9 | Frustrate

43 20 4
                                    

Seminggu berlalu pantas...

    Baju seragam sekolahnya dibelek puas. Vest biru muda dibutang kemas kemudian dia menyarung blazer berwarna biru gelap. Pin logo sekolahnya dipin pada tie. Skirt labuh dibetulkan. Cotton shawl hitam yang tersarung disilang ke belakang lalu diikat kemas. Tag pelajar disangkut ke batang leher. Nylon Backpack berjenama Michael Kors berwarna putih dicapai sebelum berlalu keluar dari bilik.

Perut terasa memulas.

Ergh, asal nak pergi sekolah, mesti sakit perut.

Dia mengendahkan ragam perutnya lalu terus menuju ke lif untuk ke tingkat bawah.

"Morning, darling." sapanya

Mrs. Alaya Martha, ibu kepada 4 orang cahaya mata.

"Morning too, Bonda," dia membalas ciuman dipipi dan mengambil tempat di hadapan Alaya.

"Mak Som, abang Ayish mana?" matanya tidak menampak kelibat abang seorangnya itu.

Dayyin pula sudah balik semula ke Jerman 3 hari lepas. Hanya Qayish menghabiskan sisa cutinya dengan menguruskan hal syarikat.

"Dia dah makan dulu dah lepastu bersiap terus pergi kerja." tangan wanita tua itu mencedok nasi goreng ke dalam pinggan Laura.

Laura mencicip milo suam.

"Good morning, ladies." sapa Lucian.

"Morning too, daddy.."

Lucian mengambil tempat dihujung meja.

"Abang nak nasi goreng atau roti bakar?" tanya Alaya.

"Nasi goreng,"

Laura mengerling jam di dinding.

Omaigad, 8.15 a.m.

"Daddy, bonda. I gotta go now, enjoy your breakfast okay?" Laura mencium kedua belah pipi Lucian.

"Nak pergi dah?"

"Yup daddy, sebab harini first day Laura after year -end leave , taknak lah lambatkan ehe,"

Laura menyalam Lucian dan Alaya.

Perjalanan di hantar oleh Jave, pekerja paling lama di keluarga Denver ini.

Tiba di Victorian Private Academy.

Dia melangkah keluar dari perut kereta.

"Bye, Sir Jave. Laura pergi dulu," katanya. Dia masih melambai-lambai saat kereta sudah jauh mengecil dari pandangan.

Laura menghirup udara segar.

Bau sekolah.

Sekolah yang terchenta. Eceh..

Warga sekolah yang kebanyakannya memang dari keluarga yang berada.

Bukan taknak sekolah di sekolah khas untuk para Denver, tetapi tak salah kan nak bergaul dengan orang lain juga?

Macam sekolah lain, kita mulakan dari pagar.

Pagar gerbang kira-kira 10 kaki dibina khas dari besi yang jarang dijumpai. Dibaluti emas dan logo Victorian Highschool terpampang ditengah pagar.

Kaki melangkah masuk melepasi pagar.

"Hi, Laura. Long time no see. How your school break?" sapa Nami yang datang dari arah bertentangan. Sejak mereka keluar hari itu, hubungan mereka semakin rapat. Laura juga makin selesa berkawan bersama Nami. Sebelum ini, mereka hanya melemparkan senyuman apabila bersua, tidak pula pernah bersembang panjang.

HEARNE CYRENEWhere stories live. Discover now