Inara terjaga dari tidurnya. Perlahan-lahan dia membuka mata dan bangun dari pembaringannya. Jam tangannya ditilik.
8:00 pm.
Perutnya berbunyi. Barangkali kerana dia langsung tidak menjamah makanan semenjak sampai di Korea. Tangannya diletakkan di dahi Adrian. Hmm. Panasnya masih terasa. Selimut ditubuh Adrian dibetulkan sebelum menuju ke dapur untuk memasak bubur buat Adrian.
Hampir setengah jam dia memasak, akhirnya bubur siap dimasak. Sudu digapai. Ingin terasa bubur tersebut.
Yum. Everyting's perfect.
Segera dia menuju di bilik Hyun Seol, ingin mengejutkan Adrian untuk mandi dan makan bubur yang dibuatnya tadi.
"Ean baby, wake up. It's already night, baby. Wake up and take some bath" ujar Inara sambil menepuk tubuh anaknya.
Adrian membuka mata. Namun dia masih lemah.
"Mama, I'm feeling tired. Can you carry me to the bathtub?" serak suara Adrian.
Mendengar kata-kata anaknya, air mata Inara bagaikan hendak tumpah. Namun ditahannya. Perlahan, dia mengangguk. Tubuh Adrian dirangkulnya.
Sampai di kamar mandi, tubuh Adrian segera diletakkan di tub mandi. Air alirkan di tubuh anaknya. Kemudian, dia menyabun tubuh anak lelakinya itu. Usai menyabun, dia membilas kembali tubuh itu.
Buat kali pertama, Adrian tidak bermaya untuk mandi. Namun dia faham. Bercuti selama seminggu di luar negara agak memenatkan. Dengan segala yang berlaku, siapa pun pasti akan lelah.
Tubuh Adrian dilapkan. Setelah anaknya selesai memakai baju, dia segera membantu Adrian untuk menyandar di bahu katil sebelum mengambil bubur di dapur.
"Eat this first and take the medicine, okay?" ujar Inara lagi. Adrian hanya mengangguk.
Sementara itu, dia segera berlalu ke dapur untuk membasuh peralatan yang digunakannya tadi.
Sedang asyik membasuh pinggan, dia terdengar ketukan kuat di pintu hadapan. Segera dia kembali di bilik Hyun Seol. Ingin melihat sama ada Adrian masih makan ataupun sudah tertidur.
Telahan tepat. Anaknya kembali tidur. Letih benar nampaknya.
Tok tok tok tok
Sekali lagi pintu itu diketuk. Kali ini, lebih kuat. Inara segera menuju ke pintu hadapan, ingin melihat siapa yang datang ke rumah Hyun Seol.
Apabila terlihat wajah Hyun Seol pada kamera pintu hadapan, dia segera membuka pintu.
Hyun Seol jalan dalam keadaan terhuyung hayang. Dia memerhatikan Inara di hadapannya. Tampak indah sekali. Disentuh pipi Inara dengan kasar.
Dia mendekati Inara. Kini, Inara tersepit antara dia dan sofa. Rambut Inara yang turun berjurai diselit tepi. Kemudian, Hyun Seol tersenyum. Seram Inara dibuatnya.
"Kau nak lari mana, perempuan?" ujarnya dengan kasar dalam bahasa korea. Bajunya ditanggalkan.
"Hyun Seol! Apa yang awak buat ni?" ujar Inara cuba melepaskan diri Hyun Seol. Dia meronta-ronta namun apakan daya, dia masih seorang wanita.
Malam itu, pertama kali dia diperkosa. Pertama kali dia disentuh orang. Dan dengan keadaan rakus.
1 jam selepas hal tersebut, Hyun Seol terlentang di sofa ruang tamu rumahnya.
Inara masih terjaga. Keadaannya tidak terurus. Dia masih mengingatkan peristiwa sebentar tadi. Perbuatan lelaki itu, perkataan lelaki itu bagaikan bermain di fikirannya. Seolah-olah dia merakam keadaan itu. Inara menangis teresak-esak. Dia memeluk tubuh.
Aku kotor.
YOU ARE READING
Daddy!!!
RomanceAdrian ditinggalkan di hadapan rumah Hyun Seol. Keadaan mamanya yang bekerja sebagai seorang scientist menyebabkan mananya terpaksa meninggalkannya di rumah daddynya. "Mama said that I should stay with daddy since she have conference and site visit...