28 | Why?

19 6 1
                                    

  Laura kembali muram apabila kawan barunya itu tidak jadi mahu membawanya keluar. Tidak tahu mengapa dia percaya kepada makhluk bernama...

Kejap, apa nama dia tadi?

Aish? Aishah? Eh macam lain je.

Apa ye? A-

"Laura!" panggil Mak Som apabila dia menyeru nama anak majikannya itu berkali, namun seperti patung kena sumpah sahaja.

"Hah? Iya? Kenapa?" soal Laura. Mukanya kembali muram apabila teringat yang dia masih berseorangan sambil merendam kaki di dalam kolam.

"Jauh termenung. Mak Som panggil pon tak dengar." katanya sambil bercekak pinggang.

"Entah lah Mak Som. Bosan lah," keluh terbit dibibir mungilnya.

"Kan dah ada kawan baru tadi?" soal Mak Som.

"Tak sampai sehari kenal dah jadi kawan ke macam tu? Takkan lah."

"Ash tu bukan orang asing pon," kata Mak Som selamba.

Laura berkerut. Apa pula? Baru beberapa jam kenal dia, bukan orang asing?

Oh ya, nama dia Ash.

"Raiqal pon nak kawan dengan Laura tu, apa salahnya kan?"

Dah siapa pulak Raiqal...

"Siapa Raiqal?" tanya Laura bingung.

"Kamu ni dah kenapa, Laura. Urat apa terputus dalam kepala kamu tu?"

Eh, aku pula kena.

"Kan yang datang tadi namanya Ash Raiqal, dah lupa? Makan semut berapa kilo?"

Wah, melampau Mak Som ye nak kutuk-kutuk lagi.

Salah Mak Som jugak kejap Ash, kejap Raiqal.

Bahu ditepuk. "Sudahlah, Mak Som banyak kerja nak dibuatnya," Mak Som berlalu pergi meninggalkan Laura.

Haih, apalah nasib ada penyakit pelupa ni.

Oh ya! Aku ada amik video tadi kan?

Pantas kakinya melangkah ke bilik untuk melihat kembali video yang dirakam.

Ish, aku ni mentang-mentang dia... ehem! ... berupa sikit, suka hati je amik video. Nasib kacak meletop.

Video dimainkan.

Muka Ash Raiqal terpapar diskrin.

"Now, start."

Suaranya kedengaran dipermulaan video. Dia tersenyum sendiri. Pelik betul suara.

"Hah?"

Muka lelaki yang dirakamnya kelihatan bingung. Laura menekup mulutnya. Comel.

"Haih, ikut cakap saya"

Laura mendengar sendiri suaranya kedengaran mengeluh.

"O-okay"

Omaigad, suara dia...

"Saya,"

"Sa-saya"

"Ash bin-?"

"Ash Raiqal bin Malik"

Oh tu ke nama penuh dia-

"Adik!" suara seseorang memecah berangannya.

"iiya?!" sahut Laura. Ish kacau saja.

"Where are you, dear?" kedengaran suara itu di luar bilik seperti mencarinya.

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now