Bab 10

1.5K 131 51
                                    

Hahahha sorry sy terpub time edit tadi. Nah! Dah siap, enjoy!

Diana mengurut perlahan kepalanya. Terasa sakit kerana pukulan bola yang mengena kepalanya. Mata dicelik perlahan, objek pertama yang Diana nampak adalah siling. Anak mata dibawa menebar ke sekeliling.

"Yuni?"

Ayuni angkat kedua keningnya dengan anak mata setia pada telefon pintarnya. 

"Kau dah okay ke?" Diana mengangguk yakin. Berura-ura nak turun dari katil.

"Kau tak boleh keluar lagi, Isaac tak benarkan." Terhenti perbuatannya. Kenapa nak libatkan Isaac pulak dah hal ni?

"Siapa angkat saya masuk bilik rawatan?"

"Isaac." Terkejut Diana, berbahang merah mukanya kerana malu.

"Isaac terlalu risaukan kau, sampai Hawa nak mendekat pun dia siap tengking bagai. Tak pernah aku tengok dia marah sampai macam tu sekali."

"Tak patut dia marah Hawa, mungkin Hawa tak sengaja."

"Aku tak rasa macam tu." Ayuni senyum senget.

"Aku boleh kenal manusia yang ikhlas atau tak. Dari cara dia, aku nampak kepuraan yang dia sembunyikan." Ayuni simpan telefon pintarnya. Terpaksa menjaga Diana atas sebab abangnya itu. Katanya, mereka berdua tak boleh keluar selagi Isaac tak datang ke sini.

"Kenapa awak tak masuk kelas Yuni?"

"Aku dah cakap dekat papa yang kau dengan aku perlukan rehat yang cukup dekat sini."

"Setuju macam tu je?" Ayuni angkat bahu.

"Aku ugut nak bakar rumah, dia bagi setuju ajelah aku ponteng sekejap."

Diana terpempan. Pertama kali jumpa orang macam ni. Boleh pulak ugut papa sendiri atas. Kalau Diana nak buat macam ni dekat papa... rasanya tak akan menjadi. Takut! Mereka terlalu tegas!

"Tak baiklah ponteng, jom masuk kelas."

"Kau ni, bukan selalu tak masuk kelas. Rehatlah dulu, aku teman kau pun sebab Isaac. Dia nak kau balik dengan dia. Kalau dia tahu aku lepaskan kau pergi, mahu aku ditibai." Ayuni selamba badak menolak tubuh Diana.

"Tepi sikit." Ayuni baringkan tubuh di sebelah Diana. Selamba Ayuni memang tak boleh bawak bincang. Adeh!

"Isaac mana?"

"Balas dendam kut."

"Maksud?" Ayuni senyum sinis.

"Jenis Isaac senang, kau buat sekali. Berkali-kali aku akan balas." ucap Ayuni penuh makna.

Hawa ketawa dengan teman-temannya. Bertepuk tampar dengan perasaan bahagia. Mereka berjalan bersama-sama mahu pulang ke rumah.

"Kau tengok tak tadi macam mana aku pukul bola kena kepala Anna?"

"Nampak, muka dia macam apa dah. Pegang kepala buat muka kasihan agar Isaac kasihan. Menyampah!" ucap salah seorang temannya.

"Tak suka aku tengok Anna. Gedik!"

Mereka bergelak tawa. Namun, hilang tawaan mereka setelah anak mata melekat pada beberapa orang lelaki memakai hoodie bermain bola tampar. Kerutan pada dahi mereka menampak, tak lama. Senyum manis menghiasi raut wajah mereka setelah menatap muka tampan mereka.

"Nak main sama-sama?" ajak salah seorang dari kumpulan lelaki itu.

Hawa dan teman-temannya mengangguk laju. Mereka menjerit kesukaan lalu tanpa lengah masa, mereka kini berdiri di tempat masing-masing. Senyum sinis meniti di bibir Isaac. Mereka memulakan dengan lancar sekali. Sesekali bunyi ringisan sakit keluar dari bibir salah seorang teman Hawa. Elok bola melantun kena pada muka. Seorang demi seorang mengena serangan maha kuat lelaki itu. Hawa ketap kuat giginya.

His Psyho Obsession (IN EDITING)Where stories live. Discover now