Bab 15

1.2K 108 17
                                    

"Che significa che non devo montarmi la testa?" (What do you mean I don't have to get mad?)

Isaac mengamuk teruk di dalam bilik Datuk Lee. Tak puas hati dengan keputusan Hawa akan dipindahkan di dalam universiti ini semula.

"Sono tuo padre Isaac, il tuo vero padre!" (I'm your father Isaac, your real father!)

"Where is your respect for me as a father!?" soal Datuk Lee memetir marahkan anak lelakinya.

"I don't care about respect. Your respect is my biggest mistake!" Isaac senyum sinis.

"Isaac, io sono tuo padre." (Isaac, I'm your father) Datuk Lee cuba berlembut dengan Isaac.

"Basta così Parde," (That's enough Papa)

Isaac keluar dari bilik Datuk Lee. Pandangan pensyarah lain padanya tidak diambil kesah. Pasti ada orang dengar suaranya bak speaker itu. Terlalu marah dengan keputusan papanya. Itulah suka sangat dengan Hawa. Entah apa yang Hawa telah lakukan pada Datuk Lee. Menyampah!

"Forse ha ragione..." (Maybe he's right) Lemah suara Datuk Lee. Perlahan punggung dilabuh di atas kerusi. Allah...

Buk!

Pasangan berdua itu berlanggaran antara satu sama lain. Isaac merenung tajam Diana yang ada di depannya itu. Tanpa kata maaf, Isaac terus berjalan menuju ke tempat kegemarannya. Rooftop menjadi sasarannya. Hoodie yang menutupi kepalanya diturunkan, perlahan nafas dihembus dengan mata terpejam rapat.

"Argh!!!" Isaac menyepak kerusi plastik yang ada beberapa meter darinya.

Duduknya dilabuh di atas bangku dengan tangan menyilang pada dada. Angin bertiup menenangkan dirinya yang sedang dilanda kemarahan.

"Awak okay?"

Tidak menoleh, Isaac senyap tanpa kata merenung dada langit yang masih cerah dengan cuaca yang begitu baik. Ada rasa marah dan merajuk lagi pada Diana.

"Kau buat apa ni?" dingin suara Isaac, tak ada perasaan langsung.

Kakinya dibalut Diana. Biarpun dah banyak kali tepis, Diana teruskan juga dengan perbuatannya. Tubuh itu ditolak kasar sehingga terkebelakang.

Diana tersentak, laju seluar milik Isaac dipegang. Cukup untuk hentikan langkah lelaki itu saja. Niatnya untuk mengetahui apa yang terjadi pada Isaac. Sihatkah Isaac?

"Kenapa dengan awak ni? Kenapa awak cuba elak dari saya? Kenapa layan saya macam ni?"

"Kau tak perlu tahu pun," ujar Isaac mendatar.

"Tahu atau tak perlu tahu, saya tetap dengan keputusan saya. Saya nak tahu, apa sebab awak layan saya macam ni. Tak adil tahu tak?!" lantang Diana marahi Isaac.

"Hey! Kau jangan nak kurang ajar dengan aku eh?!"

Sekelip mata, tubuhnya kini telah bersandar pada dinding. Mencerlung tajam mata bak helang itu memanah anak matanya, menggeletar hebat tubuh Diana kerana takut. Tubuhnya tersekat kerana halangan dari tubuh sasa itu.

"Saya tak pernah kurang ajar dengan awak, saya cuma nak tahu kenapa awak layan saya macam ni, saya nak tahu kenapa awak menghilang beberapa hari ini. Itu aje...." Diana berkata takut.

"Kau tanya aku?" Isaac ketawa sinis.

Buk!

Kuat tangan itu ditumbuk pada tembok. Tangan lelaki itu dah berdarah teruk. Entah apa yang ada dalam fikiran lelaki itu sehingga begini sekali perbuatannya.

"Kau yang buat aku marah dan sekarang kau boleh tanya aku pulak?" Isaac ketap kuat giginya.

"Saya memang tak tahu! Kalau saya tahu, saya takkan tanyalah awak, buang masa saja. Saya cuma nak tahu, itu saja! Susah sangat ke nak jelaskan?"

"Susah sangat ke kau nak dengar cakap aku? Aku tak suruhlah kau tinggalkan aku, kalau Hawa sebarkan video kau macam mana? Kau suka hah?! Suka?!" amuk Isaac penuh perasaan marah.

