3 | Charity

86 26 7
                                    

        Semua mata memandang ke arah Dreeb dan Fyra yang sedang berlari anak menuju ke arah mereka yang lain.

"30 minutes late, aku sempat pergi melepas dengan aman, kau tahu tak?" kata Khai sedkit tegas.

"Jalan jammed," jawab Fyra dengan riak tidak bersalah.

"Banyak lah kau. Rumah kau tak sampai 5 minit dari sini kan?" Khai memandang tajam mereka berdua. Acah garang sebagai leader team.

"Okay fine, kitorang bangun lambat," Dreeb pula bersuara, mengaku salah.

Fyra dan Dreeb adalah jiran. Mereka selalu berkepit bagaikan adik beradik. Dimana ada Fyra, disitu ada Dreeb. Contoh sekarang, sama-sama lambat.

"Aku kawin korang dua ni baru tahu," matanya memandang silih berganti mereka berdua.

Laura dan yang lain sudah tergelak. Vina hanya menggeleng.

Dreeb dan Fyra memandang sesama sendiri.

"Taknak!" jawab mereka serentak.

"Tahu pun,"

Kemudian mereka menaiki dua buah Velfire secara berasingan yang sudah dibahagi dua kumpulan sewaktu perbincangan semalam.

***


Kumpulan 1 yang diketuai oleh Khai tiba di destinasi.

Sebuah rumah teres yang sederhana besar. Di hadapannya pula terdapat papan tanda 'Rumah Cahaya Anggerik' dan dibawahnya tertulis rumah anak-anak yatim.

"Ibu! Ibu! Ada orang datang!" jerit seorang kanak-kanak lelaki berusia sekitar 10 tahun memanggil seorang wanita yang digelar 'ibu' apabila Laura mula melangkah keluar dari kereta.

Matanya bersinar gembira apabila memandang mereka yang menahan panas terik diluar. Teruja dia melihat tetamu datang.

"Dah sampai? Mari masuk dalam dulu, panas luar tu," jemputnya dengan wajahnya yang manis berseri.

Seperti tahu keadaan mereka yang mungkin terlalu jelas, mereka melebarkan senyum dan tanpa segan-silu masuk ke dalam.

Ketika masuk sahaja di dalam rumah, mata Laura meliar ke sekeliling ruang. Menjadi kebiasaannya jika tiba di tempat baru. Kagum dalam diam.

Dinding dihiasi beberapa gambar dan ada juga ayat-ayat memuji Allah yang tergantung. Gambar yang berada di atas meja diteliti dari jauh. Kelihatan wajah-wajah penghuni rumah itu yang bersinar ceria.

Mereka bersalaman dengan wanita itu, pengurus rumah anak yatim ini. Kelihatan anak-anak kecil mengintai dari bahagian belakang yang dipisahkan ruang tamu.

"Jemput duduk. Maaflah, kalau tak selesa," jemput wanita separuh abad itu. Mungkin perasan Laura melihat sekeliling dan membuat andaian yang mungkin dia tidak suka dengan keadaan rumah ini..

Mereka hanya menurut duduk di atas sofa.

"Eh, apa pula cakap macam tu makcik. Kami okay je. Apa pulak tak selesa," pantas Khai menidakkan apa yang terlintas difikiran wanita itu. Mereka yang lain mengangguk setuju.

Wanita itu tersenyum. "Panggil ibu je, nak."

Mereka hanya mengangguk dan tidak lekang dengan senyuman.

"Ibu sihat?" tanya Fyra.

Wanita itu mengangguk. "Alhamdulillah. Sihat, je,"

Seorang gadis datang bersama dulang air. Seteko teh panas dihidangkan untuk mereka.

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now