36 | Home!

19 5 12
                                    

  Laura tiba-tiba teringat sesuatu. "Berapa lama Laura dekat sini?"

Dari meja makan, mereka pindah ke ruang tamu. Dia mengambil tempat di sofa manakala Adriel duduk di bawah menghidupkan ps5 dan Joxan duduk di kanannya.

"Sebulan paling minimum." balas Joxan.

Terbuntang mata Laura. Perkara tidak masuk akal muncul kembali.

"For your own safety," jawab Adriel.

"Buat apa je lama-lama dekat sini? Macam mana dengan keluarga Laura?"

"Enjoy lah sikit dengan kitorang. Lagipun kitorang ni tak pernah ada kawan perempuan. Pasal keluarga kau tu pandai ah Qayish tu handle." jawab Adriel sambil bermain permainan video di dalam telefonnya.

"Wait, what? Gila ke apa?" tangan Laura menyilang tangan ke dada.

"Tuhan, tolonglah keluarkan otak tak betul makhluk ni,"

Joxan menjeling Adriel.

"Maksud Adriel, Laura duduk sini, jangan fikir benda lain. Kami bawak Laura jalan-jalan dekat sini, nak?"

"Serious?" terujanya. Terus dia lupa perkara yang menyesakkan otaknya.

"Yup," jawab kedua adik beradik itu.

"Kenapa tak pernah ada kawan perempuan?"

"Anti." balas Adriel ringkas. Matanya masih fokus pada game.

"Kenapa?"

"Sebab kami dibesarkan bukan dengan perempuan, tetapi orang yang hanya berjantina lelaki sahaja untuk menjaga kitorang. Jadi, kalau perempuan dekat dengan kitorang rasa macam tak suka, tak selesa, geli, menyampah, rasa nak tumbuk sampai hodoh. I don't know why. Refleksi badan kitorang rasa macam tu." terang Adriel selamba.

Laura hanya mengangguk faham walaupun terpaksa. Iyalah, orang lain-lain kan?

"Habis Laura?"

"Kami kenal kau dari kami kecik. Masa tu aku baru 5 tahun, Jo pulak 6 tahun. Oh ya ada bala lagi sorang selain kami, Karl."

"Dan masatu kau baru nampak dunia. Furthermore, three of us already spying you for the rest of your life. So, takda hal kalau dengan kau. Dah lama kenal." terang Adriel lagi.

Laura mengangguk kecil. Telan je lah apa yang diberitahu.

Peluh merinik sekujur tubuhnya. Mengapa panas sangat? Laura mula mengibar sedikit bajunya dan memerhati sekeliling.

"Lah panas lagi ke?" soal Joxan lalu bangun mengambil remote aircond yang terlekat di dinding. Suhu diturunkan.

"Sekarang musim luruh tu yang panas tu," sambungnya lagi dan kembali duduk ditempatnya.

"Aik, bukan sekarang musim hujan ke," Laura mencari telefonnya dipoket untuk melihat cuaca.

Eh? Cicir ke?

"Cari telefon ke? Telefon kau pecah skrinnya, aku dah bawak gi kedai untuk repair." terang Adriel.

"Okay tak? Dah turunkan suhu, kalau tak sejuk, panggil orang lah nanti betulkan aircond."

"Eh, dah okay dah. Sejuk."

"Sejuk sangat ke?" dia bangun ingin menuju mengambil remote semula.

"Eh! Takpa, takpa. Okay je. Tak sejuk, tak panas."

"Sekarang musim luruh, ada beberapa tempat cantik dekat sini. Jom Adriel kita jalan keluar nanti nak?"

"Cun!"

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now