"T...ta-tak...m...ma-macam mana awak tahu?" soal Diana tergagap-gagap.

"Sebab aku yang selamatkan kau, kau tak dapat tangkap lagi ke?" Isaac mendengus kasar. Langkah dihayun laju untuk ke kelas. Namun,

"Saya minta maaf." ucap Diana ikhlas.

Diana bermain dengan hujung tudung bawal yang dipakainya. Digulung pada jari telunjuknya beberapa kali. Itulah yang akan dia lakukan kalau sedang serba salah. Semua ini salah Diana, Diana tahu itu. Tanpa Isaac, pasti video yang tidak sepatutnya telah tersebar luas.

"Saya sangat terhutang budi dekat awak. Tanpa awak, saya takkan mampu berdiri depan awak sekarang. Mungkin tak bisa bersemuka dengan orang lain atas sebab video yang tidak sepatutnya tersebar." Diana mengeluh berat. Beberapa tapak dibawa merapati Isaac. Betul-betul berada di depan lelaki itu. Air liur ditelan kasar melihat seraut wajah kacak Isaac. Allah....kacaknya ciptaan mu ini.

"Awak dah lindungi saya, izinkan saya untuk bayar segala jasa awak pada saya." Diana senyum manis, untuk pertama kali buat Isaac.

"Kau nak bayar macam mana?" sinis sekali bicaranya.

Isaac masukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar. Rambutnya disebak ke belakang dengan bibir ternaik sedikit. Sungguh ketampanan lelaki itu buat Diana telan air liur payah.

"Dengan tubuh kau?" Kedua keningnya diangkat.

"Awak memang sengaja nak buat saya naik angin kan?"

"Siapa yang sepatutnya marah siapa ni?" Isaac buat muka malas. Macam tak nak layan Diana pun ada.

"Kalau betul pun saya salah, jangan anggap saya perempuan murah yang akan balas jasa seseorang dengan tubuh saya. Saya masih ada maruah dan maruah saya mahal! Tak ada sesiapa boleh sentuh saya!"

"Ada kau nampak aku sentuh kau ke? Takde kan?"

"Tapi tadi awak cakap..."

"Aku tanya aje bukan aku cakap kau adalah perempuan murah."

"Bukan sama ke?"

"Tak."

Isaac menutup mukanya dengan hoodie lalu kaki dihayun keluar dari rooftop. Dah malas nak lepak kerana kemunculan Diana. Jika Diana tak ada, pasti Isaac dah tidur di atas bangku. Pengacau betul!

"Isaac tolong maafkan saya." rayu Diana bersungguh.

"Aku dah maafkan."

"Awak tipu." Kaki spontan brek mengejut.

"Tipu?"

"Kalau awak betul-betul maafkan saya, awak akan layan saya." Isaac garu kepala tidak gatal.

"Kau nak aku layan kau macam mana lagi? Kau pun tak suka aku kan? Takkan kau nak aku terhegeh-hegeh dekat orang yang tak nak dekat aku kut?" uji Isaac.

Isaac sembunyi senyum. Rancangannya hanya satu, dia akan pastikan Diana serba salah dan akhirnya perempuan itu sendiri akan datang padanya. Bijak kan Isaac?

"Saya tak suka awak layan saya macam ni, kita masih kawan kan?"

"Aku tak nak berkawan dengan orang yang tak pandai hargai kawan sendiri."

Hambik kau! Setepek kena.

"Bukan saya tak hargai,"

"Dipanggil kawan ke kalau pulang tanpa seorang kawan di sisi?" Diana gigit bibir perlahan. Serba salah!

"Saya tak nak menyusahkan awak."

"Aku ada cakap menjaga kau adalah menyusahkan ke?"

"Erk...."

"Takde kan? Yang kau mengada tak nak dengar kenapa?" Diana mendecit geram saat muncung tudung bawalnya ditarik Isaac.

"Ingat senang ke nak betulkan balik? Susahlah!" Diana baiki semula bentuk tudung bawalnya.

"Kau pakai apa-apapun tetap nampak cantik, tak payah nak sedih sangat."

"Tak payah nak puji, saya tak suka!" Diana tarik muka. Marah teramat pada Isaac.

"Ikut aku sebagai tanda kemaafan." Hujung baju Diana ditarik agar mengikut langkahnya.

"Nak pergi mana?"

"Dating."

His Psyho Obsession (IN EDITING)Where stories live. Discover now