14 | Moral of Story

41 14 10
                                    

Hi, Happy September!! <3


     Apabila 2 hari saja lagi sebelum Khamis tiba, Vina menyedarkan mereka bahawa hari Jumaat mereka masih bersekolah. Tiada siapa yang perasan yang Khai mencadangkan mereka bertolak pada hari Khamis petang.

Inilah padahnya excited sangat bukan main.

Masing-masing baru tersedarakan  perkara itu. Habis Khai dipersalahkan.

Secara tidak langsung mereka perlu bertolak pada Jumaat tengah hari. Pada hari Jumaat, waktu persekolahan hanyalah separuh hari.

Untung tak untung jugalah. Sebab selalunya tenaga pengajar di situ mengadakan kelas tambahan pada hari Jumaat. 

Setakat sehari tak datang kelas petang, tak salah kan?


***


Perjalanan menuju ke lapangan terbang mengambil masa 1 jam. Padahal 30 minit je. Yang lain banyak singgah. Nak beli itu lah, ini lah.

Tampar karang.

"Flight pukul 2.30 kan?" soal Dreeb.

Semua senyap membuat hal sendiri.

Seperti perasan soalannya tidak dijawab, Dreeb mula membebel.

"Aku tanya tu jawablah. Tahulah aku dah tahu, tapi aku nak kepastian. Soalan mudah pun susah nak jawab ke? Bukannya aku suruh gali kubur pun untuk jawab soalan aku," dia mendengus kasar. Mukanya dimasamkan habis. Pandangannya dialihkan ke tingkap.

"Whoaa! Ada orang moody pulak tiba-tiba," Wadi mengapikan keadaan.

Siapa saja tidak marah bila orang tanya, dibuat bodoh saja?

"Haah, Dreeb. Pukul 2.35 actually," jawab Fyra sambil sibuk menaip sesuatu ditelefonnya.

Nampak seperti Dreeb mengherot senyuman. Namun hanya sesaat.

"Kenapa?" soal Laura.

"Jumaat." jawab Dreeb acuh tak acuh.

Wah! Merajuk nampak!

"Kenapa pulak dengan Jumaat?" Miya pula bersuara.

"Solat."

"Mak kau memang ada beranak robot eh? Geram pulak aku. Sebut sepatah-sepatah," kata Khai. Sempat pula dia mencelah setelah dari tadi hanya memasang telinga sambil bermain permainan video di telefonnya.

"Solat Jumaat lah." Dreeb menjawab. Dia menahan dari keluarnya suara menyampah.  

"Oh! Haah!" Wadi dan Khai menjerit serentak. Yang lain hanya menayang wajah bosan. 

Orang dah pesan sebelum pergi tadi. Itulah otak 300MB je tinggal, nak buat macam mana. Kita tak boleh nak salahkan semut.

"Nanti singgah mana-mana masjid eh," pintanya kepada driver yang membawa mereka. Dia hanya membalas dengan anggukan.

Sesampai saja di masjid, mereka segera turun dari kereta. Terkoncoh-koncoh. Kata mereka peluang beriktikaf di dalam masjid tidak boleh dilepaskan.

Khai orang terakhir turun dari kereta. Tangan yang ingin menutup pintu terhenti.

Laura menjongketkan kening.

"Eh, kau. Tak reti nak solat?" soalnya pada Nami yang duduk di tempat belakang sekali.

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now