depan.
"Nek Yah, nak ajak Nek Yah sekeluarga malam datang ambil lemang. Sambil tu, kami adalaa buat jamuan ringkas sedikit" ujar Faris lagi.
"Ara... Nanti malam kalau nak pergi rumah si Faris ni bolehlaa.. Nek Yah nak sediakan barang-barang dulu. Besok pagi baru Nek Yah pergi" ujar Nek Yah pula.
"Takpelah Nek Yah. Saya teman Nek Yah jelah. Nanti saya suruh Adrian dengan Kim pergi. Diaorang tak pernah merasa suasana raya" balas Inara dari dapur.
Faris yang mendengar kata-kata sekadar mengangguk. Menyetujuinya.
"Masuk la dulu. Buka puasa dengan kami" tambah Nek Yah lagi. Lengan Faris terus dicapai dan ditarik masuk. Faris menjadi segan untuk menolak perlawaan itu.
"Terima Kasih Nek Yah" ujar Faris perlahan. Inara yangh berada di situ tersenyum. Malu-malu kucing pula!
"Mama, Adrian lapar" omel Adrian yang menuju ke arah mamanya. Hyun Seol sekadar mengikuti mereka dari belakang.
"Sabarlah kejap. Kita tunggu Nek Yah lepas tu makan sekali okayy?" balas Inara. Rambut Adrian diperkemas.
"Daddyy" rayu Adrian pada Hyun Seol pula.
"Have faith baby" Mendengarkan kata daddynya, Adrian memuncungkan bibirnya.
"Bila boleh makan?" tanya Adrian kepada Faris. Matanya dikebilkan. Faris yang memandang Adrian sekadar ketawa.
Belum sempat Faris menjawab, azan sudahpun berkumandang. "Now, dah boleh" ujar Faris. Dia membaca doa dan mula makan.
Finally...
YOU ARE READING
Daddy!!!
RomanceAdrian ditinggalkan di hadapan rumah Hyun Seol. Keadaan mamanya yang bekerja sebagai seorang scientist menyebabkan mananya terpaksa meninggalkannya di rumah daddynya. "Mama said that I should stay with daddy since she have conference and site visit...