35 | Reality

18 5 10
                                    

Joxan membuka pintu belakang kereta lalu mencempung tubuh gadis kecil mereka itu keluar dari perut kereta. Sesampai saja mereka di sini, terus mereka berpecah.

Adriel mengambil barang di markas mereka, Karl pergi ke rumah anak buah dan Joxan pula ke penthouse ini untuk menhantar Laura.

"Berat betul Laura ni. Makan gajah ke?" monolognya sendiri.

Kaki panjangnya pantas masuk ke dalam lif untuk ke tingkat 2. Bilik tamu dituju.

"Emphh..." ngigau Laura dalam tidurnya.

Mata dipandang ke arah gadis yang dicepungnya. Pintu dibuka menggunakan kaki panjangnya.

Badan itu diletak perlahan di atas katil empuk. Tenggelam sedikit tubuh gadis itu.

Tudung yang terselak dikemaskan. "Ha... Kan molek ni" kata Joxan setelah puas hati membetulkan tudung Laura yang senget-benget itu.

Setelah itu, dia duduk dibirai katil. Telefon yang berdering itu diangkat.

"Yow," suaranya menyapa si pemanggil.

"Dah settle belum, Jo?"

"Dah, aku baru letak dia atas katil ni ha,"

"Okay cun. Kejap lagi aku datang. Aku nak settle kemas barang ni dulu."

"Cepat sikit. Lambat 10 saat kena kau dengan aku nanti."

"Iya, iya."

Panggilan dimatikan lalu mata dikalih ke belakang.

"Aik bangun dah?" soalnya sambil telefon dimasukkan ke dalam poket.

Laura memandang seorang lelaki dihadapannya pelik. Mat saleh celup mana pulak ni. Cakap Bahasa Melayu lagi. Sikit pun tak pelat. Dia masih di alam mimpikah?

"Abang nampak saya tengah nazak ke sekarang?"

Dia menghemburkan tawanya.

"Tak ada clown show dekat sini. Kenapa gelak?" tanya Laura pelik.

Siapa je tak pelik? Bangun-bangun tak tahu dekat mana, mata disajikan pula dengan mat saleh keporat handsome nak mampus macam ada aura flower boy gitu. Lepastu cakap Bahasa Melayu!

"Nak tahu sebab apa?"

Laura tidak menjawab.

"Serius ni nak tau?"

Hanya angin aircond menjawab pertanyaannya.

Pintu tiba-tiba saja dihempas dari luar.

"Woi! Kau buat apa dekat sini lagi?" soalnya risau. Serata rumah dia mencari kelibat abangnya itu.

Terkejut mereka berdua diterjah begitu.

Terkejut lagi Laura. Mana mungkin dia lupa lelaki kacukan yang pernah Laura jumpa semasa dia menghantar Khai di airport.

"Rilek laa.. Asal kau ni? Macam kena kejar biawak je," kata Joxan.

"Kau lah! Asal dekat sini lagi?" soalnya lagi.

"Aku sembang dengan budak ni kejap. Kau tu kenapa?"

"Kenapa apa pulak?"

"Tengok sendiri muka kau dekat cermin,"

"Tak nak lah." dia tahu, mukanya sudah macam mayat hidup. Dia ingatkan ada perkara yang terjadi lah tadi.

Matanya teralih ke gadis yang bersandar di kepala katil itu.

Laura memandangnya tidak berkelip.

"Awak..."

"Ehem!" Sesi pandang memandang dihentikan dengan deheman Joxan.

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now