Bab 2

2K 160 19
                                    

Hahaha korang memang terbaik. Betul-betul vote nak bagi sy update. Sy bru nk rncang utk menyepi. Terpksa menulis sbb korang. Nah! Enjoy tau! Kenyit mata menggoda

Dia?

Lelaki yang sejak tadi pandang dirinya dalam kelas. Selamba badak lengannya ditarik mengikut langkah lelaki itu.

" Kita nak pergi mana? Orang tengoklah! Lepaskan saya!" bisik Diana keras.

Berjalan dengan jejaka idaman semua pelajar di sini. Memang buat Diana rasa tak selamat. Mana nak selamatnya, kalau ada peminat lelaki ini buli Diana macam mana? Diana tak suka dibuli.

" Teman aku makan." arah lelaki itu dengan suara dominan.

Diana buat mata ke atas. Disebabkan perutnya turut lapar. Meragam sejak tadi, Diana terima saja ajakan lelaki itu. Kerusinya ditarik.

" Duduk."

Diana angguk dengan garuan kepala. Asal sampai nak kena tarikkan kerusi untuknya? Diana bukannya tak ada tangan.

Diana memesan makanan tanpa hiraukan lelaki di hadapannya itu. Malas nak ambil tahu. Usai siap, Diana bermain dengan telefon pintarnya. Bunyi decitan buat Diana panggung kepala pandang si lelaki.

" Okay?"

" Aku tak suka kau jalan seorang diri."

Garis halus timbul pada dahi Diana. Soalan dibalas dengan arahan yang tidak sepatutnya. Siapa lelaki ini mahu aturkan hidupnya? Biarlah nak jalan seorang diri pun. Bukannya universiti ini bahaya.

" Saya tak ada kawan."

" Aku boleh jadi kawan kau." lelaki itu mengoffer diri.

Diana ketawa kecil. Kelakar dengan lelaki ini. Baru kenal hari ini dah nak jadi kawan? Lepas kenal beberapa hari takut jadi lawan pulak nanti.

" Saya datang sini nak belajar. Bukan nak cari kawan." Diana peluk tubuh.

" Aku nak pastikan kau selamat pulang. Itu aje." Pesanan mereka dah sampai. Lelaki itu hanya memesan air sirap saja.

" Kenapa awak tak makan?" soal Diana aneh.

Makanan yang dipesannya dimakan tanpa endahkan pandangan dari lelaki itu. Tak lepas mata Isaac pada perempuaj itu. Diana terlalu cantik. Buatkan dia mahukan perempuan ini menjadi miliknya. Untuk dirinya saja.

" Aku dah kenyang." jawab lelaki itu.

" Kenyang? Tapi kenapa ajak saya makan?"

" Nak teman kau makan. Macam aku cakap...aku tak suka tengok kau sorang-sorang." jawab lelaki itu mudah.

Diana mengangguk. Biarkan aje apa yang lelaki itu mahu katakan. Buat apa nak ambil kesah. Bukannya Diana akan jumpa setiap hari. Pasti lelaki itu dari bidang lain. Mustahil akan masuk sama dengan bidangnya.

" Awak ambil bidang apa dekat sini?"

" Doctor/Diagnosis jobs."

Diana mengangguk gembira. Tidak dipamer senyuman. Malah Diana buat muka biasa. Dalam hati dah tersenyum bahagia macam orang gila. Yakin lelaki itu tak akan ganggunya lagi.

" Kau bidang apa?"

" Marketing jobs." Dengan senang hati Diana beritahu.

Daniel senyum sinis. Air sirapnya diminum rakus sehingga habis. Ada rancangan yang akan dia sudahkan nanti. Cukup buat perempuan itu terkejut nanti. Muka pun nampak berseri. Pasti tak nak jumpa Daniel kan? Mustahil itu!

His Psyho Obsession (IN EDITING)Where stories live. Discover now