8 | Troublemaker

49 20 3
                                    

    Adriel berlari ke arah Ivanna dengan mendepakan tangan seluasnya. Ivanna yang tidak sempat melakukan apa-apa itu menjadi kejung tatkala Adriel peluk mendapatkannya.

"Thanks, God. And you are my rescue!" katanya dalam pelukan.

Apa rescue? Ingat bomba ke?

Ivanna meronta ingin melepaskan diri. 

Lemas...

Adriel masih memeluk erat tubuh Ivanna. Dia merasakan dia sudah terselamat dari perkara yang tidak pernah dia jangkakan seumur hidupnya, iaitu menaiki kapal terbang di kelas ekonomi. Sudah dia bayangkan duduk bersebelahan dengan orang-orang asing. Macam mana kalau dia tiba-tiba tidur atas riba? Eee kan naya tu.

First class pon okay lah dari takda, yedak?

"Lepaskan dia lah." Joxan menarik Adriel daripada melekat pada tubuh Ivanna.

"Lelaki dan perempuan tidak boleh bersentuhan. I'm muslim," kata Ivanna perlahan. Dia berpura-pura membetulkan bajunya yang berkedut. Seriau dia tiba-tiba 'diserang' sebegitu rupa.

Adriel masih tersenyum kacak gembira pada Ivanna. 

Dengar ke tak apa aku kata tadi?

Ivanna hanya membalas senyuman kekok. Matanya beralih pada Joxan sekilas lalu pada Karl dibelakang yang sedang mengutip tiga luggage yang sudah bersepah merata akibat tendangan dan sepakan Adriel tadi.

Dia akui, ketiga-tiga mereka sangat tampan.

Tapi siapakah mereka?

Muka seperti bukan orang sini saja.

"Aku tunggu dekat sana dengan Karl," ujar Joxan lalu pergi ke arah Karl.

"Hey, nama you apa?" tanya Adriel saat mereka memulakan langkah duduk dikerusi.

"Err... Ivanna Marley. Call me Anna," jawab Ivanna kekok.

"Anna... okay, pass!"

"Apa yang pass?"

"Pass for a beautiful name on my checklist," katanya bersama senyuman lebar yang tidak lekang dari tadi.

"I'm Adriel. You can call me anytime," dia mengeluarkan sebatang pen dari poket seluarnya dan menarik tangan Ivanna lalu menulis nombor telefonnya pada lengan gadis itu.

"Eh..." dia cuba menarik tangannya tetapi tidak boleh. Terlalu kuat Adriel memegang tangannya.

"Simpan okey?" katanya dan mengenyit sebelah mata. Lengan baju Ivanna diturunkan semula.

Ivanna berdehem.

"Yang itu pula siapa?" soalnya untuk mengubah topik sambil menunjuk pada dua manusia yang duduk agak jauh dari mereka. 

Belum sempat dia mengenali kedua lelaki itu.

"Oh, itu Joxan." dia menunjuk pada Joxan yang sedang bercakap bersama Karl. "Sebelah dia pulak Karl," ujarnya.

Ivanna hanya mengangguk faham.

"Are you Malaysian or..."

"Nope. We're pure Italian," jawab Adriel mesra. 

"But how-"

"Kitorang selalu ada urusan dekat sini. Takda apa sangat lah bahasa melayu ni. Senang je," balasnya lagi.

"Oh, I see..." Ivanna mengangguk lagi.

"Emm... you nak pergi mana?" dia membelek-belek telefonnya untuk menempah tiket. 

"Moscow. Ada hal sikit," jawab Adriel.

"Oh," balasnya ringkas. "Pukul 8 boleh tak?" soalnya yang ingin membuat tempahan.

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now