Bab 5

1.7K 131 20
                                    

Mcm yg sy jnji, hehehe

Enjoy!

Diana keluar dari tandas. Seperti jelly kakinya melangkah. Tak ada semangat langsung. Semuanya kerana perlu duduk di sebelah lelaki itu. Berdongkol hinaan dan makian yang diberi dalam hati. Bertapa bencinya pada lelaki itu.

Buk!

Pecah lamunnya dilanggar oleh seseorang. Sakit punggungnya kerana jatuh. Garis halus menampak pada dahi.

" Sorry, saya tergesa-gesa nak masuk kelas." Ishak hulur tangan.

Diana menggeleng. Tubuh diangkat bangun. Lelaki tampan itu dilihat. Diana bukan jenis kenal orang. Tak ambil tahu pun hal sekeliling.

" Awak dari bidang apa?"

" Marketing jobs."

" Saya pula, doctor/diagnosis jobs." Diana mengangguk malas.

Bidang yang sama dengan si Isaac. Terus Diana jadi tak berminat nak tahu tentang lelaki di depannya ini.

" Saya nak masuk kelas dulu." pamit Diana.

" Kejap. Saya nak tahu sesuatu. Nama awak apa?"

Tak semena tangannya ditarik kuat tanpa sempat melarikan diri. Elok tubuhnya dalam dakapan lelaki itu. Diana telan air liur kasar. Raut wajah lelaki itu makin dekat dengannya. Tersedar, tubuh sasa itu ditolak kuat.

" Sa-saya perlu pergi." Diana berlari laju entah ke mana langkahnya. Dalam kepala ligat cari cara nak lari dari lelaki itu.

Tangannya ditarik masuk ke dalam sebuah bilik. Bilik yang telah usang tidak diguna. Diana telan air liur payah. Raut wajah tegang Isaac buat tubuh badannya menggeletar hebat. Tak pernah ada orang cuba bukak bilik ini. Bilik tersorok dari manusia.

" Kau layan lelaki mana tadi?" soal Isaac keras.

" Apa awak merepek ni? Lelaki mana?" soal Diana aneh.

Merah menyala muka Isaac. Menyimpan semacam amarah padanya. Naik pelik jadinya. Emosi lelaki itu sungguh lain. Kadang-kadang berubah. Apa yang Isaac tak puas hati sebenarnya?

" Aku tanya, siapa jantan yang kau peluk tadi?!" kasar tubuhnya ditolak pada dinding.

" Awak cakap apa ni? Jantan? Jantan mana? Boleh tak awak jangan nak mengarut sangat? Saya tak suka!" marah Diana turut sama naik angin. Dikongkong hidup buatnya rimas.

" Kau buat tak tahu?" Rahang Diana dicengkam kuat. Kasar sekali perbuatan lelaki itu.

" Kau ingat aku buta? Tak nampak apa yang kau buat dengan jantan tak guna tu? Kau berpelukan dengan dia. Ishak kawan sekelas aku dulu. Kau buat tak kenal Ishak? Kau sengaja tak nak mengaku kan? Baik kau jawab sekarang!" Diana menolak kuat tubuh Isaac biarpun sia-sia. Lelaki ini memang dah gila. Tak waras. Akal hilang!

" Saya tak kenal Ishak. Saya baru terlanggar dia. Terlanggar! Okay? Saya tak berpelukan secara sengaja tapi kejadian itu tidak sengaja berlaku. Boleh tak awak jangan fikir negatif sangat?!" berang Diana lampias semuanya.

" Kau nak tipu agak-agaklah! Kau memang perempuan murah! Sundal!"

Pang!

" Jaga sikit mulut awak! Saya masih ada maruah. Saya bukan seperti yang awak fikir. Awak dah melampau. Awak kena ingat, saya baru kenal awak. Baru kenal tak bermaksud awak boleh kongkong hidup saya. Saya ada life saya sendiri. Jangan nak ambil peduli kalau saya nak peluk jantan mana-mana pun. None of your business!" hambur Diana dengan dada kembang kempis menahan marah.

His Psyho Obsession (IN EDITING)Where stories live. Discover now