☘PERKARA SAKIT☘

12 4 0
                                    

*Tentang sakit*

Alloh memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya.

*Sakit itu zikrullah.*
Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Alloh berbanding sewaktu sihatnya.

*Sakit itu istighfar.*
Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

*Sakit itu juga muhasabah.*
Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

*Sakit itu jihad.*
Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

*Sakit itu ilmu.*
Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

*Sakit itu juga nasihat.*
Orang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

*Sakit itu silaturrahim.*
Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

*Sakit itu gugur dosa.*
Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian.

*Sakit itu mustajab doa.*
Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga seharusnya begitu.

*Sakit itu menyusahkan syaitan.*
Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

*Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.*
Satu sikap keinsafan yang disukai Rasululloh صلى الله عليه وسلم dan makhluk di langit.

*Sakit meningkatkan kualiti ibadah.*
Rukuk & sujud kita lebih khusyuk, tasbih & istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

*Sakit itu memperbaiki akhlak.*
Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi akan jadi santun, lembut dan tawaduk.

*Sakit mengingatkan kita akan akhirat.*
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga kita menjadi lebih baik dan bermanfaat....

Jangan lupa vote,comment,n share🙏🌝

🌸 TINTA DAKWAH REMAJA_ 🌸Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang