Bab 65

340 27 0
                                    

Sampai sahaja di rumah miliknya, Inara meluru menuju ke dapur untuk mengambil pinggan. Sebotol air kosong turut dikeluarkan dari peti ais.

Makanan yang dibeli oleh manager Hyun Seol diletakkan di atas kabinet island. Jeruk yang dipesan olehnya dikeluarkan bersama jem berperisa kacang bermentega lalu diletakan didalam piring yang diambilnya.

"Hyun Seol, come here. Ask your manager to come here too" jerit Inara dari ruang dapur rumahnya.

Hyun Seol dan Song Hyun Ki memandang sesama sendiri. Mahu tidak mahu mereka terpaksa pergi.

"Come, have a seat" ujar Inara lagi. Dia sedang menikmati jeruk bersama jem kacang bermentega. Mukanya terserlah bahawa dia menikmati makanan itu. Jar yang mengandungi jeruk itu bersama pinggan yang berisi jem kacang bermentega disuakan kepada Hyun Seol dan Song Hyun Ki.

Hyun Seol menelan air liur. Kemudian memandang Song Hyun Ki, memberi isyarat supaya lelaki itu mengambilnya terlebih dahulu.

"Take it" tegas Inara, dalam nada marah. Terburu-buru Hyun Seol dan Song Hyun Ki mengambilnya. Inara kembali tersenyum dan mengambil jar itu kembali.

"Amazing, right?" tanya Inara apabila mereka berdua sudah menguyah jeruk tersebut. Seolah seperti itulah resepi tersedap di dunia.

Hyun Seol dan Song Hyun Ki hanya mampu mengangguk. Air segera dicapai lalu meneguknya berkali-kali. Inara langsung tidak hairan, dia masih dengan makanannya.

Puas memakan jeruk, dia mengambil makanan dari McD pula. Hyun Seol telahpun meminta diri untuk berehat di ruang tamu manakala Song Hyun Ki pula memasukan bahan yang dibeli tadi di dalam peti sejuk.

Usai makan, Inara menuju ke ruang tamu. Badannya dibaringkan. Kantuknya masih tersisa.

"Inara" panggil Hyun Seol.

"Hmm" dia sekadar mengumam kecil.

"Pergi rehat dekat bilik" ujar Hyun Seol lagi. Inara menggelengkan kepalanya.

Song Hyun Ki meminta diri. Dia masih perlu menguruskan hal conference yang akan dihadiri oleh lelaki itu.

"Massage" ujar Inara sambil menunjukkan kakinya. Hyun Seol sekadar menurut. Kaki Inara diurut perlahan.

"I am too stressed" ujar Inara.

"I know, this is a lot to process" balas Hyun Seol.

"Do you want to go back to Korea?" tanya Hyun Seol.

Dan soalan diam tanpa jawapan.


Daddy!!!Where stories live. Discover now