34 | Run

13 5 11
                                    

           Awal pagi yang indah dicemari dengan suasana tegang di dalam bilik meeting di rumah banglo ini. Jam sudah menunjukkan angka 3. Jadinya mereka di sini sudah 2 jam lamanya.

Karl hanya melihat kedua beradik itu menikam mata sesama sendiri. Keduanya tidak mahu mengalah.

"Hah elok lah tu. Biar sampai kiamat main mata lepastu terjojol mata tu keluar,"

Serentak itu kedua pasang mata biru gelap itu melihat ke arahnya. Karl berdehem kuat.

"Itu dialog drama hari tu aku tengok. Sajalah kan nak test," katanya selamba. Liur ditelan kesat.

"Kau tak membantu, baik kau diam sebelum aku sumbat mulut kau dengan kaki aku." kata Adriel kasar.

Sebaik itu terus saja Karl menekup mulutnya menggunakan tangan.

"Aku tak kira, aku nak bawak dia balik tempat asal kita. Dekat situ dia lahir tapi keluarga dia tak pernah jejakkan kaki dia dekat situ. Whats the point?"

"Fikir keburukan sebelum buat sesuatu, Riel."

"Aku dah plan, kau ikut je."

"Kalau plan kau tak menjadi? Kau ada backup?"

"Ada. Lagipun si Craly tu dah lama diam. Kau tak rasa pelik ke?"

Joxan mengeluh berat. "Tak pelik. Last location Karl inform kat aku dia dekat Afrika sana. Susah lah kau ni Riel."

Susah. Memang susah. Sekali saja dia keluar sikapnya yang satu ini, Joxan tidak mampu menghalangnya lagi. Apatah lagi Karl.

"Aku tak kira. Tengah hari ni, sebelum Laura bangun, kita gerak. Jumlah anak buah bawak macam selalu." sehabis saja dia memberi arahan, terus saja dia bangun keluar dari bilik meeting itu lalu pintu dihempas kuat.

Joxan pula sudah mati kata. Nak atau tidak, dia tiada pilihan.

Karl mengangguk faham sebelum dia mengambil komputernya lalu menaip sesuatu pada papan kekunci. Mujur saja semalam dia baru mengumpulkan anak buah mereka.

***

          Peluh merinik disekitar dahi. Joxan melihat Adriel yang tidak kena itu mula risau. Penghawa dingin di lapangan terbang persendirian mereka ini sudah cukup sejuk.

"Adriel." panggilnya perlahan.

"Hm."

"Kau dah makan ubat?"

"Dah."

"Kau tipu."

Melihat Adriel berpeluh sakan saja dia dapat menghidu penipuan adiknya itu. Adriel tidak pandai menipu dengan Joxan.

Adriel menjeling abangnya. "Nanti aku makanlah."

Joxan menjauh satu tempat duduk dari Adriel. Kemudian dia melihat Adriel yang hanya kaku di tempatnya.

"Adriel, balik lah." kata Joxan dengan nasa memujuk.

Adriel berkerut hairan. Dah kenapa suruh orang depan mata ni balik?

Joxan mengeluarkan telefonnya. Playlist song yang diciptanya ditekan.

Cane e gatto, cane e gatto, chi l'ha detto che non si può?
Cane e gatto, cane e gatto, chi l'ha detto che non si può?
Cane e gatto, cane e gatto, chi l'ha detto che non si può?
Io ho un gatto che fa "bau" e un cane che fa "miao"

"Tutup lagu tu, Jo. Aku tak nak dengar. Bukan sekarang masanya kau nak aku ingat benda-benda tu," kata Adriel mendatar.

Joxan menekan butang pause.

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now