Bab 1

4K 159 22
                                    

" Ingat pesanan mama dan papa. Jaga diri dan jangan malukan kami sekeluarga." Diana mengangguk. Memeluk Mama dan Papanya. Bersyukur mereka hantar sampai rumah sewa. Sekurang-kurangnya Diana rasa selamat. Cepat betul masa berlalu. Padahal baru beberapa hari Papa dan Mama tinggal di sini.

" Mama dan papa balik elok-elok. Jaga diri dan jaga kesihatan. Jangan lupa makan ubat." pesan Diana.

" Kami balik dulu." Diana angguk.

Bayang ahli keluarganya hilang. Diana masuk ke dalam bilik. Dalam beberapa minit lagi kelas akan bermula. Diana baring seketika tubuhnya di atas katil. Mata dipejam seketika. Memikirkan hal kuliah buat Diana berdebar.

" Melekitlah pulak rasa. Sempat rasanya kalau nak mandi." gumam Diana sendiri.

Bam!

Selamba badak beg dilempar. Betul-betul jatuh beberapa meter darinya. Tak berkelip mata Diana melihat seorang perempuan yang masuk ke dalam bilik sewanya.

" Hai. Aku Yuni." Ayuni melambai tangan buat si Diana.

" Saya nak mandi." Ayuni angguk.

" Cepat sikit. Dah lewat nak pergi kelas." Muka berkerut Diana ditatap selamba.

" Aku tahu kau sama kelas dengan aku. Aku tengok kertas kau yang ada atas meja study kau. Kita sama bidang." Ayuni angkat kertas yang dibaca.

Diana mengangguk kekok lalu bawa diri masuk ke dalam kamar mandi. Takut pulak dengan si Ayuni. Selamba badak main barangnya. Segar badan bila dah mandi. Bersemangat Diana pakai baju kurung Kedah miliknya. Matanya mengerling si Ayuni. Bersiap pakai baju T-shirt biasa saja dengan seluar jeans.

" Awak pakai macam tu?"

" Kenapa? Tak boleh ke? Bukan ini dipanggil Rock!" Ayuni buat tangan gaya rock.

Usai siap bersiap, Diana mengambil beg sandang miliknya. Tak sempat nak keluar, si Ayuni heret keluar dari bilik. Berjalan sama-sama menuju ke Universiti.

'Ya Allah...sabarkanlah Diana dengan si Ayuni ini.' jerit hati Diana.

Diana mengikut langkah Ayuni sehinggalah masuk ke dalam sebuah dewan. Mereka melabuhkan duduk di atas kerusi yang disedia. Menanti semua pensyarah masuk.

" Dari mana awak tahu kedudukan dewan di sini?"

" Aku tahu semua tentang universiti ini." Ayuni berkata selamba. Kakinya diangkat ke atas meja.

Seorang lelaki tua masuk ke dalam dewan. Biarpun telah dimamah usia, ketampanan lelaki itu masih kelihatan. Mata lelaki tua itu memanah tajam pada Ayuni.

" Pa!" Ayuni memanggil kuat.

Semua manusia sudah berdiri tegak. Tinggal Ayuni saja. Datuk Lee buat isyarat mata pada anak perempuannya. Ayuni angkat kedua keningnya sebelum berdiri tegak seperti orang lain.

" Datuk Lee..." gumam Ayuni perlahan.

Datuk Lee urut perlahan kepalanya. Ini baru anak perempuannya. Belum anak lelakinya lagi.

Bam!

Pintu dihempas kuat oleh seorang lelaki. Semua mata kini terarah pada lelaki berhoodie itu.

" Where's your manners?" jerkah Datuk Lee.

Daniel menutup kepalanya dengan hoodie. Langkah malas lelaki itu masuk ke dalam dewan menuju ke tempat duduk belakang sekali. Tak hirau langsung orang lain.

" Kamu semua boleh duduk." Datuk Lee hembus nafas lembut.

Sakit jantung kalau cakap dengan si Daniel. Baik diam. Tak adalah menanah hati nak keluar kata yang melukakan hati orang.

His Psyho Obsession (IN EDITING)Where stories live. Discover now