Bab 23

1K 85 29
                                    

Datuk Azman hempas kasar tablet miliknya. Gambar anak perempuannya bermesra dengan seorang lelaki yang tidak dikenali membuatkannya panas hati.

"Abang, kenapa ni?" soal Datin Isma lembut.

"Awak tanya saya kenapa? Anak perempuan awak tak faham bahasa atau buat-buat tak tahu?"

"Apa maksud abang?"

"Ni!" Tablet itu dilempar pada di atas katil. Betul-betul depan mata sang isteri.

"Apa yang Anna telah lakukan?" Melihat gambar yang terpapar di depan mata memberi jawapan atas segala-galanya.

"Awak dah lupa kita telah melakukan perjanjian dengan kawan abang? Kahwinkan anak perempuan kita dengan anak lelakinya?"

"Saya tahu,"

"Dan sekarang? Apa yang kita perlu buat? Anak perempuan kita dah pandai menggatal dengan lelaki lain, elok ke macam tu?" bebel Datuk Azman geram.

"Kita bincang elok-elok dengan Anna. Mana tahu semuanya akan baik-baik saja selepas ini. Mungkin ini semua salah faham, siapa tahu kan?"

"Salah faham? Abang dah upah lima orang untuk menjaga anak perempuan kita dari jauh, bukti itu pun menjadi salah faham bagi awak? Huh?" sinis Datuk Azman berkata.

"Kita call Anna," Tak ada jalan lain, akhirnya Datin Isma membuat keputusan untuk mendengar dari bibir anak perempuannya sendiri.

"Call sekarang," suruh Datuk Azman kasar.

Keluhan berat dilepaskan saat sang suami telah turun ke dapur. Telefon pintar miliknya dicapai lalu tanpa lengah masa, nombor anak perempuannya didail. Tak sampai seminit, talian telah diangkat.

"Assalamualaikum mama..."

"Waalaikummusalam." Tak ada suara mesra yang kedengaran.

Diana gigit bibir, tak sedap hati kerana sang ibu tiba-tiba mendail nombornya. Tidak pernah ibu memulakan panggilan melainkan dirinya.

"Mama okay?"

"Siapa ajar anak perempuan mama keluar dengan lelaki? Anna ada hubungan dengan mana-mana lelaki ke? Hmm? Bagitahu mama sekarang!"

Diana pejam beberapa saat anak mata sebelum dibuka semula. Ini yang Diana paling tak suka. Menjawab setiap soalan daripada mama dan papa, kerana Diana tahu setiap jawapannya tidak boleh lain daripada apa yang mereka harapkan.

"We're just friends, kami tak ada hubungan istimewa lebih daripada seorang kawan."

"I know you are close to his, and have a special relationship with his" 

"Seriously mom, we're just friends, tak lebih dan tak kurang."

"Betul ni?" soal Datin Isma masih tidak berpuas hati.

"Betul, Anna tak tipu." Diana gigit bibir kuat.

Andai jawpan diberi adalah iya, mahu mama dan papa datang malam ini mengambilnya agar pulang dan untuk itu Diana mengambil langkah berjaga-jaga iaitu memberi jawapan bahawa mereka hanya sekadar kawan sedangkan Isaac menganggapnya lebih daripada itu.

"Jangan sampai papa dan mama datang sana, kami berdua sentiasa memerhati dari jauh."

Gulp!

Sukar sekali untuknya telan air liur. Tak dapat bayang andai mereka datang ke sini. Pastinya pelajaran Diana akan tertangguh begitu saja ataupun harus diberhenti serta merta atas sebab papa tidak mahu bayarkan pembelajarannya. Memaksanya menguruskan syarikat milik papa.

His Psyho Obsession (IN EDITING)Where stories live. Discover now