Bab 11

1.3K 119 24
                                    

Diana fokus menulis setiap nota yang diberi pensyarah tanpa pandang kiri dan kanan. Ayuni di sebelah selamba badak tidur tanpa takut akan keadaan sekeliling. Tak takut ke kalau pensyarah tiba-tiba masuk? Haih...

Pap!

Kuat tangan Hawa mendarat pada mejanya. Perbuatan itu menarik kepalanya angkat naik. Berkerut hebat mukanya kerana sikap aneh Hawa. Bukan semalam okay ke ajak main bola tampar?

"Kau yang upah seseorang lukakan kami kan?" soal Hawa garang.

Muka lebam semua teman-teman Hawa dilihat. Satu-persatu diperhati. Ada lebam pada pipi dan juga sekitar muka cantik mereka. Gelak ditahan melihat muka Hawa yang lebih teruk berbanding yang lain.

"Saya tak tahu apa-apa." Diana berdehem kecil sebelum meneruskan kerjanya itu. Senyum ditarik panjang.

"Hey! Kau jangan buat tak tahu eh? Kau yang rancang semua ni kan? Baik kau mengaku sebelum aku tampar muka cantik kau dekat sini!" kuat Hawa menjerit. Menarik semua pelajar pandang ke arah mereka. Merah berbahang muka Diana kerana malu.

"Kau cakap apa ni Hawa?" Nadanya ditekan menunjukkan dia sedang marah ketika ini.

"Kau tanya aku? Kau jangan buat tak tahulah!"

Tak sempat mukanya ditampar, seseorang telah menahan tangan si Hawa. Diana terkejut, Isaac yang baru muncul diri ditatap gerun. Gerun dengan anak mata helang yang berubah kehitaman itu. Nampak begitu menakutkan biarpun muka itu menonjol riak tenang saja.

"Kau buat apa ni?" soal Isaac lembut. Namun terpancar seribu aura gelap dari nada itu.

"Isaac..." Hawa menyendeng rapat dengan tubuh sasa itu. Dipeluk erat lengan itu.

"Isaac, I rindukan you. You nak tahu tak? Anna cuba sakitkan I...dia nak tampar muka I. I cuma balas balik apa yang dia cuba lakukan pada I." rengek Hawa mengada.

Anak mata Isaac memanah pada Diana. Perempuan itu menunjukkan muka biasa saja. Tak ada langsung perasaan mahu marah mahupun pertahankan diri.

"Ikut kaulah." ucap Diana geram.

Diana mengambil beg sandang miliknya lalu keluar dari kelas. Ayuni yang baru bangun tidur blur seketika. Nampak muka Hawa seperti burung dah nak mati aje. Cemberut habis setelah Isaac mengejar langkah Diana.

"Kau nak pergi mana tu?" soal Ayuni saat Hawa berura-ura nak kejar langkah Diana.

"Aku nak kejar teman lelaki aku." akui Hawa tanpa rasa malu.

"Tak payah, urut bahu aku. Aku penat." arah Ayuni. Menepuk bahu kanannya.

"Tapi..."

"Aku bagitahu papa aku berhentikan kau dalam universiti ni, kau nak?" ugut Ayuni.

Ayuni tersenyum senang saat dengusan kasar keluar dari bibir perempuan itu. Terasa bahagia saat kedua tangan Hawa mengurut bahunya.

"Hey, tunggulah dulu!"

"Awak nak apa lagi Isaac? Rimaslah! Asyik saya yang kena hadap semua ini. Saya rimaslah! Boleh tak awak couple aje dengan si Hawa tu? Senang! Habis cerita." omel Diana dengan langkah kakinya makin laju.

"Kejap." Diana brek mengejut. Dadanya diurut beberapa kali. Boleh sakit jantung kalau terus begini.

"Jangan muncul tiba-tiba boleh tak? Sebab awaklah saya ponteng kelas tau! Baik awak mengaku, awak yang rancang semua yang Hawa katakan itu kan?" soal Diana geram.

Diana kecilkan mata pada lelaki yang sedang menekur tanah itu. Macam biasa, kepala lelaki itu pasti ditutup dengan hoodie. Tak nak bagi orang tengok rambut keperangan dan raut wajah kacak lelaki itu.

"Kenapa diam? Betulkan?" desak Diana geram. Rahangnya dah bergerak tidak menentu. Sabar ajelah!

"I just want to protect you..."

