Bab 13

1.2K 130 43
                                    

Hawa basuh mukanya lalu meraup kasar wajahnya. Mukanya merah bagai telah menelan banyak bilangan cili. Sukar untuk terima rancangannya untuk menghancurkan Diana tidak menjadi. Semuanya kerana Ayuni, bagaimana Ayuni tahu rancangannya ini?

"Kenapa kau nampak marah sangat? Kau okay?" soal Hana ingin tahu.

"Kau dah tahu masih nak tanya lagi ke? Kau tak nampak Yuni tolong Ana tadi? Tak nampak? Kalau bukan sebab Yuni, dah lama aku bantai aje. Tumbuk si Ana biar mati aje dekat situ!" Hawa hambur penuh kemarahan.

"Kenapa kau benci sangat dekat dia, Hawa? Aku rasa dia tak ada buat salah dekat kau. Dia okay aje. Siap berkawan dengan kau macam kawan baik mula-mula masuk kolej." Hani pulak mencelah.

Hawa mendengus geram.

"Kawan baik? Hey! Aku kawan dengan dia pun sebab kasihanlah! Lepas je dia rampas Isaac dari aku, aku orang yang paling menyesal sebab berkawan dengan dia. Kau tahu tak?!"

Mereka diam tanpa kata. Tak tahu lagi apa yang perlu mereka balas. Bila dendam selaputi hati, tak ada yang boleh katakan tidak. Malah hati tetap mengiyakan mahu membalas segalanya. Biarpun itu adalah hal yang tidak sepatutnya Hawa lakukan.

"Kenapa diam? Dah insaf jadi baik? Atau dah fikir cara yang terbaik untuk tidak bersubahatan dengan aku lagi?"

"Takdelah, kami cuma pelik aje...kau nampak terlalu bencikan Ana. Kami perlu tahu sebab utama kau tak sukakan dia." giliran Hanis pula mengeluarkan kata.

"Dan sekarang korang tahu kan?" Hawa angkat kedua keningnya.

"Dah." Jawab mereka serentak.

"Aku ada rancangan lain untuk Ana..." ungkap Hawa dengan sengihan kejahatan.

"Apa rancangan kau kali ini Hawa?" soal mereka serentak. Meruap-ruap ingin tahu.

"Kita mintak abang aku rogol dia. Nak?"

Bam!

Pintu ditutup kuat mengejutkan Hawa dan teman-temannya. Kehadiran Isaac dengan tangan berdarah membuatkan mereka gerun melihat beberapa titik darah yang kini telah menitik di bawah lantai.

"I...is-isaac buat apa dekat sini? Cari Hawa ke?" soal Hawa takut-takut.

Rasa takut ditepis, lalu perlahan-lahan kakinya dihayun merapati lelaki itu.

Buk!

Sekelip mata tubuh Hawa kini bersandar elok pada dinding. Air liur ditelan rakus. Anak mata memerah milik Isaac menghantar berita buruk padanya. Lelaki itu bagaikan mahu buat sesuatu padanya. Mungkin untuk membalas dendam? Adakah Isaac tahu tentang Ana? Kurang ajar Ana! Kau mengadu?

"Jangan kau berani buat rancangan jahat pada Diana. Jangan sampai...aku bunuh kau." Terbuntang mata Hawa saat terasa muncung pisau terkena pada tepi pinggangnya.

Teman-teman Hawa berura-ura nak larikan diri. Namun...

"Dua langkah ke depan, aku takkan teragak-agak bunuh Hawa depan korang semua." ugut Isaac keras.

Langkah kaki mereka terhenti serta merta. Isyarat jari telunjuk melekat pada bibir dari Isaac membuatkan mereka laju mengangguk. Takut pada senyum jahat dari lelaki itu.

"Pegang tangan Hawa." arah Isaac.

Dengan tangan mengigil salah seorang dari teman Hawa kini merapati Isaac.

"Lambat!" Tangan Hana ditarik kuat lalu dibawa pegang tangan Hawa persis seperti apa yang dilakukan pada Diana.

"Sorang lagi." Isaac bagi isyarat pada seorang lagi kawan Hawa.

His Psyho Obsession (IN EDITING)Where stories live. Discover now