Bab 13

458 37 0
                                    

"Daddy" serak suara Adrian memanggil daddynya. Dia terjaga apabila menyedari daddynya tiada di sisi.

"I'm here, baby" laung Hyun Seol dari wardrobenya.

Adrian menggosok matanya perlahan sebelum bangun dan menuju ke arah daddynya. Daddynya yang sedang mengemas bagasinya diperhati. Leher daddynya dipeluk.

"Daddy still nak tinggal Adrian ke?" sayu nadanya. Hyun Seol diam sebelum menggosok kepalanya. Tubuh anaknya dibawa ke riba.

"I have to work baby. Nanti uncle Adam datang ambil okayy?" ujar Hyun Seol. Tangannya kembali leka dengan baju-bajunya.

"Anyway Ean mama ada call daddy tadi. She asked for our schedules. Disebabkan Ean takde fix time management, mama minta daddy enroll awak dalam pre school. After daddy balik, kita enroll okay? Daddy daftarkan kelas taekwando sekali okay?"

Adrian mengeluh. Dia segera bangun dari riba daddynya. Dia memeluk tubuh. "Tak boleh ke daddy bawak Ean sekali? Ean behave, janji" telapak tangannya diangkat.

"Ean.. It's not about that. If daddy nak bawa Ean sekalipun, Ean takde ticket flight. I'm sorry, next time daddy bawak okayy?" ujar Hyun Seol lagi.

"Kalau Ean boleh beli ticket, acane?" ujar Ean, memandang daddynya. Namun, Hyun Seol sekadar menggelengkan kepala dan meneruskan untuk melipat bajunya.

Ting tong.

"It must be uncle Adam. Ean, pergi tunggu dekat depan dulu nanti daddy datang" bicara Hyun Seol.

Adrian dengan tidak rela segera menuju ke depan. Ternyata uncle Adamnya sudahpun masuk ke dalam rumah.

"Uncle ada bawa breakfast tak?" tanya Adrian. Kakinya meluru, menuju ke dapur.

"Uncle bawa. But you need to brush your teeth first. Then, baru boleh makan" ujar Adam. Matanya memfokuskan jadual kerja Hyun Seol sepanjang berada di Itali.

"Uncle baca apa tu?" tanya Adrian lagi. Pelik apabila uncle Adamnya tidak memfokuskan kepadanya.

"Schedule daddy. Kenapa Ean?" Adam kembali membalas persoalan Adrian.

"Kalau Adrian nak tengok boleh? Daddy ni unfair tau.. Daddy tak beritahu Ean and then out of blue, tiba-tiba nak pergi oversea" bebel Adrian. Muka terus monyok apabila mengingatkan mengenai daddynya.

Adam tersengih, mengingatkan kali pertama Adrian membebel seperti itu. Telefon bimbitnya diserahkan kepada Adrian.

Adrian meneliti maklumat yang tertera. Sesekali dia menjeling Adam di hadapannya. Apabila Adam berlalu untuk melihat Hyun Seol, dia segera menghantar maklumat-maklumat tersebut ke iPadnya.

"Adrian, pergi mandi kalau nak ikut uncle hantar daddy" laung unclenya dari bilik daddynya.

Adrian bingkas bangun dari tempatnya untuk mandi. Namun sebelum itu, dia sempat menghantar mesej kepada seseorang melalui iPadnya.

- uncle Carl, Ian dah get ready

Usai mandi, dia segera memilih baju dan seluar untuk dipakai. Begpacknya juga dikemaskan. Keluar dari bilik, dia melihat daddynya bersama uncle Adam sedang minum pagi. Kerusi di sebelahnya daddynya ditarik sebelum duduk.

"Nanti duduk dengan uncle, behave okay ? Tak nak buat perangai, tak nak tinggi suara, buat homework. Okayy?"
Bicara daddynya.

Wajah Adrian kembali monyok sebelum dianggukkan. Sandwich yang dibeli oleh uncle Adamnya dikunyah perlahan.

"That's my good baby boy"

Selepas breakfast, mereka segera bertolak ke airport. Agak lewat sebenarnya.

"Adrian, daddy pergi dulu. Jumpa Isnin nanti" ujar daddynya lalu mencium pipinya dan memeluk. Hyun Seol segera keluar dari kereta. Adam menggelengkan kepalanya. Sudah terbiasa dengan perangai Adrian.

"uncle Adam, I need to pee. Bye" ujar Adrian, segera keluar dari kereta. Dia berlari laju, laungan unclenya turut diabaikan.

Setibanya di balai pelepasan, dia nampak uncle Carl nya dari jauh.
"Ian, I thought you couldn't make it. Come, I need to fly now or else, I will be fired" ujar uncle Carlnya. Adrian sekadar mengangguk, mengiakan kata-kata uncle Carlnya.

Uncle Carl nya merupakan tunang kepada acik Nana. Sudah menjadi kebiasaannya untuk berhubung dengan mereka berdua seandainya dia mempunyai hal yang perlu disiapkan.

'Ooh uncle Adam' Adrian baru teringat mengenai uncle Adamnya. Dia segera menelefon uncle Adam.

"Uncle. No need to wait for me. Go back first. See in monday. Bye" pendek dan padat ucapannya. Sebuah gambar swafotonya berlatarbelakang cermin kapal terbang kepada Adam sebelum mematikan telefon.

Apabila gambar tersebut sampai kepada Adam...

'Oh shit... This boy"

Daddy!!!Where stories live. Discover now