Lelaki itu berjalan merapati Diana. Namun, masih mempunyai jarak antara mereka berdua.

"I will always be by your side to protect you..."

Diana ketap kuat giginya. Semua kata manis dari Isaac bagai angin lalu. Mata dibawa ke atas lalu kaki dihayun naik ke tangga menuju ke tingkat atas. Nak masuk perpustakaan. Belajar lagi baguslah!

"Anna!"

Diana buat tak dengar. Masuk saja dalam perpustakaan, terus Diana mengambil tempat duduk di tempat yang disorok. Buku yang dibawa dibelek. Bunyi seretan kerusi di sebelah sudah memberi isyarat akan perkara buruk akan berlaku. Pasti Isaac kan?

"Awak nak apa lagi Isaac? Saya penatlah..." keluh Diana berat sekali. Bagai telah mengangkat beban berat aje.

"Aku tak kacau kau pun." Isaac peluk tubuh.

Diana berdecit geram. Tangan menggeledah beg sandang saat detingan mesej kedengaran. Mesej dari adik perempuannya dilihat dan dibaca.

Akak pandai add math tak? Tolong boleh? -Dian

Diana typing...

Akak tak pandailah -Diana

Dian nampak kecewa dalam talian. Spontan jari telunjuk mengetuk skrin telefon. Menandakan Diana dalam keadaan gelisah ketika ini.

"Kenapa?" soal Isaac ingin tahu.

"Adik saya suruh tolong buatkan jawapan untuk soalan add math ini." Isaac melihat sekilas soalan itu sebelum mengangguk.

"Sini aku ajar, nanti kau terangkan aje dekat adik kau." Isaac mengambil selamba kertas kosong yang diselit dalam buku Diana.

"Dengar betul-betul."

Diana mengangguk.

"Kejap."

Adik, Akak ajar macam mana nak dapat semua jawapan tu nanti. Buatlah soalan lain dulu-Diana

Okay akak-Dian

"Mari kita mulakan."

Isaac berdehem kecil sebelum dia mengajar apa yang patut. Bagai seorang guru lelaki itu. Lembut tutur kata dan cara ajarnya. Dalam diam, menambat hati sang heroin.

"Kalau nak cari sudut, SIN sudut PQ dan R. Bahagi dengan lima."

Isaac menulis pada kertas itu. Diana menggeleng. Isaac tengok sekali imbas saja soalan itu dan dah dapat jawapan. Tak tertanyalah kenapa dia mengambil jurusan doktor sebelum ini. Memang pandai dalam add math rupanya. Mungkin dalam bidang lain lagi pandai rasanya. Gila bijak!

"Dan kalau kau nampak dekat atas SIN, dekat sini pun SIN jugak. SIN bahagi 30 bahagi dua point lima tujuh."

Diana mendengar saja. Kadang-kadang dia tak tahu apa yang ditunjukkan Isaac. Kepalanya angguk biarpun fikirannya entah terbang ke mana.

"Nak dapat jawapan..." Isaac mencapai kalkulator.

"Shift, calculate and enter."

Jawapan yang diperoleh dari kalkulator itu ditunjukkan.

"Awak pandai add math?" Isaac angkat kedua bahu. Entahlah, tak pandai pun.

"Dan ada satu lagi yang perlu kau tahu..." Isaac tuding jari pada perkataan SIN dan dibawa ke bawah.

"Kalau nak letak SIN dekat bawah pun tak apa tapi yang ni..." Isaac tunjuk pada jalan kira SIN yang ada di sebelah.

"SIN ni pun kena letak bawah jugaklah."

Dah macam burung belatuk lagak si Diana. Angguk tak perlu kata apa-apa.

"Tapi kau kena tengok jugak lukisan dia sama ada cakah ataupun tirus dan kau mesti check soalan. Sama ada dinyatakan tukar sudut cakah atau tak." Jelas Isaac lagi.

Diana menepuk perlahan tangannya. Kagum sekali dengan cara Isaac. Rasa nak menangis tengok lelaki pandai macam ni. Diana jadi cair dan terpukau untuk seketika. Hilang marahnya pada Isaac tadi.

"Terima kasih tolong saya." Diana hulur senyum manis.

Isaac mengangguk dengan deheman kecil. Mukanya memerah dan Diana perasaan Isaac tak ada tengok pandang dirinya. Malah pura-pura main telefon pintar. Menyembunyi mukanya yang sedang merah ketika ini.

His Psyho Obsession (IN EDITING)Where stories live. Discover now